Monday, October 14, 2013

Berkorban di AidilAdha



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

~~~~~

Salam...

Berkorban.....hmmm...
Rasanya tahun ni agak terasa lah pengorbanan itu...tak dapat pulang meraikan AidilAdha bersama keluarga tersayang di kampung. :'(

Terasa sebab aku merasa kesedihan mak, sebab anak dia yang nakal-nakal manja dan tukang habiskan rendang ketupat tak balik raya.

Bukan kita sengaja tak nak balik mak, tapi kita dah tak dapat nak ambik cuti lagi... Cuti kita dah habis...tinggal cuti ganti je buat standby kecemasan...katanyaaa.. Huhuhu..
Lagipun tahun ni cuti AidilAdha jatuh pada middle of weekdays, hari Selasa.
Maafkan kita ye mak! :'(

AidilAdha ni tiba-tiba mengingatkan aku masa spend time sorang-sorang kat kampus di sebuah IPTA di utara tanahair dulu, masa tu kawan-kawan ramai yang dari negeri Pantai Timur, so katanya kalau Raya Haji ni memey meriohhhh...hohhh..kecek Klatey ambo.. haha..

Jadi, awal-awal ramai student dah kelik kampung masing-masing...tinggal ambo nge beberapo orey student-student Sabah/Sarawak jah yang dop kelik.
Masa tu bukan sengaja tak nak balik, tapi jarak perjalanan dan tambang bas pun boleh tahan pitamnya... Tak apa lah...berkorban je lah..

Pagi AidilAdha tu boleh tahan sayu juga lah, rasa macam raya Aidilfitri pun ada jugak. Awal-awal lagi malam tu dah standby makanan kat dalam bilik asrama...sedeyyy nokk! 

Adakah kesayuan itu akan berulang lagi kali ini? YA. :'(

Rasa sayu pulak tengok sorang-sorang kawan-kawan balik kampung masing-masing dan post gambar-gambar masakan ibu ibu they'ols...sentap mak nak..

Adik aku pun tak nak kalah nganjing post status2 berbaur rendang dan lodeh kuah kacang masakan mak kiterrr.....kejam ko dik.. rase nak lempang jer.. hahaha.. 

Apa-apa pun, ini hanyalah pengorbanan kecil je...malu je kalau nak meratap lebih-lebih kan.
Ramai lagi insan-insan di luar sana yang setiap hari berkorban apa saja, demi untuk orang tersayang ataupun meneruskan hidup perjalanan masing-masing.

Jadi, moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, walaupun kurang dari orang lain, tetapi DIA tahu yang itu sebenarnya sudah cukup buat kita.

Ostat tak i'ols? Haha...

Yang mana menyambut AidilAdha di kampung halaman, semoga seronok beronok-ronok bersama-sama keluarga tersayang, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang kembali.

Yang mana tak balik kampung tu, macam aku... Dah...dah...gi lap air mata tu..pergi kedai beli megi, esok kedai tutup kang kebuloq angpa semua.. haha..
Rajin-rajin jengah je dapur pacik Mat Gebu tu cari resepi megi paling sedap. hihi..

Salam AidilAdha semua! <3 p="">




Saturday, October 12, 2013

Di Sebalik Kisah Sarapan VVIP RM6,000.00


Kecoh sekejap pasal kes ni.
Sebelum korang baca makian aku ni, sila tengok video tu sendiri.
LIHAT DAN NILAI DAHULU.

Cian mokcik ni...tak pasal2 kena tiaw sebab cas mahal katanya...
Mahal kepala bana pok hang lah!
RM6000 tu untuk 200pax kot...
Makan bukan roti canai sorang sekeping,
Makannya nak berat macam lunch pax.
siap nak service VVIP bagai,
suruh mokcik ni tutup kedai, reserved kononnya...
Hujung2...bila mokcik ni dah bagi diskaun,
kantoi pulak suruh mokcik ni buat resit dummy dari RM5,500 suruh tulis RM6,000.
Penyagak butuh butuh dapat RM500 masuk poket....tu kira camner tu?

Takkan bodoh sangat nak terkejut sebab harga macam tu?
Aku yang dah biasa handle katering, LO, rasa standard la harga macam tu.

Kenapa aku marah dan bengang sangat?
Sebab aku kesian mokcik ni kena aniaya sampai masuk paper Sinar, semua blame dia cekik darah.
