Friday, December 27, 2013

[KHIDMAT SOSIAL] Projek Iqra' - Membantu Anak-anak Yatim


Alhamdulillah, baru sekejap tadi aku berkesempatan mendaftar untuk satu projek komuniti yang dikenali sebagai Projek Iqra' atas inisiatif sahabat blogger Mawardi Yunus.

Apakah Projek Iqra'?
[KLIK GAMBAR UNTUK PEMBACAAN LEBIH JELAS]

[KLIK GAMBAR UNTUK PEMBACAAN LEBIH JELAS]
Jom LIKE! https://www.facebook.com/ProjekIqra
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan Projek Iqra' (PI) ni ialah, semangat dan kesungguhan founder dan sahabat-sahabat PI yang dikenali dengan julukan "Sahabat Iqra'" untuk membuat kerja-kerja amal dan kesukarelaan bagi membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan, dengan aktiviti yang berteraskan pendidikan, kesihatan dan banyak lagi yang dalam perancangan mereka.


Bagi aku, walaupun tak berapa nak mampu membantu dari segi material, kewangan, at least aku harap aku akan berkesempatan membantu dalam program-program kesukarelaan ke, pendidikan ke, fund raising ke, kempen ke, tolong jadi foto/videographer ke kan...at least kan....daripada aku huu-haa habiskan masa merewang hang-out atau jadi beruang hibernate..hehehe!  :P


Memang sejak dari zaman persekolahan lagi aku memang gemarkan aktiviti sosial, yang berbentuk kemasyarakatan, motivasi....jadi pembantu fasilitator (yang garang dan annoying..wakakaka!)
hey~~~ lanun sekolah ni pernah jadi Pengerusi PRS tau, Pembimbing Rakan Sebaya uolsss!! Ahahahaha! Aku tak sure lah masa tu dilantik atas sebab kena prank dengan kawan-kawan dan cikgu sebab aku ni jenis degil, talkative dan kuat bertekak, dengan student okey lagi, dengan cikgu pun pernah okeh!! Tapi perkara-perkara tu semua banyak mendidik aku untuk kenal dunia, kenal jenis-jenis orang, macamana nak handle event, aktiviti persatuan, aktiviti peringkat jabatan, belajar handle jambori...fuhh!! nak handle perangai orang, dalam masa yang sama nak kontrol bad temper ko lagi...tak ke sakit jantung?? ahahaha!



OKlah, aku ni kalau dapat keyboard macam-macam cerita off topic yang keluar, so, mana-mana rakan-rakan yang berminat untuk beramal bakti, at least join dan buat hebahan aktiviti Projek Iqra' ni,
 
Aku dah submmit untuk Sahabat Media, Kempen, dan Pendidikan, walaupun sedar, takdelah pandai sangat nak mengajar adik-adik ke, atau pandai sangat berkempen, tapi aku cuba ambil platform ini untuk aku belajar, macama-macam. Sekurang-kurangnya, daripada 1 orang yang tahu, jadi 10, 100, 1000 dan seterusnya sehingga ramai yang sudi sama membantu usaha murni Sahabat-sahabat Iqra' kita... InshaAllah..amin!
Seronok tengok wajah manis adik-adik ni... :')
Wassalam!
Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.
- See more at: http://www.projekiqra.com/di-belakang-tabir/#sthash.DFVS4UR6.dpuf
Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. - See more at: http://www.projekiqra.com/di-belakang-tabir/#sthash.DFVS4UR6.dpuf
Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. - See more at: http://www.projekiqra.com/di-belakang-tabir/#sthash.DFVS4UR6.dpuf
Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. - See more at: http://www.projekiqra.com/di-belakang-tabir/#sthash.DFVS4UR6.dpuf
Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. - See more at: http://www.projekiqra.com/di-belakang-tabir/#sthash.DFVS4UR6.dpuf

Tuesday, December 24, 2013

[INFO] Tips Mendapatkan Lebih 'Double Tap' Di Instagram

Salam,
 
Hai...!
 
Majoriti pengguna smartphone sekarang mesti ada aplikasi Instagram* kan?
 
