Wednesday, November 20, 2013

[TRIVIA] Selfie - Oxford Dictionary Word of The Year 2013

Semalam, 19 November 2013, perkataan "selfie" telah diiktiraf sebagai Word of The Year oleh Oxford Dictionary.

Apakah kejadahannya selfie itteww??

Meh sini nak kasi sekolah;

Menurut Wikipedia;

A selfie is a type of self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often associated with social networking. In the Korean entertainment industry the word selca (short for "self camera") is used to describe photos taken of oneself.[1][2][3] They are often casual, are typically taken either with a camera held at arm's length or in a mirror, and typically include either only the photographer, or the photographer and as many people as can be in focus. Selfies taken that involve multiple people are known as "group selfies". In August 2013 the Guardian produced a film series titled Thinkfluencer[4] exploring selfie exposure in the UK."

Faham ke tidak bahasa omputih ni? ahahaha!
Maksudnya selfie ni ialah sejenis(?) teknik atau gaya mengambil gambar sendirian berhad, atau lebih senang selalu orang sebut cam-whore (sebutan 'kem-hor')...bukan cham-horr tahu! Maksud kasar cam-whore ni, pelacur kamera...erkk??!!

Maklumlah, sekarang kan dah 99.99% telefon bimbit ada kamera, tambah pulak dengan pelbagai medium media sosial yang berlambak-lambak, mana nak update Facebook lagi, twit-twit kat Twitter lagi, nak layan WhatsApp lagi...kiri kanan tangan masuk ngan jari kaki sekali kan kalau boleh nak update 24/7.

Tapi....jangan nak kekwat ingat kau orang modern sangat yer, ini ada fakta menarik,
Selfie ni, dah mula dari awal-awal zaman pembikinan kamera lagi tau!

Nama beliau ialah
Grand Duchess Anastasia Nikolaevna of Russia
...awek pertama yang buat selfie menggunakan kamera Kodak Brownie, katanya nak ambil gambar ni hantar kat kawan dia.


Dan seorang lagi;
Direkodkan selfie wanita ini pada awal tahun 1900-an. Boleh tahan mak lampir jugak, seram i'ols! Hihihi!
Haa...kan... Betapa gigihnya dari zaman dulu orang nak ber'selfie bagai...zaman dulu lagi lah, kamera kemain besar, macam kotak kasut pun ada...hihihi... Sampaikan si anak kerabat Anastasia (gambar pertama) tu tulis macam ni kat surat dia;

"I took this picture of myself looking at the mirror. It was very hard as my hands were trembling."

Lenguh-lenguh tangan dia kononnya.

Perkataan selfie dikatakan mula popular bermula pada Jun 2012, dan direkodkan di dalam Oxford Dictionary sebagai perkataan baharu zaman millenium.

Untuk lebih detail, korang baca lah sendiri kat link ini, dan ini.

Dan bagi aku, obsesnya tahap selfie aku ialah...sampai dalam swimming pool pun nak selfie jugekkkkk...! Ahahaha..





Sekian info ringkas dari katanajeeb!!!