Thursday, September 26, 2013

Riadah Sihat!

Salam...

Fuhhh...setelah lama dan berlapis-lapis menternak lemak, semalam berjaya juga dengan tekadnya join geng-geng tersayang beriadah sihat --- MAIN BADMINTON.

Actually idea nak lepak datang dari kakak tiri garang kesayangan kami, Kak Sue Izza a.k.a Puteri Rimba. Ye lah, daripada duk keluar lepak layan wayang ke, food review ke....at least ada something yang betul-betul berfaedah dan sihat. Maklumlah....makin lama dah perasan iols makin menggajah je kan.. Hahahhaaha...

So, inshaAllah dah decide nak main secara berjadual...gittewww! Isnin dan Khamis, atau ikut kekosongan court. Kami lepak main dekat-dekat sini je, kat Kompleks Perjiranan Presint 9. Siap ada tabung dana Badminton Bloggers katanya...tong-tong bayar court ngan beli shuttlecock. Syabas Kak Sue! Aku memang salute kak Sue yang memang pandai manage something...BEST!


Isnin lepas frust tak dapat join, so semalam aku tekad jugak turun sama. Perghh...memang best gila lah.. Yang Paling best Abg Ben ngan Bro Lan Careno gigih turun walaupun duduk agak jauh dari kami, semata-mata nak bersenam dan beri sokongan kat kitorang.. Thanks! 
Yang sama join semalam Kak Sue, kak Fiza, Yanty, Qaseh, Mieza, MK Syahir, Mawardi dan Mr.D.
Happening gila lah dewan tu....masing-masing tunjuk skill kan....walaupunnn!!! Agak-agak geng-geng court sebelah sebelah mesti annoying kannn...sorry! huhu! 

Salute lah kat diorang semua yang maintain cargas...aku je yang cepat pancit..maklumlah kannn.. Hahaha...  Yang penting---- kemain semua datang bergaya, dengan kasut baru, raket baru, baju baru....full all set katanya. Ye lah, pada aku, apa salahnya spend sedikit untuk benda-benda yang berfaedah kan.. Tak perlu lokek! Ignore je orang nak kata poyo ke tidak kan...

Oklah, need rest now..dah mandi. Pagi nanti kerja pula, sebelum cuti panjang minggu depan...huhu! 

Byw, thanks guys! Lap lap lap uols! 


via iOS Blogger Apps.