Sunday, September 2, 2012

Gadis dan Restoran Mamak

Pagi yang hening. Terbangun awal, perut berkocak---lapar.
Bingkas bangun, ke kedai mamak.
Pesan roti telur bawang, teh ais.

Tunggu, sambil baca akhbar tabloid hujung minggu.

Terpandang sekumpulan gadis di meja bertentangan. Manis. Menutup aurat semuanya.
Mata tersorot kepada seorang. Manis. Bertudung biasa, tiada ala-Yuna, tudung bawal 2 ton je. Mekap nipis. Manis. Ada lesung pipi. Manis. Sedang menyedut minuman. Teh O Ais agaknya.

Tiba-tiba...

"Puiihhhhh...celaka betul..tergigit bijik limau pulak!!!" katanya sambil meludah ke bawah meja disusuli hilaian tawa dari teman-temannya. Dengan galak.

"Hahahaha..bongok la ko Zana (bukan nama sebenar)..bijik limau tu pun nak telan.. stim tengok mamak tu ke?" kata temannya.

"Bab*..mana ada..not my taste okeyys!"
 
--------------------
 
*pitam* ---tidak manis lagi.

"Anè..cancel makan sini..bungkus je roti telur sama teh ais."


*iritasi mata*
 
— at Restoran Mamak Kembar, Putrajaya Precint 9
 
via mobile