Friday, November 22, 2013

[KONGSI ILMU] Keindahan Jumaat

Assalamualaikum, Selamat Pagi, Salam Jumaat,

Sedikit Perkongsian Ilmu.


KEINDAHAN JUMAAT
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

1. Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

3. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

4. Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

5. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

6. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

7. Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Suria Pagi. 0730hours, Jumaat, 22/11/13, Putrajaya, Malaysia.
 “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah." (HR Ahmad)

"Sesungguhnya hari paling utama adalah Jumaat, maka perbanyakkanlah shalawat atasKU pada hari itu, kerana shalawatmu pasti disampaikan padaKU." (HR.AbuDaud)

"Berhati-hatilah dari kebiasaan meninggalkan shalat Jumaat atau Allah benar-benar akan menutupi hati mereka hingga mereka termasuk orang-orang yang lalai." (HR.Bukhari)

"Barangsiapa meninggalkan shalat Jum'at karena meremehkan tanpa suatu alasan maka Allah akan mengunci hatinya." (HR.Bukhari)

~~~~~

KataNajeeb : Dalam kekhilafan dan kelalaian, sesekali jentik hati kita untuk bermuhasabah. InshaAllah...DIA tak pernah kedekut dengan Rahmat dan Kasih SayangNya.