*"Instagram is an online photo-sharing, video-sharing and social networking service that enables its users to take pictures and videos, apply digital filters to them, and share them on a variety of social networking services, such as Facebook, Twitter, Tumblr and Flickr. A distinctive feature is that it confines photos to a square shape, similar to Kodak Instamatic and Polaroid images, in contrast to the 16:9 aspect ratio now typically used by mobile device cameras. Users are also able to record and share short videos lasting for up to 15 seconds"

 Haaa..tu dia! Selain berkongsi selfie, gambar makanan, pets, dan segala macam gambar yang dianggap 'rare', ramai juga yang berniaga secara online melalui aplikasi IG ni.
Namun biarlah berpada-pada ye, jangan sampai orang annoying bila kebanyakan para peniaga ni 'buat semak dan sesak' di IG orang-orang terkenal, selebriti, sosialista, dan lain-lain akaun IG yang berpengaruh dan ramai followers.

Hmm....bagi aku, strategi itu bijak tapi...macam tak appropriate pulak kan? At least mintak izin dahulu pada pemilik akaun IG tersebut. Ada yang asal boleh tinggal komen; "Baju Cantek Di Sini".. wt-eff? (-_-)"
Nampak macam biadap pun ada gak uols...! Ahahaha!...
 
Atau, apa kata anda cipta sendiri 'pengaruh' anda, kira macam branding & trending lah??!!

OK, bercakap mengenai pengaruh sesuatu gambar itu menjadi hit 'favourite' atau senang kata 'double tap' lah, ini ada beberapa tips untuk mendapatkan 'double tap' dengan mudah.

Kajian ini dijalankan oleh Curalate, salah satu agensi analitik yang menjalankan kajian interest untuk Instagram dan juga Pintrest.


Amacam? dah dapat idea bagaimana nak dapat 'double tap' yang banyak?

p/s : Jangan lupa...#hashtag yang menarik juga merupakan faktor terpenting untuk mendapatkan hits untuk gambar anda, terutamanya #hashtag yang bersifat universal...err...bukan yang jenis pelik-pelik macam ; #suka #hati #aq #lah #nak #letak #hashtag #apa ; atau; #takadaideanakletakhashtag

LIKE....SERIOUSLY??? Ahahahaha!

Monday, December 23, 2013

[PERSONAL] Mula Berbelog Secara Serius

[AMARAN : Ini Entri Panjang....macam Esei!]

Alhamdulillah,

Habis tahun 2013 ini nanti, bermakna hampir 3 tahun lah aku mula menulis di blog picisan ini.
Lebih kurang Mac 2010, selepas entri pertamaku, dah bermacam ragam cerita dan bebelan dah aku coretkan di sini. Belog ini jadi medan aku meluahkan kegembiraan, sedih, marah, dan lain-lain.
Jadi, bila dah hampir beberapa tahun berbelog, belek-belek entri lama, rasa cam nak gelak dan blushing-blushing pun ada, rasa aku ni teruk gila pun ada, rasa annoying dengan diri sendiri pun ada. Ahahaha!

Delete? Oh! Biarkan saja lah...itu adalah seperti perjalanan hidup aku, yang pahit, manis, masam, kelat, semua biarkan ia tertulis kat situ. Memang orang cakap, lupakan yang negative, tapi bagi aku, at least aku boleh bermuhasabah, dan renung-renung sendiri perangai aku mana yang negative tu, agar aku tak lupa diri.

Masih terasa poyo lagi bila di awal-awal entri aku lebih kurang hampir 90% daripadanya ditulis dalam bentuk 'Manglish' - Malaysian English. Hehehehe!

Tapi aku tak kisah pun orang nak kata aku feeling ke apa, sebab bagi aku, yang hanya berkemampuan bertutur, menulis, dan membaca hanya dua bahasa, Melayu dan Inggeris, cara itu adalah salah satu cara aku melancarkan dan mungkin membiasakan aku untuk tidak kekok menggunakan bahasa tersebut. Dan aku dah terbiasa guna lenggok itu sebagai tuturan aku seharian.

