Thursday, November 28, 2013

[LUAH] Jangan Nak Poyo Sangat, Boleh?

Kita ni manusia biasa,
Kalau dah nak sakit tu, tak kira tua muda,
tak kira kau gemuk, kurus, fit, boroi,
kuat senam, malas senam,
jaga makan, tak jaga makan semuaaaaa...

Kalau yang 'Di Atas' dah kata SAKIT,
makanya sakit lah kamu...

Tapi yang peliknya bila ada je makhluk yang boleh nak argue-argue; 'kenapa?' 'macamana?' 'apa punca?'....??

...dan diakhiri dengan ala-ala tazkirah 'kau sepatutnya', 'itulah lain kali...', '...asyik cuti je..' ...bla bla bla.

Lepas tu sesi angkat bakul, '...saya ni walaupun tua...blablablabla...', '..tengok aku hari-hari bersenam...blablabla', '...aku kalau makan tu..blablabla'.

LIKE....SERIOUSLY???


Nasihat tak salah, tapi jangan sampai poyo sangat expect orang should be like this, should be like that.

Tak payah nak bullshit sangat perangai tu.
Satu lagi, tak payah nak poyo workaholic sangat...
Berkat-berkat jugak, amanah, wasotiah, bla bla bla,
semuanya nak skema sangat pun, kalau dah terdetik  niat nak meriak, apa guna?

Yes..i am spreading negative aura for some annoying reason.
So what? Positif sangat pun tak guna...hujung2 jadi cai....MACHAI!

Sunday, November 24, 2013

[LUAH] Kawan Simpanan

Rasa terpinggir. Isolated.
Itu biasa.
Lebih-lebih lagi bila kita ditimpa ujian.
Tak perlu besar, ujian kecil pun kita dah nampak...siapa kawan kita atau siapa kita di mata so-called kawan-kawan.
    
Kawan Simpanan.
                
Jangan ingat skandal je ada yang disimpan.
Yang ini paling bahaya.
--- Kau akan hanya diperlukan apabila kau;
- ada wang
- gembira
- bila semua kawan-kawan dia yang lain sibuk, busy, ada hal...maka kau adalah last choice dia nak hang out.
- punching bag dan shoulder to cry on, after that kau adalah nothing...kenalan biasa je.
- bila kau diperlukan untuk bercerita, feel excited, dan mendengar gossip, tapi bila kau pun nak kongsi sesuatu, zass macam tu je topik bertukar.
- bila gurauan yang sebelum ini biasa dan selamba dituturkan disalaherti menjadi satu perkara yang memalukan dan tidak matang, especially bila ada 'group kawan' dia yang lain join sama.
- dan lain-lain bila kau dah mula dianggap annoying.
Ini bullshit.
Feeling like a garbage.
Walau macamana kau nak husnuzon..fikir positif, kau akan tetap rasa bullshit.
Mungkin ada beza cemburu dan dengki.
Tapi yang ini kategori menyampah.
Sebab? Kau akan rasa macam sampah!
Solusi? Arghh...pergi jalan dah!
Itu bukan kawan namanya.
Forever alone pun takpe daripada kau rasa sakit hati macam tu.


Friday, November 22, 2013

[KREATIF] Rekabentuk Desktop Yang Tak Bosan

Salam,

Petang-petang ni, otak-otak tengah tepu nak buat calculation payment-payment yang 'task force' tu, saja lah gatal tangan pi heret icon-icon ke sana-sini kat desktop PC office...motif sangat kan? Ahahahaha..
Aku ni jenis yang tak reti nak buat skema-skema sangat, tapi tak jugak suka tengok icon-icon tu bersepah-sepah..macam gegirls... erk!! Hihihi! Yang penting well-organize!

Mana ada mengata uols...contoh ni...
Erk...betul ke? Hihihi! Larikkkkkkk!!

Kemudian dapat pula idea macamana nak bagi kita tak bosan dengan desktop kita sendiri, dengan tak payah nak download & install segala bagai application.

Download wallpaper jer u'ols!

Sebelum tu, aku nak share satu link yang memang favourite aku dari dulu, BuzzFeed.Com/DIY.

