Friday, October 11, 2013

Online Shopping dan Akaun Bank Digodam?

Memang kegemaran aku suka browse barang-barang rare sikit dari online shop dan selalunya barang-barang tu susah nak dapat kat Malaysia ataupun limited edition. Dan kadang-kadang shopping online ni harganya lebih murah dan banyak pilihan. Barang-barang yang selalu aku purchase macam beg (gila beg!!), graphic shirt, kasut, pendant ke, gelang leather ke, hair produk ke, cover phone/iPad ke, earphone....ala..benda simple2 jer.

So tadi terjumpalah satu jam idaman aku sejak sekolah. Memang jam jenis lama, dan biasa-biasa je. Dulu masih tak mampu nak beli, dan harganya ya ampunnnnn...rasa mewah sangat waktu tu. Cuma tadi bila dah terjumpa tu, rasa teragak nak beli sebab terkenang-kenang...gittewww.. dan harganya dah jauh lebih murah. Bukan jam second tau, tapi brand new.

Casio AW48HE-9A

Jam biasa-biasa jer, cuma aku teringin sangat nak jam ni dulu. :')

So tadi FIRST TIME buat self banking transaction...selalunya aku tumpang kawan-kawan jer.
Tadi beranikan diri purchase sendiri. Sebab baru je tukar kad bank yang problem dah 3 bulan.
 
Itupun sebab nak beli barang guna Visa debit Maybank, masa nak confirm purchase/payment tu nombor TAC dihantar pada nombor phone lama (tak update), bagaimanapun sempat CANCEL. Dan dah check semula kat order tu memang dah tak ada masalah. So, order semula item dan pilih payment secara COD.

Cuma bila check semula kat statement bank, payment untuk item tu memang TAK ADA --- Selesai kes pembelian online tadi.

Tapi.... terperasan yang ada amount berjumlah RM34.18 berkurangan secara konsisten selang dua hari, bermula minggu lepas...dan baki akaun semakin kurang dari statement lepas.

MASALAHNYA ialah, aku tak ada sebarang online banking account macam Maybank2u tu, sebab memang tak biasa buat transaksi online.
Yang ada cuma daftar kad itu untuk Apple ID, dan segala pembelian album, apps, games dan lain-lain memang ada bukti transaksi dan tally dengan bank statement.

Nak pergi bank tadi dah tutup, call hotline tak berjawab.


RM34.18 tu tak tahu jumlah apa dan bayaran untuk apa. Adakah akaun aku telah digodam?????
Harap-harap boleh selesai cepat... :'(