Thursday, September 26, 2013

Riadah Sihat!

Salam...

Fuhhh...setelah lama dan berlapis-lapis menternak lemak, semalam berjaya juga dengan tekadnya join geng-geng tersayang beriadah sihat --- MAIN BADMINTON.

Actually idea nak lepak datang dari kakak tiri garang kesayangan kami, Kak Sue Izza a.k.a Puteri Rimba. Ye lah, daripada duk keluar lepak layan wayang ke, food review ke....at least ada something yang betul-betul berfaedah dan sihat. Maklumlah....makin lama dah perasan iols makin menggajah je kan.. Hahahhaaha...

So, inshaAllah dah decide nak main secara berjadual...gittewww! Isnin dan Khamis, atau ikut kekosongan court. Kami lepak main dekat-dekat sini je, kat Kompleks Perjiranan Presint 9. Siap ada tabung dana Badminton Bloggers katanya...tong-tong bayar court ngan beli shuttlecock. Syabas Kak Sue! Aku memang salute kak Sue yang memang pandai manage something...BEST!


Isnin lepas frust tak dapat join, so semalam aku tekad jugak turun sama. Perghh...memang best gila lah.. Yang Paling best Abg Ben ngan Bro Lan Careno gigih turun walaupun duduk agak jauh dari kami, semata-mata nak bersenam dan beri sokongan kat kitorang.. Thanks! 
Yang sama join semalam Kak Sue, kak Fiza, Yanty, Qaseh, Mieza, MK Syahir, Mawardi dan Mr.D.
Happening gila lah dewan tu....masing-masing tunjuk skill kan....walaupunnn!!! Agak-agak geng-geng court sebelah sebelah mesti annoying kannn...sorry! huhu! 

Salute lah kat diorang semua yang maintain cargas...aku je yang cepat pancit..maklumlah kannn.. Hahaha...  Yang penting---- kemain semua datang bergaya, dengan kasut baru, raket baru, baju baru....full all set katanya. Ye lah, pada aku, apa salahnya spend sedikit untuk benda-benda yang berfaedah kan.. Tak perlu lokek! Ignore je orang nak kata poyo ke tidak kan...

Oklah, need rest now..dah mandi. Pagi nanti kerja pula, sebelum cuti panjang minggu depan...huhu! 

Byw, thanks guys! Lap lap lap uols! 


via iOS Blogger Apps.

Wednesday, September 25, 2013

Hadiah Terindah

Salam...

'gemonengssss uols.

Alhamdulillah...officially genap 28th years young last week.
Terima kasih pada kawan-kawan, rakan, sahabat dan sanak saudara sekalian atas doa' dan ucapan-ucapan di FB (Najeeb Abdullah) , Twitter (@najeeb_edward) , Instagram (najeeb_edward), dan juga WeChat (@najeeb_edward) *motips promot?? hahaha!

Tahun ni, walaupun agak kurang mendapat bungkusan ber'ribbon' *sedeyyyy!!* ;
namun, dua hadiah ni dah cukup buat aku betul-betul blushing...dan...errr....sikit-sikit lite-lite bergenang air mata...sikit je tau... eden macho! hahaha..

Firstly, syukur sangat diraikan oleh sahabat-sahabat Blogger/WhatApps di Flora Kafe, Ampang.
Seriously terharu sangat-sangat. Thanks korang! Ai lebiu ketat-ketat.
Ikatan yang terjalin sejak hujung tahun lepas atas inisiatif habang ketak Ben Ashaari, memperkenalkan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat suwitttttt dan sempoi, yet sangat caring dan careful...hahaha!
Most of us memang tinggal dekat-dekat sini, so, hidup aku sebagai anak perantau dan kerinduan pada keluarga sedikit sebanyak terubat dengan kehadiran mereka di sisi aku...gitteww!!