Aku suka tabs D.I.Y. di website sebab more to benda-benda simple di sekeliling kita, tapi boleh di'upgrade' jadi sesuat yang menarik...sila lah tengok mana-mana yang bersesuaian dengan korang!

OK lah, untuk idea ringkas rekabentuk Desktop PC tu, aku cuma ambil beberapa contoh sahaja, yang mana aku rasa 'cool-yet-simple'!!

Klik Gambar Untuk Tumbesaran Sihat!
Yang pertama ni memang simple gila lah, tapi nampak organize gila kan? Wallpaper amik sini.

Klik Gambar Untuk Tumbesaran Sihat!
Yang kedua ni sama je konsep dengan yang pertama, tapi dah di-3D-kan...kemas gila kan? Bilik korang tak kemas takpe, janji desktop meletops! Wakakaka!.. Wallpaper amik sini.

Klik Gambar Untuk Tumbesaran Sihat!
Yang ketiga ni pesen lebih kurang je, cuma nampak besar sikit lah... Wallpaper amik sini.

Dan buat yang gegirl, agak-agak yang kat atas ni tak sweet, takde floral-floral, kerawang-kerawang, renda-renda, ropol-ropol, cuba yang pattern macam ni;
eww sikit.. ahahaha..

Yang ni aku jumpa kat website craft gegirl, dia bagi freebies wallpaper, try lah download kat sini kalau berkenan.

OK lah, aku rasa, itu je pun yang aku berkenan..Hihihi.. Yang lain-lain korang cuba lah, wallpaper biasa pun, kalau kena dengan mood kreatif kita, memang akan jadi awesome!

Selain itu, bagi yang rajin nak download apps untuk customize desktop yang memang bersepah, link-link ni memang favourite aku (masa encik laptop masih sihat);


Dan....kalau dah jenis malas sangat, busy sangat, konon-konon takde masa sangat, korang buat gini sudah! Hihihi....cantekkkk jugekkk!!

Wassalam...daaa daa!!

[KONGSI ILMU] Keindahan Jumaat

Assalamualaikum, Selamat Pagi, Salam Jumaat,

Sedikit Perkongsian Ilmu.


KEINDAHAN JUMAAT
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

1. Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

3. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

4. Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

5. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

6. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

7. Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Suria Pagi. 0730hours, Jumaat, 22/11/13, Putrajaya, Malaysia.
 “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah." (HR Ahmad)

"Sesungguhnya hari paling utama adalah Jumaat, maka perbanyakkanlah shalawat atasKU pada hari itu, kerana shalawatmu pasti disampaikan padaKU." (HR.AbuDaud)

"Berhati-hatilah dari kebiasaan meninggalkan shalat Jumaat atau Allah benar-benar akan menutupi hati mereka hingga mereka termasuk orang-orang yang lalai." (HR.Bukhari)

