Saturday, December 7, 2013

[PRIHATIN] Misi Bantuan Kemanusiaan oleh Blogger

Bermula pada lebih kurang hari Rabu yang lepas, selepas berbincang di dalam group WhatsApp,
team blogger #kelabbloggerbenashaari dipimpin sendiri oleh Abang Ben telah sepakat mengumpul sumbangan sedikit sebanyak mana yang ada, untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di Kuantan, khususnya, dan juga selebihnya ke tabung bencana yang lain-lain.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri hebahan dalaman antara blogger, dan juga hebahan umum di media-media sosial, dapatlah kami mengumpul jumlah yang mencapai dan sedikit melepasi sasaran kami.

Dan pagi tadi, Alhamdulillah, separuh dari amanah anda semua telah dapat team blogger usahakan.

Tahniah kepada rakan-rakan atas urusan pembelian barangan.
Dengar kata mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Pasaraya Mydin Cawangan Putrajaya. 

Pelbagai barangan asas dan keselesaan mangsa dapat disediakan dari hasil sumbangan seperti makanan, lampin bayi, lampin wanita, tuala, kain pelikat/batik, ubat gigi dan lain-lain. SYABAS uols!

InshaAllah saudari Nurramizah Fadzil akan mewakili sahabat blogger, untuk membawa barangan tersebut dan bertolak sebagai sukarelawan misi bantuan kemanusiaan bersama-sama dengan pasukan sukarelawan Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) pada petang ini.
Semoga usaha dan perjalanan kalian diberkati...InshaAllah...

Tahniah juga atas inisiatif dan bimbingan saudara Ben Ashaari yang mencetuskan ilham, dan memberi semangat kepada kami.

Teruskan membantu mana yang mampu.







#pray4kuantan #kelabbloggerbenashaari #bloggerprihatin #misikemanusiaan


Baca sambungan Misi Bantuan (Bahagian 2) [KLIK SINI]