Thursday, March 24, 2011

keMASUKan terBARU saya - my new entry.

*phew!!*
Akhirnya, dapat juga saya mengemaskini kemasukan (entry..) terbaru ini. Rasanya terkejar-kejar mahu mengemaskini kandungan blog yang tidak seberapa ini. Maklumlah, kerja sahaja namanya berhadapan dengan komputer meja, tetapi masa untuk mengemaskini langsung tidak berkesempatan...oleh kerana bebanan tugas dan kerja-kerja hakiki yang harus diutamakan. *ewah!*

Tambahan, selain kerja-kerja hakiki di pejabat sebuah jabatan kerajaan (yang dicintai~) ini, saya juga banyak terlibat dengan kerja-kerja bukan hakiki atau yang tidak terdapat dalam senarai deskripsi tugasan, (*tetapi tugasan-tugasan ini termasuk dalam para akhir; - tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa!) Jadi, saya dengan seikhlas hati, sesuci sanubari menurut perintah Encik Boss.

Terbaru, saya juga lagi sibuk dengan latihan dan pemantapan untuk beberapa acara dan program, anjuran jabatan. Antaranya ialah; yang wajib setiap bulan - Latihan Vokal untuk Persembahan Koir & Solo semasa perhimpunan bulanan jabatan. Dengan skor musik yang baharu setiap bulan, ditambah dengan kegemaran penganjur perhimpunan yang gemar memberi tajuk dan konsep persembahan (serta pindaan) di saat-saat akhir, maka ia amat meletihkan kami jua untuk mengatur susunan lagu dan skor musik yang baru dan diperbaharui. Walau bagaimanapun, kami sentiasa sedia menyahut cabaran itu. *oyeh!* 

Selain itu, serentak dengan segala macam tugasan menyunting dan membuat rekaan untuk persembahan slaid & montaj di satu lagi majlis anjuran sektor/unit kami, saya juga turut membahagikan masa untuk mempersiapkan susunan persembahan dan menyumbang idea dan tenaga untuk satu pementasan musikal (lebih kepada melodrama atau pentomin layaknya!).

Justeru itu, situasi kesihatan fisikal & mental juga agak mencabar lewat 2-3 minggu kebelakangan ini, dan seterusnya membuatkan saya tidak menyedari saya mengemaskini kemasukan terbaru saya dalam gaya BAHASA MALAYSIA yang agak skema dan tertunggang-langgang..OK!!!! 

p/s : pohon maaf, saya mengaku bahawa BM saya sangat tidak bagus dan molek untuk menulis, oleh kerana saya tidak pernah mendapat 'A'..salahkan cikgu saya...opss!!
*oh! gosh!* what did i do?? haha! OKbai!..kamek mok pulang sudah!