"Barangsiapa meninggalkan shalat Jum'at karena meremehkan tanpa suatu alasan maka Allah akan mengunci hatinya." (HR.Bukhari)

~~~~~

KataNajeeb : Dalam kekhilafan dan kelalaian, sesekali jentik hati kita untuk bermuhasabah. InshaAllah...DIA tak pernah kedekut dengan Rahmat dan Kasih SayangNya.

Wednesday, November 20, 2013

[TRIVIA] Selfie - Oxford Dictionary Word of The Year 2013

Semalam, 19 November 2013, perkataan "selfie" telah diiktiraf sebagai Word of The Year oleh Oxford Dictionary.

Apakah kejadahannya selfie itteww??

Meh sini nak kasi sekolah;

Menurut Wikipedia;

A selfie is a type of self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often associated with social networking. In the Korean entertainment industry the word selca (short for "self camera") is used to describe photos taken of oneself.[1][2][3] They are often casual, are typically taken either with a camera held at arm's length or in a mirror, and typically include either only the photographer, or the photographer and as many people as can be in focus. Selfies taken that involve multiple people are known as "group selfies". In August 2013 the Guardian produced a film series titled Thinkfluencer[4] exploring selfie exposure in the UK."

Faham ke tidak bahasa omputih ni? ahahaha!
Maksudnya selfie ni ialah sejenis(?) teknik atau gaya mengambil gambar sendirian berhad, atau lebih senang selalu orang sebut cam-whore (sebutan 'kem-hor')...bukan cham-horr tahu! Maksud kasar cam-whore ni, pelacur kamera...erkk??!!

Maklumlah, sekarang kan dah 99.99% telefon bimbit ada kamera, tambah pulak dengan pelbagai medium media sosial yang berlambak-lambak, mana nak update Facebook lagi, twit-twit kat Twitter lagi, nak layan WhatsApp lagi...kiri kanan tangan masuk ngan jari kaki sekali kan kalau boleh nak update 24/7.

Tapi....jangan nak kekwat ingat kau orang modern sangat yer, ini ada fakta menarik,
Selfie ni, dah mula dari awal-awal zaman pembikinan kamera lagi tau!

Nama beliau ialah
Grand Duchess Anastasia Nikolaevna of Russia
...awek pertama yang buat selfie menggunakan kamera Kodak Brownie, katanya nak ambil gambar ni hantar kat kawan dia.


Dan seorang lagi;
Direkodkan selfie wanita ini pada awal tahun 1900-an. Boleh tahan mak lampir jugak, seram i'ols! Hihihi!
Haa...kan... Betapa gigihnya dari zaman dulu orang nak ber'selfie bagai...zaman dulu lagi lah, kamera kemain besar, macam kotak kasut pun ada...hihihi... Sampaikan si anak kerabat Anastasia (gambar pertama) tu tulis macam ni kat surat dia;

"I took this picture of myself looking at the mirror. It was very hard as my hands were trembling."

Lenguh-lenguh tangan dia kononnya.

Perkataan selfie dikatakan mula popular bermula pada Jun 2012, dan direkodkan di dalam Oxford Dictionary sebagai perkataan baharu zaman millenium.

Untuk lebih detail, korang baca lah sendiri kat link ini, dan ini.

Dan bagi aku, obsesnya tahap selfie aku ialah...sampai dalam swimming pool pun nak selfie jugekkkkk...! Ahahaha..





Sekian info ringkas dari katanajeeb!!!

Wordless Wednesday - 20/11/13



Ouch!!! Senakkkkk~~~

[BLOGGER] Simple GA - 3D Puzzle

Salam...

Pagi-pagi Rabu ni gigih datang office awal sikit. Kenapa?
Sebab malam tadi tauke puzzle paksa aku join GA dia, 
kalau tak putus sedara katanya... hihihi...boleh?

http://katanajeeb.blogspot.com/2013/11/simple-ga-3d-puzzle.html
Haaa...inilah 3D Puzzle yang meletops tu..kellas sangat kan!


OK lah Lan Careno Hey-Macarena...
Terima kasih sudi buat GA untuk kawan-kawan blogger yang suam-suam kuku ni...

Ni antara syarat-syaratnya;
