Monday, December 23, 2013

[PERSONAL] Mula Berbelog Secara Serius

[AMARAN : Ini Entri Panjang....macam Esei!]

Alhamdulillah,

Habis tahun 2013 ini nanti, bermakna hampir 3 tahun lah aku mula menulis di blog picisan ini.
Lebih kurang Mac 2010, selepas entri pertamaku, dah bermacam ragam cerita dan bebelan dah aku coretkan di sini. Belog ini jadi medan aku meluahkan kegembiraan, sedih, marah, dan lain-lain.
Jadi, bila dah hampir beberapa tahun berbelog, belek-belek entri lama, rasa cam nak gelak dan blushing-blushing pun ada, rasa aku ni teruk gila pun ada, rasa annoying dengan diri sendiri pun ada. Ahahaha!

Delete? Oh! Biarkan saja lah...itu adalah seperti perjalanan hidup aku, yang pahit, manis, masam, kelat, semua biarkan ia tertulis kat situ. Memang orang cakap, lupakan yang negative, tapi bagi aku, at least aku boleh bermuhasabah, dan renung-renung sendiri perangai aku mana yang negative tu, agar aku tak lupa diri.

Masih terasa poyo lagi bila di awal-awal entri aku lebih kurang hampir 90% daripadanya ditulis dalam bentuk 'Manglish' - Malaysian English. Hehehehe!

Tapi aku tak kisah pun orang nak kata aku feeling ke apa, sebab bagi aku, yang hanya berkemampuan bertutur, menulis, dan membaca hanya dua bahasa, Melayu dan Inggeris, cara itu adalah salah satu cara aku melancarkan dan mungkin membiasakan aku untuk tidak kekok menggunakan bahasa tersebut. Dan aku dah terbiasa guna lenggok itu sebagai tuturan aku seharian.

Dan, entri-entri selepas itu, dan selepas entri ini, akan berterusan begitu, sebab itu adalah cara aku bertutur dan menulis, rojak dua bahasa. Rosak bahasa? Bagi aku, selagi struktur ayat itu aku tidak menjahanamkannya, aku tidak rasa aku merosakkan bahasa tersebut. Ahh! Aku bukan pandai nak menerangkan pasal teknikal bahasa ni, cuma....relaks lah..ini bukan surat rasmi beb! Ahahaha!

Eh! Panjang bebenor mukadimah! Padahal nak bagitahu je, InshaAllah, selepas-selepas ini, aku akan mulakan kembali hobi yang mudah tapi malas ni dengan konsisten..harap-harap kurang lah bersawang sangat! Hihi!

Aku rasa cukup bertuah, dapat kenal ramai rakan-rakan blogger, joint banyak aktiviti kebelakangan ni, dan macam-macam lagi ilmu dapat cedok dari mereka, secara langsung, atau pun tidak langsung.
Pelbagai medium sosial yang banyak mengeratkan hubungan aku dengan mereka, terutama sekali WhatApps group dan juga Facebook. Walaupun ada di antara mereka tak pernah jumpa dan bersua face to face, namum bila kita ikhlas berkawan, kita akan kenal dia macam dah lama kita kenal...pada aku lah.

InshaAllah, jika diizinkanNya, aku teringin nak jumpa semua rakan-rakan maya, secara live!
Sebab bagi aku, jika kamu betul-betul ikhlas berkawan, kamu tak kisah siapa, dan bagaimana fizikal kawan kamu itu, dan sebaliknya. 
Aku seriously tak reti bila ada orang yang jenis borak, sembang kencang, gurau-gurau dengan kita, tapi aku tak kenal personally...maksudnya, adakah dia benar-benar wujud??? Tiada profile photo, tiada details, tapi rajin ajak bersembang....curious juga... ikhlas ke tidak kalau macam tu? jeng3!

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Oklah, bersempena dengan konon-konon azam baru ni..(ecececey!), atas suggestion rakan-rakan dan otai blogger yang lain, aku cuba-cuba lah juga nak tempah 'name card'. Rasa poyo lagi bila gigih nak tempah name card ni, tapi ambil kata-kata otai Ben;

 "...buat jer...at least orang kenal kita...dan mungkin banyak peluang dan rezeki lain datang selepas itu.." katanya.

Kenal, dan peluang. Bukan niat mengejar glamer ke apa ke, but at least, 'branding' yang aku dah cipta ni, berbaloi dan tidak sia-sia membuang masa.


Haaaa...amacam? Hahaha! Kartun sangat kan??!!
Memang aku saja request kat Apit di Fiz Graphic tu buat simple, dengan konsep komikal, tapi tetap meriah! Hehe!
Sebagai seorang yang obses dan minat kepada bidang senireka grafik ni, bagi aku, hasil kerja Apit memang aku adore sangat..kemas, simple, tapi meletops! Ahahaha...

Untuk name card aku senang je, aku just guna header blog yang agak kepohchi yang dah lama aku guna  untuk blog ni, dan profile picture favourite di Bitstrips aku.

Bagi aku, personally, komik itu represent diri aku, aku tak berapa suka benda-benda yang serious sangat, bertempat lah, dan take it easy, take time to enjoy dan relaks. Warna yang 'pop' memang dah favourite dan kawan-kawan pun dah tahu style aku. Ala-ala attention seekers, AAK? ahahaha.
Mungkin ada sebahagian yang kata mcm tak matured, atau tak professional pun..letak kartun pulak!
Hmm...yes! I'm not a pro in this field, but i do exist, in my own way....kan? Huhu!

InshaAllah, selepas ini, kalau-kalau dijemput hadir event bersama rakan blogger yang lain, dah tak rasa segan sangat, tak ada branding nak perkenalkan diri. Jumpa orang-orang yang network hebat, apa salahnya kita cuba contohi mereka kan?

Sebab itu, aku pun cuba-cuba meluaskan genre belog ini, daripada personal sahaja, InshaAllah selepas ini akan buat segmen advertorial, review, bercerita yang lebih informatif dan lain-lain.

Kita cuba buat sesuatu yang bermakna, dan mana tahu mungkin ada rezeki aku di dunia blogging ni kan? Walau tak banyak, at least ada lah juga kan? Sebab aku pun bukan buat fulltime, just sebagai mengisi ruang jika ada waktu senggang.

Setakat itu sahaja lah..panjang sangat dah ni.

Wassalam.