Tuesday, October 8, 2013

Pengalaman Dibedah (Part 1)

Gitteww...tajuknya khenss..hahaha..

Lama betul baru nak update kan, ni bukan update namanya, ni dah backdated! Hehehe..
Last 2 weeks, pada 27 September yang lepas mencatat  satu pengalaman baru buat aku, dan harap-harapnya yang terakhir lah ye!! Huhu.

Actually dah tiga kali postpone minor surgeri ni, tapi at last terpaksa akur dengan keadaan yang semakin menyakiti...erk..boleh gitu..
Kecoh juga lah sekejap rakan-rakan di Insta dan Facebook bila aku start masuk ward pada pagi Jumaat 26hb tu, ye la...hari Khamis tu kemain lagi sihat walafiat siap berpeleseran lagi sampai tengah malam kan. Hehe..

Bukan pembedahan apa sangat lah, cuma wisdom teeth removal jer.. Apakah itteww?
Haa... ni nak cerita sikit ni...

Masa aku pergi buat regular check up dan scaling (cuci gigi) kat Klinik Kesihatan (Pergigian) Presint 9 dulu tu, dentist tu ada bagitahu... a few gigi aku dah crowding sangat (berlapis-lapis nokk!), dan susah nak bersihkan gigi macam biasa, gosok gigi dan kumur Listerine. So, itu yang 3 bulan sekali start dari 2 tahun lepas aku kena pergi buat scaling. Letih lah jugak.
Secondly, dia suggest buat braces. Sentaprina kejap... Kos nak buat braces tu mau iols ikat perut berbulan-bulan. Tapi atas nasihat pakar katanya, aku pergilah check up kat Klinik Pergigian Izra Presint 8, ni private clinic lah, kira OKlah, staff dia pun mesra, service pun smooth jer. Dentist dia pun baik je lemah lembut...aku fikir, ala ni mesti sebab dia cas mahal kan...sebab tu kena behave..hahaha! Kira-kira dalam bulan Jun lepaslah pergi check up tu (sambil-sambil buka kalkulator kat henpon, nak kira bape hengget duit ada dalam account... hehehe!)

So, after consultation dengan dentist tu, dia terus buat refference letter untuk further check up dengan Hospital Putrajaya - untuk minor surgeri buang semua gigi geraham bongsu yang tumbuh tak ikut adat..... kalau tak memang tak boleh nak proceed buat braces walaupun duit dah berkepuk...gitteww..
Muka dah cuak jugaklah, tapi tenang sekejap sebab dia kata dah settle semua baru datang balik dan decide nak pasang braces ataupun tidak, tiada paksaan, dia takde lah lobi klinik dia ke apa. Bagus! haha! Tambah tolak bahagi campur..total adalah dalam RM5k....Boleh bayar ansur-ansur katanya, tapi advance buat x-ray, buat acuan, pasang besi-besi kejadahannya kena mula bayar RM2.8k dulu. Balance bayar dikit-dikit kekdahnya! Terduduk iols termenung sekejap.

Nampaknya kena cari mak Datin la gamaknyerrrrrrr yang boleh sponsor me!
Anybody??!! Pleaseee!!! 

 *Kos konsultan dentist tu RM5 je uols! Riang sekejap... Hehehehe..

So, lepas dah dapat refference letter tu, aku terus je merempit gi Hospital Putrajaya, terus dirujuk ke Pakar Bedah Mulut!!! Amboi...kemain.. sampai pakar bedah mulut ni...tak ke rasa nak pitam?
Ingat biasa-biasa je kes gigi bongsu nan manja ni. Lepas di-x-ray segala bagai, last-last terus je dentist situ tunjuk kenapa dan mengapa aku perlu dioperate sedemikian rupa.

Kemain....ada 5 batang gigi yang tumbuh ikut suka depa, senget ada, dalam gusi ada, bawah gigi lain ada, dan ada 2 dah dekat-dekat terkeluar dari rahang... Ya Ampunnn! Dah macam tengok x-ray tengkorak jerung katanya!




See....ko ingat aku nak cantek saja-saja ke pakai braces? No no no!!!
Lebih kurang macam gini lah x-ray aku tu...tak sempat nak snap yang betul..ni Google punya, tapi kes lebih kurang sama lah... Impacted Wisdom Tooth.

Eh..macam panjang je nak cerita... sambung nanti la ek.. dah nak abis lunch hour lak.. 
Maafkan sayer!

Assalamualaikum....