1. Follow blog aku ni... - DAH FOLLOW LAMA DAH~
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni... - PAKSA LIKE NI TAK ACI!
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati... - DONE
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle - DONE
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain... - DONE
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni... - OK JAP

Ok...siap!
Bagi aku, aku memang minat benda-benda craft macam ni, so kalau Lan bermurah hati nak bagi saguhati pun best gak... hahaha.. Nanti nak rasuah Akiff choki-choki lah...suruh dia select entry aku.. Ahahaha!
Baiklah Encik Macarena....sekali lagi, terima kasih bagi peluang! Hihi! 
 

Tuesday, November 19, 2013

Awak Sombong, Saya Lagi Sombong!

Apa? Sombong?

Hahaha… Banyak kali jugak lah orang selalu kata aku ni jenis sombong, dah naik lali dah…
Katanya, aku kat Facebook, kat WhatsApp, Instagram semua bukan main lagi peramah bagai, boleh borak-borak, gurau-gurau, propa-propahhh…Tapi bila jumpa atau terserempak in real life, kat mall ke, pasar malam ke, majlis-majlis ke, etc., langsung tak bertegur, paling muka, dan sebagainya.

Apakah???
Ni cheq nak habaq kat angpa;

Bagi aku lah, aku sendiri memang SERIOUSLY seorang yang sangat susah nak cam atau recognize seseorang tu dalam masa yang singkat, maksudnya..kalau terserempak tu, aku memang jenis lambat gila nak loading…tapi bukan lampi yer!! Hihi!

Selalunya aku akan mula berfikir, sambil salam-salam tu (ehem..bukan salam aweks yer..haroomm!), otak aku ligat mentafsir;

Kenapa dia senyum-senyum?
Macam kenal…
Siapa dia ni? Arghhhh….!! Apa nama dia?
Kat mana aku kenal dia?

Haaa…tang nama tu boleh lah cover dengan kau-aku, awak-saya..
Tapi tang nak mula borak tu, tang kenal kat mana tu memang FAILED!
Ye lah, normal lah kan, kita ni memang banyak ‘kumpulan kenalan’, contohnya aku,

Sekolah
-       Tadika (ye..aku masih contact lagi kawan-kawan sama tadika…sweet kan? Hahaha!)
-       Rendah & Menengah (kelas sama, kelas lain, senior, junior...haishhh!)
-       Form 6 (Sebab ramai group baru masuk sekolah kitorang untuk ambil STPM)
Kolej
-       UiTM (Sama kos/lain-lain kos/Lecturer lagi…makcik kafe, makcik dining, makcik dobi, Makcik Balang --- haa…Makcik Balang ni budak-budak UiTM Arau je kenal..pembekal utama choki-choki kami! Hihi!)
-       MiA* (Cikgu lukisan, cikgu kelas tukang, tauke kedai craft, pak guard jaga bangunan sebab nak masuk studio malam-malam…hahaha!)

Masuk group kerja pulak, tempat keja lama, department lama, tempat baru, group jemah, group jual kain, group duit kutu, group anak tiri, group melawan boss...erkk!
Boleh pitam tahu! HAHAHA…!

Dan group yang paling besar – MEDIA SOSIAL dan Encik/Cik/Puan/Saudara/Saudari Anonymous.

Haa..selalunya, kawan-kawan yang hanya kenal secara maya ni lah yang suka melabel-label dan buat pengkelasan mereka sendiri..ikut suka jari diorang...kan?? Terutama sekali dalam dunia blogger..kan?
Aku tauuuuu~~~ hahaha!

Blogger itu sombong lah~
Blogger ini berpuak-puak lah~
Blogger ni ada back-up force dia lah~

Haish…kelakar!
Apa yang aku boleh cakap…STANDARD LAH TU!
Jangan expect bila once ko keluar kat public orang terus recognize, terus nak tegur, salam-salam…yang pompuan laga-laga pipi….kawan rapat kat alam maya katanya.
Jangan nak feling-feeling selebriti sangat dik non...
Tak perlu nak diva sangat suruh orang merafak sembah depan u'ols...
Tak bagus..tak baguss....!

Kena dengan orang yang ting-tong short-term-memory-loss macam aku ni?
Mula lah nak sentaprina kan? Hahaha!

Takdelah, bukan sombong, Cuma maksud aku, jika terserempak ke, jumpa kat mana-mana ke,
