Tuesday, September 18, 2012

Optimis!

Kehidupan memang sangat ironi
dan boleh menggerak-gerak
suatu titik yang dulunya tetap,

tak bergerak dan membisu pekak kini,
menjadi garisan-garisanpanjang yang
membentuk segi, bujur, bulat, petak,
dan trapezium bersudut, tiada sudut.

Kadang-kadang ianya mengambil masa,
kadang-kadang masa yang dikejar.
Walaupun kehidupan sangat lucu

tapi pengisi kehidupan
sangat menakutkan dan penakut.
Dan juga ego.

Selalu prejudis
tak pernah berselisih dengan kemungkinan.
Semuanya
tetap tak teralih tak berganjak.

Optimis!
Ianya tak lah sesusah mana sebenarnya.. (-: