Monday, October 14, 2013

Berkorban di AidilAdha



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

~~~~~

Salam...

Berkorban.....hmmm...
Rasanya tahun ni agak terasa lah pengorbanan itu...tak dapat pulang meraikan AidilAdha bersama keluarga tersayang di kampung. :'(

Terasa sebab aku merasa kesedihan mak, sebab anak dia yang nakal-nakal manja dan tukang habiskan rendang ketupat tak balik raya.

Bukan kita sengaja tak nak balik mak, tapi kita dah tak dapat nak ambik cuti lagi... Cuti kita dah habis...tinggal cuti ganti je buat standby kecemasan...katanyaaa.. Huhuhu..
Lagipun tahun ni cuti AidilAdha jatuh pada middle of weekdays, hari Selasa.
Maafkan kita ye mak! :'(

AidilAdha ni tiba-tiba mengingatkan aku masa spend time sorang-sorang kat kampus di sebuah IPTA di utara tanahair dulu, masa tu kawan-kawan ramai yang dari negeri Pantai Timur, so katanya kalau Raya Haji ni memey meriohhhh...hohhh..kecek Klatey ambo.. haha..

Jadi, awal-awal ramai student dah kelik kampung masing-masing...tinggal ambo nge beberapo orey student-student Sabah/Sarawak jah yang dop kelik.
Masa tu bukan sengaja tak nak balik, tapi jarak perjalanan dan tambang bas pun boleh tahan pitamnya... Tak apa lah...berkorban je lah..

Pagi AidilAdha tu boleh tahan sayu juga lah, rasa macam raya Aidilfitri pun ada jugak. Awal-awal lagi malam tu dah standby makanan kat dalam bilik asrama...sedeyyy nokk! 

Adakah kesayuan itu akan berulang lagi kali ini? YA. :'(

Rasa sayu pulak tengok sorang-sorang kawan-kawan balik kampung masing-masing dan post gambar-gambar masakan ibu ibu they'ols...sentap mak nak..

Adik aku pun tak nak kalah nganjing post status2 berbaur rendang dan lodeh kuah kacang masakan mak kiterrr.....kejam ko dik.. rase nak lempang jer.. hahaha.. 

Apa-apa pun, ini hanyalah pengorbanan kecil je...malu je kalau nak meratap lebih-lebih kan.
Ramai lagi insan-insan di luar sana yang setiap hari berkorban apa saja, demi untuk orang tersayang ataupun meneruskan hidup perjalanan masing-masing.

Jadi, moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, walaupun kurang dari orang lain, tetapi DIA tahu yang itu sebenarnya sudah cukup buat kita.

Ostat tak i'ols? Haha...

Yang mana menyambut AidilAdha di kampung halaman, semoga seronok beronok-ronok bersama-sama keluarga tersayang, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang kembali.

Yang mana tak balik kampung tu, macam aku... Dah...dah...gi lap air mata tu..pergi kedai beli megi, esok kedai tutup kang kebuloq angpa semua.. haha..
Rajin-rajin jengah je dapur pacik Mat Gebu tu cari resepi megi paling sedap. hihi..

Salam AidilAdha semua! <3 p="">