Tuesday, November 12, 2013

Impian versus Kenyataan

Salam,

Masih lagi dengan tabiat lama yang sebati, iaitu malas mengemaskini blog.
Hahaha.

Bukan apa, akhir-akhir ni aku lebih gemar menjadi silent reader dan lebih suka mendengar daripada mentafsir perkara-perkara yang berlaku di sekeliling, bimbang jadi tidak betul.
Lagipun, banyak sumber di luar sana yang berceritakan hal sama, isu sama, gossip yang sama, viral video yang sama...
Hanya perlu tepuk dada, dan tanya akal kita ke mana.

-----

Tengah lewat malam (pagi) begini,  teringat mimpi dan sendirian bermuhasabah tentang diri sendiri.
Di mana aku?
Apa sedang aku capai?
Untuk apa?

Bercakap berkenaan impian, kadangkala kita ni lupa... Apa yang kita hajat dan impikan itu kadangkala bukannya menjadi realiti seperti yang kita bayangkan, cuma bagi aku, setakat yang pernah aku lalui...Alhamdulillah, aku rasa cukup bertuah dapat mencuit sedikit impian itu walaupun dengan cara dan bayang yang berbeza.


Aku pernah bermimpi menjadi bintang. *sigh!*
Menjadi pereka kreatif.
Penulis novel.
Menjadi jurufoto ternama.
Bermimpi melancong ke serata dunia.

Berangan gila kan. Serius gila.
Aku kuat imaginasi.

Gila pentas.
Memang aku sangat minat muzik.
Aku bermula pun dari zaman sekolah rendah.
Macam-macam perkara aku cuba. Menyanyi, alat muzik...dan cuba-cuba menari.
(Bab menari memang sangat kayu...seriously yang satu ni aku gagal...)
Dan secara tidak formal, aku belajar sendiri bagaimana aku boleh begitu yakin berdiri sendirian atau kadangkala berkumpulan, menggigil lutut dan rasa macam nak pitam berada di atas pentas dengan mata-mata asing memerhatikan kau.
Dan sedikit-sedikit peluang itu, kini, menjadikan aku lebih yakin dan menjadi diri aku yang sekarang --- KURANG MALU. Ahahaha.
Ah! Zaman sekolah memang zaman yang menyeronokkan!  Kau tak perlu fikir bil-bil apa yang perlu kau bayar, apa yang perlu kau makan. Pokoknya, enjoy saja.

Sehingga ke zaman menengah, kolej... Jangan tak tahu, semasa di zaman kolej, aku menghidapi sindrom gila pentas, sehingga gamble join pertandingan nasyid semata-mata mahu buat performance. Bayangkan budak rebel separuh tiang ni masuk nyanyi dengan kumpulan nasyid!
Dua semester lagi kumpulan itu bertahan, sehingga abang-abang senior dah grad, dan kami berpecah.

Bintang, dan seni. Dua ini adalah minat aku.
Apa saja tentang seni, aku cuba belajar. Walaupun kadang kala hanya seni menulis tulisan dengan cantik.
Ya, aku sangat praktikal dengan tulisan. Sehingga kini.
Bertugas di unit baru memerlukan aku cukup bersabar, dengan ribuan jenis tulisan di dalam buku rekod perkhidmatan yang perlu disemak.
Biar buruk mana pun, janji kemas, kalau tidak, boleh meroyan satu badan.
Ini bad habit aku. Mengada-ngada kan? Aku pun menyampah dengan diri sendiri.
..ehh..boleh? Haha..
Mungkin adik perempuan aku dan anak-anak buah aku masih menyampah dan teringat-ingat jahatnya aku mengetuk jari-jari mereka semasa sesi homework...semata-mata kerana TULISAN. Haha..

Seni bagi aku satu kepuasan, sama macam bila aku buat persembahan.
Aku buat kraf, kad, belajar design, belajar apa saja yang kadang kala orang kata kerja perempuan, yang halus-halus, yang remeh-remeh...demi kepuasan.

Impian versus Kerjaya.

Masuk sahaja alam kerjaya, aku mulanya bingung.
Buat perkara yang kita tidak minat dan bukan impian kita memang melelahkan.
Di pentas ku?
Di mana impian ku melancong?
Di mana harus aku melukis dan berimaginasi?
Di mana impianku menjadi jurufoto professional?
Demi sesuap nasi.
Demi berdiri di atas kaki sendiri. Aku cuba.

Nyata, walaupun impian aku tidak menjadi realiti, namun jika kita bijak mencari peluang yang ada di tempat kerja juga kadangkala memungkinkan kita menjamah sedikit impian kita walaupun dalam suasana dan konteks yang berbeza.

Aku berpeluang ke pentas. Walaupun cuma amatur, dan makan herdik dan tawa, tiap kali cuba-cuba mencuri spotlight orang. Maafkan aku ya sang-sang retis.
Aku cuma ingin berkongsi minat, yang aku impikan.
Peluang berpentas bersama ahli-ahli muzik professional --- PRICELESS.
Walaupun cuma sekali dua. Cukup lah itu.

Aku berpeluang melancong --- dalam bekerja, OUTSTATION. Jadi lahhh...
Sampai aku letih dan merungut kepenatan bila jadual sangat padat ke sana-sini. 
Dalam masa yang sama juga, bidang kerjaya yang aku fikir bosan dan klisè, aku dapat peluang menjadi pereka, walaupun cuma di unit dalaman, aku rasa happy gila.
Bila hasil kau dicetak, dan dipublishkan, rasa poyo dan bangga itu sangat nikmat! Haha...
Walaupun sekadar sekeping poster atau segantung banner.

Dan, bertugas bersama-sama orang media, aku dapat merasa bangga petik foto, rakam video.
Banyak juga foto masih terperam di dalam arkib (dibaca : harddisk...hahaha)
Ada yang dah corrupt pun.
Dari zaman kamera pertama aku, kamera analog percuma langganan Reader's Digest hadiah hari jadi kekanda tersayang, sehingga ada rezeki mencapai DSLR amatur.
Semuanya masih bersepah-sepah di sana-sini.
Ikut hajat, nak bikin satu blog khas untuk gambar sahaja. Dengan ceritanya.
(Terima kasih Mawardi bagi ideanya.)
InshaAllah. Mungkin selepas lengkap perkakasnya. Haha...

Bosan kan. Macam bagus je life aku.
Walhal? Biasa-biasa je wak...semuanya sila fahamkan dalam konteks amatur.
Kadangkala bila kita lebih banyak berkongsi, aku harap, lebih banyak kita dapat memahami seseorang itu. Konon lah...hehehe!

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Sangat!
Sekurang-kurangnya aku merasa sedikit mimpi aku.
Cuma berkongsi rasa,
yang kita masih perlu bermimpi..teruskan mengejar pelangi, walaupun hanya dapat melihat dari jauh, teruskan mengagumi keindahannya.
Doa. Itu penting.
Usaha. Sudah tentu.
Semuanya tidak datang bergolek adik-adikku.
Jatuh itu perlu. Agar kau tahu di mana durinya.
Aku pernah dan selalu tersungkur.
Bangun, dan kejar lagi. Cuba!
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK APA PUN!

Penulis novel?
Blog yang bersawang ini jadi lah sebagai 'novel' aku.
Kalau aku rajin dan insomnia melanda, maka panjangnya begini,
kalau tidak, aku tulis tajuk pun dah dikira bertuah.
Hahaha.

Salam Sang Pemimpi,

Najeeb Abdullah.

Motif? Feeling Putera Lindungan Bulan...gittew!  Haha!