Thursday, December 5, 2013

[REVIEW] Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya

Assalamualaikum...

Fuhhh~~~ eh..terseru Dr.Fuh! plak pagi-pagi ni... ehehehe! 
Hari ni ting-tong sikit, lepas kebah-kebah demam dan gastrik yang terlampau Selasa lepas,
Malam semalam...Alhamdulillah, berkesempatan join Blogger-Day Out di Istana Budaya bagi menonton persembahan "Lawak Ke Der Musim Ke-3".

  First of all, aku nak ucapkan trimas kepada Bro Framestone sebab sudi menjemput kami hanak-hanak hikan yang terencat behave ni sebagai sahabat media untuk join sponsor show oleh penaja hebat, www.ESCnow.com
Penaja tiket....tengsss!

Ye lah, bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai kan, kat tempat yang punya prestij tersendiri pulak tu. Mula-mula semuanya behave lah konon..hujung-hujung~~? Huuur-Haaaar IB! hehehe! 
THANKS BEROOOOW!

Eh! Panjang pulak intro...!

OK lah seperti mana yang korang semua tahu yang persembahan Lawak Ke Der (LKD3) dah pun masuk musim yang ke-3 dan malam semalam adalah malam yang pertama.

Kali ni, Hans Issac selaku big boss LKD3 mempertaruhkan dua 'wajah baru' dalam geng LKD ini, iaitu kumpulan pinky-pinky Jambu, dan juga salah seorang stand-up comedian yang boleh tahan otai dia, Douglas Lim. Nabil dikekalkan sebagai hos dan Harith Iskander juga masih lagi turut serta untuk musim kali ini. Persembahan ini akan berlangsung dari 4 hingga 8 Disember 2013 ini, so masih sempat lagi korang nak layan gelak!

Mula-mula, seriously, frankly speaking aku agak skeptikal sebab Jozan (Johan + Zizan) dan Boboi tak ada dalam senarai..dalam hati..."alaaaaaa... :( best ke nanti Jozan tak ada, tak ganti dengan SepahTu ke..Osbon ke?"  Hehehe..

Namun, usai sahaja persembahan semalam, fuhhhhhh~~~ wa cakap sama lu...tabikkk!
Overall...pelawak-pelawak berjaya menghidupkan pentas IB dengan kah-kah-kah yang sangat awesome! gittewww...pitam sangat ayat kan!

Dan, yang paling aku tak jangka ialah semasa segmen Douglas Lim! Seriously dia memang terbaik malam tu walaupun 'virgin' dalam persembahan berbahasa Melayu/Malaysia! Ye lah, sebelum ni aku hanya biasa menonton aksi DL dalam sitcom, sketsa dan beberapa rancangan yang omputih sikit kan...
Bagi aku lah, persembahan beliau sangat teratur dengan punch-line yang 'tak dijangka', walaupun kadang-kadang nampak macam dia sangat berhati-hati, tapi itu yang buat jadi lucu gila sebab nampak skema! Tak hairanlah dia dapat standing ovation semalam, siap nyanyi lagu Awie lagi kooooo!
Bak kata dia, Malaysian got so many level of BEST means, dan persembahan dia adalah yang paling 'Best Giler Bab* Sy*al!!!'  *Opss!*

Double Thumbs up Douglas!


Untuk persembahan yang lain, sejujurnya bagi aku, ia lawak, kelakar. Itu sahaja. Erkk... (dah lah tiket free, komplen pulak kanss..hihi..!)

Nabil, sebagai hos, dah masuk musim ke-3 ni, nampak ketara yang dia struggle sangat nak hit the punch line, dan kadang-kadang delay pulak kita nak gelak. Mungkin dia nak save sikit idea untuk Maharaja Lawak Mega kot...hehehe!

Jambu, yang pertama kali beraksi dalam LKD, bagi aku 'boleh-lah'...bukan tak OK, cuma rasa macam perlu ada aksi-aksi yang lebih ummmphhh! Lawaknya dah macam biasa kita tengok, funny..but too predictable..erkk! Nampak lost sikit semalam. But still hit the laugh! Coba lagi ya!

Harith...hmm...he's funny..but his jokes is too educated lah. Haaa...speaking henggeris pulok!! Haha!
Untuk aku yang serabut lepas kerja rushing-rushing rempuh traffic jammed dengan Papa Blogger semalam, aku rasa persembahan dia agak berat, dan err...terlalu banyak info disusupkan...gitteww..!
Boleh tahan pitam jugak lah nak catch up! Hehe!

Malam pertama katanya...

Bagaimana pun, #katanajeeb tetap suggest, SILA TONTON!!!

Dapatkan tiket anda di www.ticket2u.biz atau layari www.istanabudaya.gov.my SEKARANGG!!
http://www.ticket2u.biz/


Sebelum keluar, lepak-lepak supper, apa lagi...tanpa arahan.. POSING PUAS-PUAASSS!! hehehe!
Rakan Blogger :)

Kembar ke u'ols?? Douglas Lim THORbaekkk!!

Gadis-gadis Kesayangan <3 br="">

bersepahhh~~

Nampak tak penampakan susuk Bro di celah iteww??

First time jumpa awek omey (tapi dah berpunyaaa...) Erra Kyra :)

Bestttt..katanyaa!

aksi random hanak-hanak hikan Ben Ashaari....opss!!


OK sampai sini sahaja....daaa!
Wassalam.