Friday, August 17, 2012

Syawal is coming!

...semalam balik kerja kung-kang-kung-kang kemas2 rumah, 
then lepas terawikh abang tiri bawang merah Fairus Zainal ngan abang tiri bawang putih Mbadrul Hisham ajak gi gedik2 bersesak kat jalan TAR, 
 dapat capai barang sikit2 selepas berlecak ketiak, 
susup-susup kat Jalan Masjid India pulak...
hilang penat tengok telatah peniaga nak melelong jualan masing2.  
..Pusing sekali harga RM100, pusing lagi sekali dah turun RM50-40
kemain lagi kan..
strategi berniaga namanya..
 
yang pakai tudung dan baju kurung, pusing2 tengok ada misai ngan janggut pun ada.. 
kekekeke.. 
chanteq kakak... haha!
Gi sahur di Kg.Baru..HR Steak House..
gedik kan pepagi buta nk makan steak..

cadang nk gi Nasi Lemak Antarabangsa, tapi ramai sangat..
kedai bubur pun ramai..
not bad la steak house tu...berbaloi-baloi..sedap giler kot.
i makan sirlone steak...yummy..lembut giler beef tu..
black paper sauce dia memang superb.
FZ makan combo, ada beef, chicken, mussels and prawn..
Jr makan rib steak...3 keping u'ols..sedap..tapi dia komplen pisau x tajam.. hehehe!

dah pukul 5pg baru teringat x kemas lg barang/baju2 nk balik malam ni..
Balik rumah, kemas brg tgok2 dah rasa mcm nk balik cuti setahun plak dgn bergondong2 baju...!

Kepala dah ting tong ngantuk giler, confirm jap lagi tidur dgn nyenyak kat office....hahaha~~
boss dah cuti awal, tapi ada 2-3 kerja pending, kena la gigih jugak submit hari ni.
Harap2 petang ni dapat excuse keluar awal, 
boleh terus gerak naik erl ke TBS, malas nak rushing2 petang nanti.

Mana-mana sahabat yang mula perjalanan pagi, petang atau malam ni, semoga segalanya selamat, selamat pergi, sampai, dan pulang semula bertugas..InshaAllah.

Salam Aidilfitri semua. ♥