Kepada Beben, Kak Zila, Bambam Qhaliff, Kak Sue, Abg Eddy, Kak Fiza, Adik-adikku Yanty, Qaseh, Mieza, Syahir, Mawardi ;
dan juga kawan-kawan lain, Cikali Pitt, Lan Careno & wife/Akiff , Ujang & Yana/Zafirah, Bro Ahsan & wife/Izz, Dkna & Jai, NizamIjam, Aliff, Nick Eima, Erra Kyra, Mat Yie Kaki Sembang, Tinta Asyraf
Pakcik Mat Gebu, Kakak-kakak selazer Sis Lin,  Sue Joshua, Kak Citarasa Rinduan, Kak Chik Ella, Kak D'dapurC'canteq....sayang korang wey!

dan semua-semua...;



" TERIMA KASIH sebab kalian sudi menemani dan layan perangai aku yang kadang-kadang masuk air, mengada, kejap-kejap garang, kuat membebel ni..hahaha!"


Secondly, hadiah yang paling mahal sekali ialah....dapat Birthday Twin!!!
Alhamdulillah, hari yang sama kami sekeluarga dapat berita yang paling happy, akak ipar selamat melahirkan seorang lagi tentera Keluarga Pak Dollah & Mak Minah --- Baby Boy (...lagi).
Double happy lah sebab Muhammad Izz Danish bin Mohd Nasir dilahirkan sama tarikh ngan Apak Citam dia... 17 September, jam 9.30+- malam. Citam? Hahaha...ni panggilan rasmi uncle hensem dia oleh anak-anak buah. Actually kalau ikut pangkat tu panggilan rasmi Pak Itam, tapi masa ada sorang anak buah aku tu kecit-kecit dia tak pandai sebut, dia sebut Cik Tam Cik Tam....terus melekat jadi Citam.... Citam pun Citam lah!
Nama baby ni datang pun macam kelakar jugak, sebab abang dengan kak ipar aku siap buat poll kat group WhatsApps family kami. Aku siap buat topik kat group blogger - nak pitam baca cadangan nama diorang! hahaha!


Btw, semoga baby Izz Danish membesar menjadi seorang anak yang soleh dan beriman...InshaAllah.

..kemainnnn kann..
Dan yang penting, kecik-kecik keluar perut dan gigih nak selfie dan sengih amik gambar --- macam apak dia!!! hahahahahahaha! Well...it's in our blood! 

Apa-apa pun, berharapnya, dengan bertambahnya usia aku ni, bertambah juga usaha dan rezeki aku di masa mendatang. InshaAllah...Amin!

Tuesday, September 24, 2013

Flora Kafe - Penuh Kejutan!



Salam,

katanajeeb berwajah baru hasil sentuhan DikBee. Thanks DikBee!!!
Sedap sikit nak baca, takda berserabut sangat walaupun sentiasa bersawang..hehe!

16 September lepas, pada hari cuti Sambutan Hari Malaysia, Yanty ajak kitorang berfoya-foya buat food review kat satu venue yang tersangatlah sweet! - Flora Kafe, di Ampang.

So, biasalah, kalau dan set mind nak food review, dari pagi dah kruk krak perut tahan gejolak nafsu semata-mata nak kasi puas makan…boleh gitu? Haha…

Yang join pada hari tersebut ialah tok batin kami, Ben sefamily, bro Ahsan sefamily, Ujang sefamily, bro Haswadi sefamily (dah macam tulis kad kawen plak!), Kak Fiza Fantaghiro dan cik abe WMA beliau, Kak Sue (Cik Ngah) dengan Mr.D, Qaseh, Mieza, Mawardi, NizamIjam, dan juga Dr.Fuh (MK Syahir). Tu tak semua geng dapat join, kalau tak mau roboh kafe tu masing-masing bagaikan bertih jagung...hahaha!

Sampai je kat Flora Kafe tu…terus kecit besar kecit besar mata tengok deko kafe tersebut yang sangat….err…..sweet..! ala-ala romantika sangat, rama-rama, bunga-bunga…sampaikan iols yang bujang trang tang tang ni tetiba blushing sendiri…ehh!! Hahahaha.. Agak-agak nanti kalau nak nge’date boleh lah lepak sini..Ecececey..kemainn!









