Saturday, December 7, 2013

[ISU DI SEBALIK] Rumah Rakit Makcik Hanisah


"Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk, Jerantut Pahang sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba."

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.


Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.



“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir."

#katanajeeb:
Aku salute habis dengan makcik ni. Mungkin lah bukan dia yang bina seorang diri rumah/pondok ni, tapi idea dan future long term planning dia itu sangat brilliant! Lebih brilliant dari pemikiran so-called 'orang besar-besar' yang kerjanya hendak bertekak pihak 'dia' dengan pihak 'dia' dalam dewan besar yang tak ubah macam ZOO. (...dengan Lagu Tema "What Does The Fox Say?")

Ya la, ujian alam kan, siapa yang boleh menduga, cuma kalau sebelum ini ujian itu memang sudah dijangka sejak berbelas-puluh tahun, tapi TIADA SEBARANG LANGKAH BIJAK sebijak makcik Hanisah ni diambil, APA DIORANG SEMUA BIKIN? jeng3!

Isu bijaknya makcik Hanisah ini cuma sebagai contoh. BENDA LOGIK yang boleh difikirkan dengan mudah. Namun, macam kadang-kadang orang cakaplah, benda mudah macam ni selalu orang tak ambil peduli. Benda yang mendatangkan untung, jual kontroversi, masyukkk, ada kepentingan, itulah yang akan diperah-perah otak untuk selesaikan. JANJI UNTUNG KATANYA! 
INI BULLSHIT!

Ini masa bukan untuk kita bertekak sesama kita, makin lama makin teruk, makin lama makin terselah ketidakbijakan masing-masing, baik pihak sini, mahupun pihak sana.

Aku bercakap tanpa menyabelahi mana-mana pihak.
Yang bagus, aku akui bagus, yang kurang bagus, itu yang aku rasa perlu diperbaiki. Eh! Bukan 'perlu', tetapi PATUT DIPERBAIKI.

Bukan makna aku ni BERLAGAK BAGUS DAN TAHU, cuma sebagai seorang RAKYAT negara ini, aku berhak mewakilkan diri aku untuk menegur mana yang kurang bagus untuk kami teruskan kehidupan di tanahair ini.

Cukup-cukuplah bertekak, dia-kata-dia-kata-dia, masing-masing nak mengalun lagu "Bangau-oh-bangau!", bertelagah pasal benda-benda yang terang-terangan BUANG MASA HADAPAN RAKYAT NEGARA INI! 

Aku hanya bersuara sebagai rakyat, hanya sekadar mengisi beberapa perpuluhan peratusan dari keseluruhan anak bumi Malaysia.

Media arus perdana, TOLONG ADIL! Jangan nak berlagak sangat awak ada KABEL SATELLIT BESAR. 

Kita (Kami) golongan so-called 'Media Sosialista' juga makin menonjol, makin celik bercerita, mana yang benar dan tidak, DENGAN PANTAS....AWAS Ya! 
Hehehe....gittewww... kekwat tak? kekwat tak? Ini bukan cobaan, ini betul-betul!

RAKYAT SEKARANG TAK BODOH..TAK BODOH..TAK BODOH!
(...ala-ala Jep SepahTu mengajuk isu Pak Guard Airport...hihihi)