Monday, August 5, 2013

Prihatin Yang Sia-sia

Lately ni macam-macam kes lalai.
Human default.

Sampaikan nak kesian pun dah malas.
Masyarakat pun dah rasa buang masa.

Tak tahu nak describe kalau aku kat tempat bapa kandung budak yang kena culik dengan boipren ex-wife yg gelenyar nak kawin lepas raya tu sampai percaya serah bulat2 anak tu kat boipren baru kenal kat fesbuk....lempang boley?

Last weekend, ada kawan cerita pasal sorang mak tinggalkan bayi...kurang 12bln, dalam kereta, seat depan, baringkan je tanpa baby seat.. dengan tingkap bertutup. Itu pun nasib baik ada orang lalu dan hampir2 nak pecahkan cermin kereta pompuan ngok ngek tu..melalak2 budak tu. Baru je lepas kes kanak2 meninggal lemas 5 jam dalam kereta...tak sampai sebulan.....nasib x kena lempang ngan public yg prihatin.

Senang sangat nak 'buat' baru kot.....??
"....ala xpe...xde rezeki..esok esok kita buat baru ye..." katanya.

Kita yang orang luar rasa kesian, sayang, risau kat budak-budak yang terlibat.
Ya, ikhlas ya ikhlas bantu...tapi sampai bila? Asyik kena troll je.

"Gadis kena culik!! TOLONG SHARE!"
Hujung2 bersedap duduk rumah boipren. Gigih la mak bapak menangis dalam talibisyen.
Apa ini?

Jangan hilangkan rasa hormat dan prihatin masyarakat.
Jangan jadi macam negara luar yang dah tidak ada langsung sense of humanity, janin bayi tepimjalan pun sepah2 je...ada diorang kesah... Baby kena gilis....bukan anak diaorang. Nenek kena tikam....bukan sedara diorang.

Hendak macam tu?