Monday, December 9, 2013

[PRIHATIN] Misi Bantuan Kemanusiaan Oleh Blogger (Bhgn. 2)



Alhamdulillah... Separuh lagi hajat kami telah tertunaikan.

Petang semalam, wakil dari #kelabbloggerbenashaari, saudari Nurramizah Fadzil bersama-sama dengan pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia telah diberi kesempatan untuk bersama-sama mengagih dan membantu kerja-kerja pembersihan kawasan yang dinaiki banjir di sebuah kawasan penempatan di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran perjalanan untuk sampai ke kawasan sasaran, namun dengan izinNya, usaha murni srikandi kami diberi kemudahan dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia yang sudi menumpangkan sumbangan kami yang tidak seberapa itu.

Tahniah dan syabas kepada semua!

"Terima kasih kepada yang menghulur sumbangan, saham anda tidak ternilai."




"Action speaks louder than words."

#bloggerprihatin

Sekian,
#katanajeeb melaporkan untuk #kelabbloggerbenashaari

....gittew..feeling wartawan sangat.. Hehe.