Tuesday, September 3, 2013

Ini Hanya Ujian

 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"


Macam tu la kehidupan kita.
Sering dilanda ujian.
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk kesukaan,
kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang paling kita benci.
Kita tewas dalam gembira,
kita tersungkur ketika derita.

Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran,
maka ujian itu sebenarnya manis.
ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Sesungguhnya,
dunia adalah tempat ujian,
akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...



Sedutan dari buku Ustaz Kazim.
Dah lama dah, tahun lepas keluar ni.
Baru-baru ni sempat singgah MPH...nampak pulak.

Bagus-bagus bahasa dia.
Simple je.
Kasi celik.

Susah tu ujian, senang juga ujian.
 
~~~

Dah lama aku tak membaca.
Hobi yang kadang-kadang orang tak percaya.
Hahaha.

Ya, kadang-kadang.
Bila dah banyak sangat bercakap, berborak, berkata-kata.
Aku perlu juga mendengar.
Dengan mata.

Duduk diam-diam. Dan baca ; apa saja.

Tapi biasalah, cliche....masa mencemburui kami.
Hahaha..