Monday, June 25, 2012

Biar Aku Bangun Dahulu

Sebelum tidur, teringat. Tadi siang, ada sorg Hamba Allah bertanya (lebih tepat dengan nada perli sebenarnya, biarkan..mungkin dia bergurau.)
"Awak tak ada cita-cita ke? Tengok macam dah puas je dgn apa yg awk capai sekarang..? Tak teringin ke sambung belajar ke, tingkatkan kualiti hidup ke? Mcm sy skrg, dah ada kereta, rumah, dan bakal timang anak...awk tak teringin ke? Atau DAH PUAS HATI dengan kerjaya dan hidup awak macam ni? Memilih eh? atau 'play safe'? Takut ambil risiko..? Seronok ke hidup mengais? Pergi kerja, balik, makan, tidur, weekend tgok wayang atau karaoke, lepas tu melangok tggu gaji hujung bulan?..
KALAU SAYA..TAK SANGGUP.."

SO what? Siapa yang sanggup...aku memang tak sanggup, but at least aku berSYUKUR dengan apa yang aku mampu dapat dan buat sekarang ni hasil aku sendiri.. Apa kamu nak kata, 'loser' 'nganga mulut'...whatever. Walau tak banyak, aku tetap bersyukur. Setiap orang punya cita2, aku juga punya cita2. Tapi cita2 aku bukan ingin punya kereta besar, rumah mewah. Aku tahu di mana aku berdiri sekarang, dan di mana langkah aku seterusnya. Biarlah aku bertatih dari terus berlari tetapi tersungkur mengejar impian. Waktu memang tak panjang lagi. Tetapi jika DIA mengizinkan, tidak mustahil bukan? Aku masih punya tanggungjawab yang belum selesai (dan masih belum tertunai sebenarnya..) Tanggungjawab aku kepadaNya, tanggungjawab pada diriku, diri aku belum terurus lagi, dan juga tanggungjawabku kepada ibuku, dan keluargaku. Walau tidak banyak, aku masih bermimpi untuk memberi sedikit kepada mereka. Jadi kenapa perlu aku gopoh mementingkan diri memenuhi perkara yang belum aku mampu?
Apapun terima kasih buat aku berfikir. InshaAllah...ada jalannya. Kadang2 Dia bagi shortcut juga, tapi betul ke itu shortcut ataupun ujian dariNya? Think it. Aku pernah beberapa kali tersungkur. Gopoh. Biar aku bangun dahulu, menyapu debu dan habuk di bibir capal.

Najeeb E. Abdullah.
25/06/12 - 22:37hours.