Tuesday, September 24, 2013

Flora Kafe - Penuh Kejutan!



Salam,

katanajeeb berwajah baru hasil sentuhan DikBee. Thanks DikBee!!!
Sedap sikit nak baca, takda berserabut sangat walaupun sentiasa bersawang..hehe!

16 September lepas, pada hari cuti Sambutan Hari Malaysia, Yanty ajak kitorang berfoya-foya buat food review kat satu venue yang tersangatlah sweet! - Flora Kafe, di Ampang.

So, biasalah, kalau dan set mind nak food review, dari pagi dah kruk krak perut tahan gejolak nafsu semata-mata nak kasi puas makan…boleh gitu? Haha…

Yang join pada hari tersebut ialah tok batin kami, Ben sefamily, bro Ahsan sefamily, Ujang sefamily, bro Haswadi sefamily (dah macam tulis kad kawen plak!), Kak Fiza Fantaghiro dan cik abe WMA beliau, Kak Sue (Cik Ngah) dengan Mr.D, Qaseh, Mieza, Mawardi, NizamIjam, dan juga Dr.Fuh (MK Syahir). Tu tak semua geng dapat join, kalau tak mau roboh kafe tu masing-masing bagaikan bertih jagung...hahaha!

Sampai je kat Flora Kafe tu…terus kecit besar kecit besar mata tengok deko kafe tersebut yang sangat….err…..sweet..! ala-ala romantika sangat, rama-rama, bunga-bunga…sampaikan iols yang bujang trang tang tang ni tetiba blushing sendiri…ehh!! Hahahaha.. Agak-agak nanti kalau nak nge’date boleh lah lepak sini..Ecececey..kemainn!









So, bila dah sampai tu masing-masing dengan muka ala-ala leopard kegemaran Yanty tu, tuan punya kafe, Mell pun gigih membawa hidangan-hidangan special itu…apakah dia??
Haa..ni yang terkejut sikit, ingatkan dengan deko yang ala-ala henggeris tu, aku bajet mesti menunya ala-ala western atau italino atau france gitu…
tapi Menu Tradisonal Melayu Ala-Kampung beb!! Melelehhhhhhh~~~

Macam-macam ada, malas nak cerita, silakan hadap gambar-gambarnya ye.

Sup Special - Bebola Ikan dan Sayur-Sayuran

Kuah Lodeh, Sambal Bilis 'kaww' dan Serunding Kelapa

My Favourite - Daging Masak Kicap yang superrrrbb!!

Masak Cili Api pelbagai jenis ikan.

Bismillah...

Aummm!! Hahaha! Itu baju oren bunga-bunga Mell, tauke dia.
Haa….gigil tak gigil lah masing-masing mencedok masakan ala-ala keibuan tu kan..

Desert yummehh~~ Pengat Pisang, bawah tu Pisang Salai yummehh~~

Dan, lepas je balun desert tu, masing-masing mata dah kuyu semacam je kan..aku dah bajet nak salam-salam tokei kedai tu dan lepak-lepak dengan geng bujang, tetiba….
Apakah ittew??? Sepppraisss katanyaa..

Muka nak blushing2 kan...

Tengah confused! Hahaha...
Blushing ittewww!!! Tetiba je keluar kek! Eh…actually masa masuk dah suspicious dah, sebab Yanty kata food-review je, tapi kenapa ada belon-belon bagai?
Alih-alih ada seprais pulak. Rupanya bersempena birthday aku esoknya (17 September) dan juga birthday Kak Fiza pada awal bulan hari tu. Blushing lagiii~~~  hehehe!

Dan sebelum masing-masing jahanamkan kafe si Mell, sesi-sesi posing sakan dan berborak-borak sampai lebam.....


Alahai~~tersipu-sipu ittewww..tahan sebak pun ye jugak.. hahaha!

Seriously sedap! Still rahsia diorang beli kat mana kek ni...cehh!!

  Btw, thanks semua ye, saying korang ketat-ketat. Im really speechless. Terima kasih atas doanya, dan yang paling penting ikatan persahabatan ini.

 

Anyway, thanks juga to owner, kalau ada masa jom lah singgah-singgah Flora Kafe ni,
(terletak di dalam bangunan Ampwalk berdepan dengan Holiday Villa Hotel)
Kalau guna Waze/Papago mesti jumpa!

Boleh hubungi owner dia, 03-21618010 / 017-3024112 ( Mell ) kalau nak booking kafe ni untuk sebarang majlis ke, nak dating ke, nak sambut anniversary ke, etc.

Terima kasih uols!!! Muahhh sikit!