Monday, October 18, 2010

colour(blind)

Hahaha..yes! finally revealed...i'm colour blinded...(actually its not blind).
Here's some article that i've just found;
"Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
Contohnya, jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Walau bagaimanapun, ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah
atau biru-kuning."
 

"Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan ia mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau dalam cahaya malap. Walau bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna.
Oleh itu, pada malam hari, kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula bertindak balas terhadap cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon."


Haa...clear? Actually, i'm not that so blind, just having a bit difficulties in distinguishing the mixed colours. That's why all my clothes, all the things, tools, and also all my artworks (designing&editing) was full of bright and florecents colours! But, this things was not so serious, coz my defect just only consist of distinguished the mixed of red&green colours only. Sometimes i'm wondering, how do i passed the basics driving license test past 4 years? Coz i'm sure that all my answer were wrong, as told by the clerk. Hihi!