TAK SALAH KAU TEGUR DAHULU!

Lambai-lambai, perkenalkan diri. TAK SALAH YOU’OLSS!

Lebih-lebih lagi jenis yang secrecy sangat, misteri~~~
DP kat FB/IG/Twitter/etc semua gambar unggas,
kereta, kapal terbang, kartun, flora dan fauna, Nora Danish…..erkkK!!
Memang pitam lah nak kenal…


So? MOTS? TAK SALAH KALAU TEGUR DAHULU! Gittewww….

P/S : Nak jugak menyelit..rupanya kes remaja hilang tu bukan hantu Villa Nabila yang sorok, tapi rupa-rupanya 'hantu kopek' yang sorok daaa...Menyorok kat rumah kawan dengan girlfriend dia pulak tu.... Takut mak marah katanya... OKU katanya, tapi masa bagi statement macam ok je..siap ada gelpren plak khenss... ni!!! Mesti siapa yang bikin hoax kat dunia maya semalam banggaharamjadah.. Tak pasal-pasal glamer sekejap Christine Palace a.k.a Villa Nabila tu. Cehhhh!! Kesian CikPon Nabila, tak pasal-pasal kena kacau..tak senang dia nak bersemayam situ.. Hehehehe!

* Trivia : Tak sangka Uncle Gedek tu super-senior aku kat MIA...hihihi! 

Tuesday, November 12, 2013

Impian versus Kenyataan

Salam,

Masih lagi dengan tabiat lama yang sebati, iaitu malas mengemaskini blog.
Hahaha.

Bukan apa, akhir-akhir ni aku lebih gemar menjadi silent reader dan lebih suka mendengar daripada mentafsir perkara-perkara yang berlaku di sekeliling, bimbang jadi tidak betul.
Lagipun, banyak sumber di luar sana yang berceritakan hal sama, isu sama, gossip yang sama, viral video yang sama...
Hanya perlu tepuk dada, dan tanya akal kita ke mana.

-----

Tengah lewat malam (pagi) begini,  teringat mimpi dan sendirian bermuhasabah tentang diri sendiri.
Di mana aku?
Apa sedang aku capai?
Untuk apa?

Bercakap berkenaan impian, kadangkala kita ni lupa... Apa yang kita hajat dan impikan itu kadangkala bukannya menjadi realiti seperti yang kita bayangkan, cuma bagi aku, setakat yang pernah aku lalui...Alhamdulillah, aku rasa cukup bertuah dapat mencuit sedikit impian itu walaupun dengan cara dan bayang yang berbeza.


Aku pernah bermimpi menjadi bintang. *sigh!*
Menjadi pereka kreatif.
Penulis novel.
Menjadi jurufoto ternama.
Bermimpi melancong ke serata dunia.

Berangan gila kan. Serius gila.
Aku kuat imaginasi.

Gila pentas.
Memang aku sangat minat muzik.
Aku bermula pun dari zaman sekolah rendah.
Macam-macam perkara aku cuba. Menyanyi, alat muzik...dan cuba-cuba menari.
(Bab menari memang sangat kayu...seriously yang satu ni aku gagal...)
Dan secara tidak formal, aku belajar sendiri bagaimana aku boleh begitu yakin berdiri sendirian atau kadangkala berkumpulan, menggigil lutut dan rasa macam nak pitam berada di atas pentas dengan mata-mata asing memerhatikan kau.
Dan sedikit-sedikit peluang itu, kini, menjadikan aku lebih yakin dan menjadi diri aku yang sekarang --- KURANG MALU. Ahahaha.
Ah! Zaman sekolah memang zaman yang menyeronokkan!  Kau tak perlu fikir bil-bil apa yang perlu kau bayar, apa yang perlu kau makan. Pokoknya, enjoy saja.

Sehingga ke zaman menengah, kolej... Jangan tak tahu, semasa di zaman kolej, aku menghidapi sindrom gila pentas, sehingga gamble join pertandingan nasyid semata-mata mahu buat performance. Bayangkan budak rebel separuh tiang ni masuk nyanyi dengan kumpulan nasyid!
Dua semester lagi kumpulan itu bertahan, sehingga abang-abang senior dah grad, dan kami berpecah.

Bintang, dan seni. Dua ini adalah minat aku.
Apa saja tentang seni, aku cuba belajar. Walaupun kadang kala hanya seni menulis tulisan dengan cantik.
Ya, aku sangat praktikal dengan tulisan. Sehingga kini.
Bertugas di unit baru memerlukan aku cukup bersabar, dengan ribuan jenis tulisan di dalam buku rekod perkhidmatan yang perlu disemak.