So, bila dah sampai tu masing-masing dengan muka ala-ala leopard kegemaran Yanty tu, tuan punya kafe, Mell pun gigih membawa hidangan-hidangan special itu…apakah dia??
Haa..ni yang terkejut sikit, ingatkan dengan deko yang ala-ala henggeris tu, aku bajet mesti menunya ala-ala western atau italino atau france gitu…
tapi Menu Tradisonal Melayu Ala-Kampung beb!! Melelehhhhhhh~~~

Macam-macam ada, malas nak cerita, silakan hadap gambar-gambarnya ye.

Sup Special - Bebola Ikan dan Sayur-Sayuran

Kuah Lodeh, Sambal Bilis 'kaww' dan Serunding Kelapa

My Favourite - Daging Masak Kicap yang superrrrbb!!

Masak Cili Api pelbagai jenis ikan.

Bismillah...

Aummm!! Hahaha! Itu baju oren bunga-bunga Mell, tauke dia.
Haa….gigil tak gigil lah masing-masing mencedok masakan ala-ala keibuan tu kan..

Desert yummehh~~ Pengat Pisang, bawah tu Pisang Salai yummehh~~

Dan, lepas je balun desert tu, masing-masing mata dah kuyu semacam je kan..aku dah bajet nak salam-salam tokei kedai tu dan lepak-lepak dengan geng bujang, tetiba….
Apakah ittew??? Sepppraisss katanyaa..

Muka nak blushing2 kan...

Tengah confused! Hahaha...
Blushing ittewww!!! Tetiba je keluar kek! Eh…actually masa masuk dah suspicious dah, sebab Yanty kata food-review je, tapi kenapa ada belon-belon bagai?
Alih-alih ada seprais pulak. Rupanya bersempena birthday aku esoknya (17 September) dan juga birthday Kak Fiza pada awal bulan hari tu. Blushing lagiii~~~  hehehe!

Dan sebelum masing-masing jahanamkan kafe si Mell, sesi-sesi posing sakan dan berborak-borak sampai lebam.....


Alahai~~tersipu-sipu ittewww..tahan sebak pun ye jugak.. hahaha!

Seriously sedap! Still rahsia diorang beli kat mana kek ni...cehh!!

  Btw, thanks semua ye, saying korang ketat-ketat. Im really speechless. Terima kasih atas doanya, dan yang paling penting ikatan persahabatan ini.

 

Anyway, thanks juga to owner, kalau ada masa jom lah singgah-singgah Flora Kafe ni,
(terletak di dalam bangunan Ampwalk berdepan dengan Holiday Villa Hotel)
Kalau guna Waze/Papago mesti jumpa!

Boleh hubungi owner dia, 03-21618010 / 017-3024112 ( Mell ) kalau nak booking kafe ni untuk sebarang majlis ke, nak dating ke, nak sambut anniversary ke, etc.

Terima kasih uols!!! Muahhh sikit!

Thursday, September 5, 2013

Kecewa Dalam Bersahabat



"Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,
dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan,
didengar-diabaikan,
dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Kadang-kadang, apa yang kita alami demi teman
kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah;
kerana sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan,
justru kerana kasihnya, ia memberanikan diri menegur apa adanya
walaupun sedar dirinya tiada kesempurnaan jua."

Maafkan aku atas segala khilaf...terpulang padamu apa kau anggap aku.

Wednesday, September 4, 2013

Rasionalisasi Ekonomi katanya.

Isu yang dah jadi tu, terpaksa redha je lah.

