Wednesday, September 4, 2013

Rasionalisasi Ekonomi katanya.

Isu yang dah jadi tu, terpaksa redha je lah.

Cuma just wondering lah....
Kalaulah pegawai-pegawai yang berpangkat besar bergaji besar yang feeling2 pembesar negara ni tahu guna kenderaan mewah sendiri yang sudah tentunya bukan kenderaan nasional, bayar minyak sendiri, bayar upah dan gaji pemandu sendiri, bayar tol sendiri, MUNGKIN baru diorang akan dapat rasa kesamarataan dan 'kenikmatan' kemajuan negara yang rakyat marhaen rasa, walaupun sedikit. Itu juga salah satu pengurangan bebanan perbelanjaan jugak kan? Benda simple je. Cuma orang besar-besar ni mana ada masa dan akal nak fikir benda-benda simple macam ni. Takde profit katanya.
Ini aku rasa lah. Tak setuju atau tak betul ada aku kesah.....menteri pun bukan kesah sangat orang-orang bawah merengek kat sini atau mana-mana laman So-Sial.. 5 tahun sekali barulah diorang start merengek raih undi, raih simpati rakyat.
Sama je mana-mana belah.

Paling koman pun depa bagi penyelesaian otak darjah satu;

Ayam mahal, jangan makan ayam.



Sayur mahal, tanam sayur sendiri.
 

Ikan mahal, pergi jadi nelayan.
Petrol mahal, negara lain lagi mahal.
Kereta mahal, beli kereta nasional (walhal? nan adooo...kereta rasmi cukup nasional?)

Tak ke bullshit macam tu?


hanya mampu Google je dik...sedeehhh~~


Bukan maksud tak ukur baju di badan sendiri, ukur resit di dompet sendiri, TAK USAHA; tapi tak lama lagi, di negara maju ni, rakyat-rakyat biasa bawahan ni hanya mampu bekerja semata-mata untuk mengisi KEPERLUAN kehidupan sahaja, benda-benda basic macam makanan, pakaian, kenderaan, akan jadi benda-benda mewah pada kita...istilah miskin bandar pun dah semakin sinonim sekarang ni.


Rumah pun makin mahal, lama-lama kita semua kembali duduk di gua macam zaman batu....sambil pegang tombak, pakai cawat~~~ koserrr makk!! cekci you!

Tiada lagi Uniqlo u'ols... :'(

Mana yang rasa mampu tu, Alhamdulillah...
Jangan perkecilkan orang yang BELUM mampu.
Rezeki ya, masing-masing. Cuma bila buat sesuatu perkara tu biarlah jangan sampai menyekat rezeki orang lain. Hujung-hujung~~~ko berjiran dengan orang bawah ko....sebelah GUA je dikkk!!

HAHAHAHA..

Rasionalisasi Ekonomi ke arah negara maju kepala bana dia!!!