Tuesday, November 19, 2013

Awak Sombong, Saya Lagi Sombong!

Apa? Sombong?

Hahaha… Banyak kali jugak lah orang selalu kata aku ni jenis sombong, dah naik lali dah…
Katanya, aku kat Facebook, kat WhatsApp, Instagram semua bukan main lagi peramah bagai, boleh borak-borak, gurau-gurau, propa-propahhh…Tapi bila jumpa atau terserempak in real life, kat mall ke, pasar malam ke, majlis-majlis ke, etc., langsung tak bertegur, paling muka, dan sebagainya.

Apakah???
Ni cheq nak habaq kat angpa;

Bagi aku lah, aku sendiri memang SERIOUSLY seorang yang sangat susah nak cam atau recognize seseorang tu dalam masa yang singkat, maksudnya..kalau terserempak tu, aku memang jenis lambat gila nak loading…tapi bukan lampi yer!! Hihi!

Selalunya aku akan mula berfikir, sambil salam-salam tu (ehem..bukan salam aweks yer..haroomm!), otak aku ligat mentafsir;

Kenapa dia senyum-senyum?
Macam kenal…
Siapa dia ni? Arghhhh….!! Apa nama dia?
Kat mana aku kenal dia?

Haaa…tang nama tu boleh lah cover dengan kau-aku, awak-saya..
Tapi tang nak mula borak tu, tang kenal kat mana tu memang FAILED!
Ye lah, normal lah kan, kita ni memang banyak ‘kumpulan kenalan’, contohnya aku,

Sekolah
-       Tadika (ye..aku masih contact lagi kawan-kawan sama tadika…sweet kan? Hahaha!)
-       Rendah & Menengah (kelas sama, kelas lain, senior, junior...haishhh!)
-       Form 6 (Sebab ramai group baru masuk sekolah kitorang untuk ambil STPM)
Kolej
-       UiTM (Sama kos/lain-lain kos/Lecturer lagi…makcik kafe, makcik dining, makcik dobi, Makcik Balang --- haa…Makcik Balang ni budak-budak UiTM Arau je kenal..pembekal utama choki-choki kami! Hihi!)
-       MiA* (Cikgu lukisan, cikgu kelas tukang, tauke kedai craft, pak guard jaga bangunan sebab nak masuk studio malam-malam…hahaha!)

Masuk group kerja pulak, tempat keja lama, department lama, tempat baru, group jemah, group jual kain, group duit kutu, group anak tiri, group melawan boss...erkk!
Boleh pitam tahu! HAHAHA…!

Dan group yang paling besar – MEDIA SOSIAL dan Encik/Cik/Puan/Saudara/Saudari Anonymous.

Haa..selalunya, kawan-kawan yang hanya kenal secara maya ni lah yang suka melabel-label dan buat pengkelasan mereka sendiri..ikut suka jari diorang...kan?? Terutama sekali dalam dunia blogger..kan?
Aku tauuuuu~~~ hahaha!

Blogger itu sombong lah~
Blogger ini berpuak-puak lah~
Blogger ni ada back-up force dia lah~

Haish…kelakar!
Apa yang aku boleh cakap…STANDARD LAH TU!
Jangan expect bila once ko keluar kat public orang terus recognize, terus nak tegur, salam-salam…yang pompuan laga-laga pipi….kawan rapat kat alam maya katanya.
Jangan nak feling-feeling selebriti sangat dik non...
Tak perlu nak diva sangat suruh orang merafak sembah depan u'ols...
Tak bagus..tak baguss....!

Kena dengan orang yang ting-tong short-term-memory-loss macam aku ni?
Mula lah nak sentaprina kan? Hahaha!

Takdelah, bukan sombong, Cuma maksud aku, jika terserempak ke, jumpa kat mana-mana ke,
TAK SALAH KAU TEGUR DAHULU!

Lambai-lambai, perkenalkan diri. TAK SALAH YOU’OLSS!

Lebih-lebih lagi jenis yang secrecy sangat, misteri~~~
DP kat FB/IG/Twitter/etc semua gambar unggas,
kereta, kapal terbang, kartun, flora dan fauna, Nora Danish…..erkkK!!
Memang pitam lah nak kenal…


So? MOTS? TAK SALAH KALAU TEGUR DAHULU! Gittewww….

P/S : Nak jugak menyelit..rupanya kes remaja hilang tu bukan hantu Villa Nabila yang sorok, tapi rupa-rupanya 'hantu kopek' yang sorok daaa...Menyorok kat rumah kawan dengan girlfriend dia pulak tu.... Takut mak marah katanya... OKU katanya, tapi masa bagi statement macam ok je..siap ada gelpren plak khenss... ni!!! Mesti siapa yang bikin hoax kat dunia maya semalam banggaharamjadah.. Tak pasal-pasal glamer sekejap Christine Palace a.k.a Villa Nabila tu. Cehhhh!! Kesian CikPon Nabila, tak pasal-pasal kena kacau..tak senang dia nak bersemayam situ.. Hehehehe!

* Trivia : Tak sangka Uncle Gedek tu super-senior aku kat MIA...hihihi!