Cuma just wondering lah....
Kalaulah pegawai-pegawai yang berpangkat besar bergaji besar yang feeling2 pembesar negara ni tahu guna kenderaan mewah sendiri yang sudah tentunya bukan kenderaan nasional, bayar minyak sendiri, bayar upah dan gaji pemandu sendiri, bayar tol sendiri, MUNGKIN baru diorang akan dapat rasa kesamarataan dan 'kenikmatan' kemajuan negara yang rakyat marhaen rasa, walaupun sedikit. Itu juga salah satu pengurangan bebanan perbelanjaan jugak kan? Benda simple je. Cuma orang besar-besar ni mana ada masa dan akal nak fikir benda-benda simple macam ni. Takde profit katanya.
Ini aku rasa lah. Tak setuju atau tak betul ada aku kesah.....menteri pun bukan kesah sangat orang-orang bawah merengek kat sini atau mana-mana laman So-Sial.. 5 tahun sekali barulah diorang start merengek raih undi, raih simpati rakyat.
Sama je mana-mana belah.

Paling koman pun depa bagi penyelesaian otak darjah satu;

Ayam mahal, jangan makan ayam.



Sayur mahal, tanam sayur sendiri.
 

Ikan mahal, pergi jadi nelayan.
Petrol mahal, negara lain lagi mahal.
Kereta mahal, beli kereta nasional (walhal? nan adooo...kereta rasmi cukup nasional?)

Tak ke bullshit macam tu?


hanya mampu Google je dik...sedeehhh~~


Bukan maksud tak ukur baju di badan sendiri, ukur resit di dompet sendiri, TAK USAHA; tapi tak lama lagi, di negara maju ni, rakyat-rakyat biasa bawahan ni hanya mampu bekerja semata-mata untuk mengisi KEPERLUAN kehidupan sahaja, benda-benda basic macam makanan, pakaian, kenderaan, akan jadi benda-benda mewah pada kita...istilah miskin bandar pun dah semakin sinonim sekarang ni.


Rumah pun makin mahal, lama-lama kita semua kembali duduk di gua macam zaman batu....sambil pegang tombak, pakai cawat~~~ koserrr makk!! cekci you!

Tiada lagi Uniqlo u'ols... :'(

Mana yang rasa mampu tu, Alhamdulillah...
Jangan perkecilkan orang yang BELUM mampu.
Rezeki ya, masing-masing. Cuma bila buat sesuatu perkara tu biarlah jangan sampai menyekat rezeki orang lain. Hujung-hujung~~~ko berjiran dengan orang bawah ko....sebelah GUA je dikkk!!

HAHAHAHA..

Rasionalisasi Ekonomi ke arah negara maju kepala bana dia!!!

Belangkas Kurang Upaya

sweet kan?

Mungkin kakak tu kasihan melihat adik-adik berdua tu yang sedang kelesuan cinta.

Aku harap mereka adik-adik ni dah mampu beli spender dan pad sendiri.
Kalau takde duit....PTPTpu kan adoooo~~~

LOL!

Tuesday, September 3, 2013

Ini Hanya Ujian

 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"


Macam tu la kehidupan kita.
Sering dilanda ujian.
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk kesukaan,
kadang-kadang ia datang dalam bentuk yang paling kita benci.
Kita tewas dalam gembira,
kita tersungkur ketika derita.

Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran,
maka ujian itu sebenarnya manis.
ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Sesungguhnya,
dunia adalah tempat ujian,
akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...



Sedutan dari buku Ustaz Kazim.
Dah lama dah, tahun lepas keluar ni.
Baru-baru ni sempat singgah MPH...nampak pulak.

Bagus-bagus bahasa dia.
Simple je.
Kasi celik.

Susah tu ujian, senang juga ujian.
 
~~~

Dah lama aku tak membaca.
Hobi yang kadang-kadang orang tak percaya.
Hahaha.

Ya, kadang-kadang.
Bila dah banyak sangat bercakap, berborak, berkata-kata.
Aku perlu juga mendengar.
Dengan mata.

Duduk diam-diam. Dan baca ; apa saja.

Tapi biasalah, cliche....masa mencemburui kami.
Hahaha..