Saturday, May 4, 2013

Bukan Dari Jibril

Banyak kata (kata) ini dari tandas.
Bukan dari Jibril.
Boleh jadi salah, dan tak mustahil betul.
(Apa kau peduli, bukan?)

Kau boleh nilai sendiri.
Jangan risau, aku sekali-sekali tidak memaksa untuk kau bersetubuh dengan kata-kataku.

Aku tak akan merogolmu (mindamu).
Dan jangan pula resah, kerana kau juga tak perlu nikahi kata-kata ini.
Kita boleh berzina sahaja.
(Zina mata, telinga, mulut, tangan dan akal).
Asalkan kau puas, dan aku juga puas.
(Puas dan bebas).
Selamat bersetubuh dengan kerelaan!
(Kerelaan kau sendiri bukan?)
(Kau yang buka pakaian tidurmu bukan?)
(Menyalin, menampal, berkongsi dan berdebat dengan organ yang penuh bernafsu).
Jika sampai kau pada ejakulasi (seperti yang kau inginkan),
jangan malu dan tamak untuk kongsikan dengan teman-temanmu.
(Jika tidak, jangan kau salahkan penzina yang lain, kitab Kamasutra Minda kamu mungkin belum dikhatam.)

Moga kepuasan itu milikmu!
(Dan berhenti dari menjadi pelacur akal.)

Bukan Dari Jibril.
Fikri Harun.
Lejen Press.

Dengan bait kurungan tambahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah.
Tiba masa yang kamu nantikan.

Ironi.
Semenjak dua ini.
Terlalu banyak najis terpalit, berpalit, dan dicalit.
Walau makannya berupa niat dan akal yang suci, ikhlas, tawwadu', dan pelbagai klausa perkataan yang bersandar pada akal dan iman.
Namun, bila sudah terkunyah, terhadam dan tercerna;
dengan pelbagai salinan, petikan dan tampalan bersulam asid nafsu;
Hasilnya najis.
Khasiatnya entah ke mana, mungkin sedikit, mungkin tiada.
Bila digomol, bergomol dan tergomol, makin membusuk.

Semua busuk.
Dari sebelah sini, dari sebelah sana.

Bukan dari Jibril, dari tandas.

Silakan bersuci.

(Jeda).

Pilihanraya.
Sudah tahu mengapa sesi pemilihan sebegini juga ada ---raya.
Sebelum raya yang ini, sepertinya musim berpuasa juga.
Namun yang ini lebih berperang dengan nafsu, mental, dan mencari akal untuk yang-yang-yok; daripada berperang dengan syaitan.
Berbuka dengan pelbagai juadah dan hidangan.
Ada yang menaja dan ditaja waktu berbuka.
Ada yang mengikut sunnah.
Ada yang tidak berpuasa langsung. Lain kepercayaannya. Dan mungkin kepercayaan kepada-Nya.

Epilog.

Lepas raya, selalunya;
ada yang puas, dapat melaram,
Ada yang minta ampun maaf, dimaafkan dan tiada maaf bagimu.
Ada yang tidak puas, merana, terlebih makan, terlebih belanja.
Dan lain-lain.

Tiada kesimpulan.
Sebab ia memang sentiasa berlawanan.
Sentiasa.

P/S :
- Tunduk ke bawah, jangan terpijak najis sendiri.
- Jangan lupa pam selepas menggunakan tandas, melainkan kau ada pencacai tukang angkat najis.
- Cuci tangan. Ramai orang kau nak salam mohon maaf. Hari Raya bukan?
- Lihat ke langit, takut-takut liur yang kau ludah berpatah balik.

Oh! Aku rindu teman-teman yang manis, dengan kata-kata yang lembut dan menasihati.
Rindu apa kau masak.
Rindu apa kau sekeluarga bahagiakan.
Rindu apa yang kau jual.
Rindu bergurau lagi.

Jangan kerana beza, kita berhenti merindu.

Salam Pilihanraya, Selamat Memilih.

Najeeb E. Abdullah
05 Mei 2013