Cuba orang buat mak ko macam tu? Marah tak cacai oii? Dia penat berniaga cari rezeki la woi!
Ni bukan pasal politik ke apa ke...aku malas nk cuit benda benda polishits ni...
Tapi ni soal MARUAH orang dan persepsi orang.

Penyagak jenis macam ni lah yang buat malu staff2 gomen,
berselindung atas nama jabatan lah VVIP lah,
main ugut2 panggil penguatkuasa suruh check.

Ibaratkan macam, "Tak guna punya jantan...dah main tak nak bayar!".

Ini semua jillaka! bullshit!

Friday, October 11, 2013

Online Shopping dan Akaun Bank Digodam?

Memang kegemaran aku suka browse barang-barang rare sikit dari online shop dan selalunya barang-barang tu susah nak dapat kat Malaysia ataupun limited edition. Dan kadang-kadang shopping online ni harganya lebih murah dan banyak pilihan. Barang-barang yang selalu aku purchase macam beg (gila beg!!), graphic shirt, kasut, pendant ke, gelang leather ke, hair produk ke, cover phone/iPad ke, earphone....ala..benda simple2 jer.

So tadi terjumpalah satu jam idaman aku sejak sekolah. Memang jam jenis lama, dan biasa-biasa je. Dulu masih tak mampu nak beli, dan harganya ya ampunnnnn...rasa mewah sangat waktu tu. Cuma tadi bila dah terjumpa tu, rasa teragak nak beli sebab terkenang-kenang...gittewww.. dan harganya dah jauh lebih murah. Bukan jam second tau, tapi brand new.

Casio AW48HE-9A

Jam biasa-biasa jer, cuma aku teringin sangat nak jam ni dulu. :')

So tadi FIRST TIME buat self banking transaction...selalunya aku tumpang kawan-kawan jer.
Tadi beranikan diri purchase sendiri. Sebab baru je tukar kad bank yang problem dah 3 bulan.
 
Itupun sebab nak beli barang guna Visa debit Maybank, masa nak confirm purchase/payment tu nombor TAC dihantar pada nombor phone lama (tak update), bagaimanapun sempat CANCEL. Dan dah check semula kat order tu memang dah tak ada masalah. So, order semula item dan pilih payment secara COD.

Cuma bila check semula kat statement bank, payment untuk item tu memang TAK ADA --- Selesai kes pembelian online tadi.

Tapi.... terperasan yang ada amount berjumlah RM34.18 berkurangan secara konsisten selang dua hari, bermula minggu lepas...dan baki akaun semakin kurang dari statement lepas.

MASALAHNYA ialah, aku tak ada sebarang online banking account macam Maybank2u tu, sebab memang tak biasa buat transaksi online.
Yang ada cuma daftar kad itu untuk Apple ID, dan segala pembelian album, apps, games dan lain-lain memang ada bukti transaksi dan tally dengan bank statement.

Nak pergi bank tadi dah tutup, call hotline tak berjawab.


RM34.18 tu tak tahu jumlah apa dan bayaran untuk apa. Adakah akaun aku telah digodam?????
Harap-harap boleh selesai cepat... :'(

Wednesday, October 9, 2013

Semua Serba Salah

Awkward bertambah awkward......ignore je lah.

Nampak macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Tapi yang pasti segala-galanya dah tak macam dahulu lagi.
Masing-masing dengan ego masing-masing, termasuk aku...
Ya, mengaku, aku keras hati. No means NO.

Cuma...harap-harapnya tidak berpanjangan lah macam ni.
Silent treatment is much better for this situation.
Tak perlu saling balas post perli memerli ke apa.

Be matured.
Cakap je terus terang. Aku ni bab kias-kias memang lampi sikit...sebab malas nk konar-konar cerita.
Kalau x bagitahu, jangan harap aku nak fikir sesakkan kepala.

Banyak benda pun dah sesak sekarang ni.
Ayam mahal, ikan mahal, minyak mahal, sayur mahal, rokok mahal(tetiba!), sampai gula pun nak mahal.
Hujung-hujung nanti nak minum air kena senyum dulu....kurangkan manis dalam minuman katanya.

...ini semua bullshit!


Tuesday, October 8, 2013

Pengalaman Dibedah (Part 1)

Gitteww...tajuknya khenss..hahaha..