Biar buruk mana pun, janji kemas, kalau tidak, boleh meroyan satu badan.
Ini bad habit aku. Mengada-ngada kan? Aku pun menyampah dengan diri sendiri.
..ehh..boleh? Haha..
Mungkin adik perempuan aku dan anak-anak buah aku masih menyampah dan teringat-ingat jahatnya aku mengetuk jari-jari mereka semasa sesi homework...semata-mata kerana TULISAN. Haha..

Seni bagi aku satu kepuasan, sama macam bila aku buat persembahan.
Aku buat kraf, kad, belajar design, belajar apa saja yang kadang kala orang kata kerja perempuan, yang halus-halus, yang remeh-remeh...demi kepuasan.

Impian versus Kerjaya.

Masuk sahaja alam kerjaya, aku mulanya bingung.
Buat perkara yang kita tidak minat dan bukan impian kita memang melelahkan.
Di pentas ku?
Di mana impian ku melancong?
Di mana harus aku melukis dan berimaginasi?
Di mana impianku menjadi jurufoto professional?
Demi sesuap nasi.
Demi berdiri di atas kaki sendiri. Aku cuba.

Nyata, walaupun impian aku tidak menjadi realiti, namun jika kita bijak mencari peluang yang ada di tempat kerja juga kadangkala memungkinkan kita menjamah sedikit impian kita walaupun dalam suasana dan konteks yang berbeza.

Aku berpeluang ke pentas. Walaupun cuma amatur, dan makan herdik dan tawa, tiap kali cuba-cuba mencuri spotlight orang. Maafkan aku ya sang-sang retis.
Aku cuma ingin berkongsi minat, yang aku impikan.
Peluang berpentas bersama ahli-ahli muzik professional --- PRICELESS.
Walaupun cuma sekali dua. Cukup lah itu.

Aku berpeluang melancong --- dalam bekerja, OUTSTATION. Jadi lahhh...
Sampai aku letih dan merungut kepenatan bila jadual sangat padat ke sana-sini. 
Dalam masa yang sama juga, bidang kerjaya yang aku fikir bosan dan klisè, aku dapat peluang menjadi pereka, walaupun cuma di unit dalaman, aku rasa happy gila.
Bila hasil kau dicetak, dan dipublishkan, rasa poyo dan bangga itu sangat nikmat! Haha...
Walaupun sekadar sekeping poster atau segantung banner.

Dan, bertugas bersama-sama orang media, aku dapat merasa bangga petik foto, rakam video.
Banyak juga foto masih terperam di dalam arkib (dibaca : harddisk...hahaha)
Ada yang dah corrupt pun.
Dari zaman kamera pertama aku, kamera analog percuma langganan Reader's Digest hadiah hari jadi kekanda tersayang, sehingga ada rezeki mencapai DSLR amatur.
Semuanya masih bersepah-sepah di sana-sini.
Ikut hajat, nak bikin satu blog khas untuk gambar sahaja. Dengan ceritanya.
(Terima kasih Mawardi bagi ideanya.)
InshaAllah. Mungkin selepas lengkap perkakasnya. Haha...

Bosan kan. Macam bagus je life aku.
Walhal? Biasa-biasa je wak...semuanya sila fahamkan dalam konteks amatur.
Kadangkala bila kita lebih banyak berkongsi, aku harap, lebih banyak kita dapat memahami seseorang itu. Konon lah...hehehe!

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Sangat!
Sekurang-kurangnya aku merasa sedikit mimpi aku.
Cuma berkongsi rasa,
yang kita masih perlu bermimpi..teruskan mengejar pelangi, walaupun hanya dapat melihat dari jauh, teruskan mengagumi keindahannya.
Doa. Itu penting.
Usaha. Sudah tentu.
Semuanya tidak datang bergolek adik-adikku.
Jatuh itu perlu. Agar kau tahu di mana durinya.
Aku pernah dan selalu tersungkur.
Bangun, dan kejar lagi. Cuba!
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK APA PUN!

Penulis novel?
Blog yang bersawang ini jadi lah sebagai 'novel' aku.
Kalau aku rajin dan insomnia melanda, maka panjangnya begini,
kalau tidak, aku tulis tajuk pun dah dikira bertuah.
Hahaha.

Salam Sang Pemimpi,

Najeeb Abdullah.

Motif? Feeling Putera Lindungan Bulan...gittew!  Haha!