Monday, September 24, 2018

Bercuti Di Villa Banglo Mewah Viral : The Cedar At Bidor


 
Salam,

Lama sudah aku tak keluar bercuti, betul-betul bercuti selain travel untuk outstation atau program-program office. Jadi, sempena hari keputeraan beta yang lepas, 17 September, aku dah block cuti awal-awal untuk pergi road-trip dengan geng blogger, vlogger, mak angkat, abah angkat, semua kena angkut. Haha.

Untuk trip kali ini, aku dapat peluang join Uzu (Kisah Emas Putih), Mimin Adam, Faizal Fredley, Kak Min (Bebelan Cik Min)Afzal Sukasuki, Abe Yee, Faisal, Zati, dan juga join venture dengan geng Berjalan Tanpa Passport. Semua sempoi dan 'masuk air'! Hehe! Thanks korang!

Banglo Villa The Cedar At Bidor, Perak - Sumber BTP
Destinasi pilihan kali ini ialah di sebuah banglo homestay villa yang tengah viral sekarang ini, iaitu di THE CEDAR AT BIDOR, yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, tak jauh dari Exit Bidor, Perak, Highway PLUS, dan Pekan Bidor, dalam 10 minit lepas exit gitu.


The Cedar At Bidor.
Banglo Villa penginapan mewah ni memang sentiasa 'full-house', jadi memang kami dah book awal, seawal bulan May lagi ye. Haha. Dan ngam-ngam pula tarikh yang available jatuh pada weekdays, nak-tak-nak terpaksa korban Annual Leave 2 hari untuk percutian 3 hari 2 malam kami.


The Cedar At Bidor ni terletak di kawasan yang agak privasi dan ke dalam sikit, dan kawasan sekitarnya memang hanya ladang, kebun, dan hutan semulajadi kawasan Kampung Paku, Bidor, memang sangat sesuai untuk kita lari sekejap dari kelelahan kota. Tak hairanlah villa ini sentiasa jadi tumpuan guest untuk bercuti, tenangkan fikiran, buat majlis perkahwinan privasi, gathering bersama keluarga dan kawan-kawan rapat.

Ituuu dia, villa atas bukit tu - View dari pagar masuk.
Infinity Pool - Muka tak sabar! Haha!

Kemudahan Taraf Resort.
Walaupun nampak macam villa biasa, tapi The Cedar At Bidor ni memang bukan biasa-biasa ya, segala kelengkapan di sini memang dah disediakan sama level dengan resort percutian. Antara kemudahan di sini ialah ;

Hallway ke Bilik-bilik - Ada 8 bilik Master bedroom yang agak besar dan selesa.
  • 8 Bedrooms + 8 Bathrooms (+ 2 Toilets di tingkat bawah).

Setiap bilik ada bathroom/toilet, jadi tak perlu berebut ya!
• Outdoor Dining Area
• Wet Kitchen + Dry Kitchen
• Kids Play Room
• Pool Table
• Karaoke Lounge/Living Room
• Barbecue Area
• Infinity Edge Swimming Pool
• Private Riverfront Beach

Outdoor Dining Area - Nyaman dan selesa makan di luar villa!
Wet & Dry Kitchen - Dengan segala peralatan memasak, buat air, water dispenser, sinki, semua ada!
Kids Playroom - Wahhh! comel kan? Penuh mainan kanak-kanak dalam ni!
Pool / Snooker Table - Iya wakkk! Ada juga! Boleh asah skill yang dah lama tinggal zaman fly sekolah! Haha!
Ruang santai, membawang, lounge area, dengan set audio video karaoke yang sangat besar dan selesa!
Bosan duduk dalam villa? Jom lepak luar boleh barbeque! Kenduri pun boleh!
Sunbath sampai legam!
Ye, cherry-on-top - Infinity Pool!
Belanja sikit! - Jam 1.30 AM still!
Air Terjun Gapai - 5 minit dari villa!
Tarikan Setempat - Air Terjun Gapai, Kampung Paku.
Memang boleh saja nak duduk terperap sepanjang bercuti di villa, semua lengkap dan serba selesa, tapi bila staff penjaga villa beritahu ada kawasan rekreasi air terjun 5 minit sahaja dengan kenderaan tak jauh dari villa , zasss...sepantas kilat ye kami tukar pakaian mandi dan ke sana dengan guide dari staff penjaga villa, terima kasih Pak Ramadhon!


Btw, thanks to the management team The Cedar At Bidor atas kerjasama dan memberi pengalaman percutian yang sangat selesa dan mewah-mewah sikit sempena hari lahir kiter! Hehe!

Untuk info lanjut berkenaan RATE HARGA SEMASA dan tempahan, boleh check di bawah ye!

Rate Harga : Bermula dari RM1100.00 - RM2300.00 / *depends on per/pax
Email : thecedarbidor@gmail.com
Telefon : +6012-683-9979
Waze : The Cedar At Bidor
 
📍 Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak, Malaysia