Lama betul baru nak update kan, ni bukan update namanya, ni dah backdated! Hehehe..
Last 2 weeks, pada 27 September yang lepas mencatat  satu pengalaman baru buat aku, dan harap-harapnya yang terakhir lah ye!! Huhu.

Actually dah tiga kali postpone minor surgeri ni, tapi at last terpaksa akur dengan keadaan yang semakin menyakiti...erk..boleh gitu..
Kecoh juga lah sekejap rakan-rakan di Insta dan Facebook bila aku start masuk ward pada pagi Jumaat 26hb tu, ye la...hari Khamis tu kemain lagi sihat walafiat siap berpeleseran lagi sampai tengah malam kan. Hehe..

Bukan pembedahan apa sangat lah, cuma wisdom teeth removal jer.. Apakah itteww?
Haa... ni nak cerita sikit ni...

Masa aku pergi buat regular check up dan scaling (cuci gigi) kat Klinik Kesihatan (Pergigian) Presint 9 dulu tu, dentist tu ada bagitahu... a few gigi aku dah crowding sangat (berlapis-lapis nokk!), dan susah nak bersihkan gigi macam biasa, gosok gigi dan kumur Listerine. So, itu yang 3 bulan sekali start dari 2 tahun lepas aku kena pergi buat scaling. Letih lah jugak.
Secondly, dia suggest buat braces. Sentaprina kejap... Kos nak buat braces tu mau iols ikat perut berbulan-bulan. Tapi atas nasihat pakar katanya, aku pergilah check up kat Klinik Pergigian Izra Presint 8, ni private clinic lah, kira OKlah, staff dia pun mesra, service pun smooth jer. Dentist dia pun baik je lemah lembut...aku fikir, ala ni mesti sebab dia cas mahal kan...sebab tu kena behave..hahaha! Kira-kira dalam bulan Jun lepaslah pergi check up tu (sambil-sambil buka kalkulator kat henpon, nak kira bape hengget duit ada dalam account... hehehe!)

So, after consultation dengan dentist tu, dia terus buat refference letter untuk further check up dengan Hospital Putrajaya - untuk minor surgeri buang semua gigi geraham bongsu yang tumbuh tak ikut adat..... kalau tak memang tak boleh nak proceed buat braces walaupun duit dah berkepuk...gitteww..
Muka dah cuak jugaklah, tapi tenang sekejap sebab dia kata dah settle semua baru datang balik dan decide nak pasang braces ataupun tidak, tiada paksaan, dia takde lah lobi klinik dia ke apa. Bagus! haha! Tambah tolak bahagi campur..total adalah dalam RM5k....Boleh bayar ansur-ansur katanya, tapi advance buat x-ray, buat acuan, pasang besi-besi kejadahannya kena mula bayar RM2.8k dulu. Balance bayar dikit-dikit kekdahnya! Terduduk iols termenung sekejap.

Nampaknya kena cari mak Datin la gamaknyerrrrrrr yang boleh sponsor me!
Anybody??!! Pleaseee!!! 

 *Kos konsultan dentist tu RM5 je uols! Riang sekejap... Hehehehe..

So, lepas dah dapat refference letter tu, aku terus je merempit gi Hospital Putrajaya, terus dirujuk ke Pakar Bedah Mulut!!! Amboi...kemain.. sampai pakar bedah mulut ni...tak ke rasa nak pitam?
Ingat biasa-biasa je kes gigi bongsu nan manja ni. Lepas di-x-ray segala bagai, last-last terus je dentist situ tunjuk kenapa dan mengapa aku perlu dioperate sedemikian rupa.

Kemain....ada 5 batang gigi yang tumbuh ikut suka depa, senget ada, dalam gusi ada, bawah gigi lain ada, dan ada 2 dah dekat-dekat terkeluar dari rahang... Ya Ampunnn! Dah macam tengok x-ray tengkorak jerung katanya!




See....ko ingat aku nak cantek saja-saja ke pakai braces? No no no!!!
Lebih kurang macam gini lah x-ray aku tu...tak sempat nak snap yang betul..ni Google punya, tapi kes lebih kurang sama lah... Impacted Wisdom Tooth.

Eh..macam panjang je nak cerita... sambung nanti la ek.. dah nak abis lunch hour lak.. 
Maafkan sayer!

Assalamualaikum....