Saturday, August 31, 2013

Entri Serius.

Di laman Facebook ni, kawan-kawan yang ada dalam friendlist kita datang dari pelbagai jenis latarbelakang. Macam aku juga, most of them ada yang kenal secara peribadi, sama ada rakan sekolah; sekolah rendah dan menengah, rakan kolej, rakan IPT, rakan sekerja; sepejabat, satu jabatan, chilhood friends, jiran2 di kampung, saudara mara dan of course waris-waris terdekat...adik beradik, sepupu dan pakcik makcik. Tak lupa juga rakan-rakan alam maya yang dikenali dari pelbagai social network yang sentiasa 'tegur-menegur' di laman ini.

Ada yang tak berapa open minded, terlebih open minded, ideologi berbeza, lain-lain kefahaman tentang sesuatu isu; ada yang seksi, alim, sopan, parti itu ini, politik itu ini, yang very loud, very pesimis, optimis....macam-macam.

Most of them aku kenal secara peribadi, had greet and meet, selalu lepak sama-sama, menggila dan mereka-mereka ni lebih kenal siapa dan bagaimana aku; cara aku; perangai aku, dan baik buruk aku. Dan aku juga hormat mereka, perangai dan pendapat mereka apa-apa pun.

Cuma kadang-kadang, se'privasi' mana kita setting post status, gambar, video, atau apa-apa sahaja yang kadang-kadang berstatus 'kita-kita ajerrr'...once a while ia ter'public' juga tanpa disedari.
Maka terjadinya komen-komen dari so-called Mutual-Friends ataupun yang hanya 'Subscribers' yang tak kenal siapa kita, apa niat kita, dan semberono bikin panas, saja nak troll, etc.

Bila jadi macam ni, apa yang aku suka buat ialah JUST IGNORE. Tak kuasa nak melayan. Kadang-kadang sekali dua je reply dengan jawapan sinikal dan selalunya 'bom' kat situ dan ended up dengan DELETE sahaja  bila semua dah semakin tak selesa dengan situasi itu.
Bukan maksudnya kita mengalah atau tidak terima pendapat. Tapi lebih kepada sekadar MENGHORMATI rakan yang sama mutual dengan sang troller/keyboard-warrior. Tak pasal-pasal hubungan yang sebelum ini tersangat OK tiba-tiba dingin tanpa sebab.

Main point dia, HORMAT. LIHAT kepada siapa dan siapa punya post sebelum semberono nak libas dan cantas. Fikir dulu sama ada apa yang kita tulis berkait atau tidak dengan apa niat orang itu berkongsi sesuatu pendapat, pandangan, atau keriangan dia.

Jangan sampai disebabkan HATI anda tercuit rasa "dengan aku tak fun macam tu pun..", maka tiba-tiba anda menjadi hakim dunia, dengan melabel yang macam-macam, yang selalunya bikin panas....

FIKIR DENGAN AKAL.