Dan, entri-entri selepas itu, dan selepas entri ini, akan berterusan begitu, sebab itu adalah cara aku bertutur dan menulis, rojak dua bahasa. Rosak bahasa? Bagi aku, selagi struktur ayat itu aku tidak menjahanamkannya, aku tidak rasa aku merosakkan bahasa tersebut. Ahh! Aku bukan pandai nak menerangkan pasal teknikal bahasa ni, cuma....relaks lah..ini bukan surat rasmi beb! Ahahaha!

Eh! Panjang bebenor mukadimah! Padahal nak bagitahu je, InshaAllah, selepas-selepas ini, aku akan mulakan kembali hobi yang mudah tapi malas ni dengan konsisten..harap-harap kurang lah bersawang sangat! Hihi!

Aku rasa cukup bertuah, dapat kenal ramai rakan-rakan blogger, joint banyak aktiviti kebelakangan ni, dan macam-macam lagi ilmu dapat cedok dari mereka, secara langsung, atau pun tidak langsung.
Pelbagai medium sosial yang banyak mengeratkan hubungan aku dengan mereka, terutama sekali WhatApps group dan juga Facebook. Walaupun ada di antara mereka tak pernah jumpa dan bersua face to face, namum bila kita ikhlas berkawan, kita akan kenal dia macam dah lama kita kenal...pada aku lah.

InshaAllah, jika diizinkanNya, aku teringin nak jumpa semua rakan-rakan maya, secara live!
Sebab bagi aku, jika kamu betul-betul ikhlas berkawan, kamu tak kisah siapa, dan bagaimana fizikal kawan kamu itu, dan sebaliknya. 
Aku seriously tak reti bila ada orang yang jenis borak, sembang kencang, gurau-gurau dengan kita, tapi aku tak kenal personally...maksudnya, adakah dia benar-benar wujud??? Tiada profile photo, tiada details, tapi rajin ajak bersembang....curious juga... ikhlas ke tidak kalau macam tu? jeng3!

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Oklah, bersempena dengan konon-konon azam baru ni..(ecececey!), atas suggestion rakan-rakan dan otai blogger yang lain, aku cuba-cuba lah juga nak tempah 'name card'. Rasa poyo lagi bila gigih nak tempah name card ni, tapi ambil kata-kata otai Ben;

 "...buat jer...at least orang kenal kita...dan mungkin banyak peluang dan rezeki lain datang selepas itu.." katanya.

Kenal, dan peluang. Bukan niat mengejar glamer ke apa ke, but at least, 'branding' yang aku dah cipta ni, berbaloi dan tidak sia-sia membuang masa.


Haaaa...amacam? Hahaha! Kartun sangat kan??!!
Memang aku saja request kat Apit di Fiz Graphic tu buat simple, dengan konsep komikal, tapi tetap meriah! Hehe!
Sebagai seorang yang obses dan minat kepada bidang senireka grafik ni, bagi aku, hasil kerja Apit memang aku adore sangat..kemas, simple, tapi meletops! Ahahaha...

Untuk name card aku senang je, aku just guna header blog yang agak kepohchi yang dah lama aku guna  untuk blog ni, dan profile picture favourite di Bitstrips aku.

Bagi aku, personally, komik itu represent diri aku, aku tak berapa suka benda-benda yang serious sangat, bertempat lah, dan take it easy, take time to enjoy dan relaks. Warna yang 'pop' memang dah favourite dan kawan-kawan pun dah tahu style aku. Ala-ala attention seekers, AAK? ahahaha.
Mungkin ada sebahagian yang kata mcm tak matured, atau tak professional pun..letak kartun pulak!
Hmm...yes! I'm not a pro in this field, but i do exist, in my own way....kan? Huhu!

InshaAllah, selepas ini, kalau-kalau dijemput hadir event bersama rakan blogger yang lain, dah tak rasa segan sangat, tak ada branding nak perkenalkan diri. Jumpa orang-orang yang network hebat, apa salahnya kita cuba contohi mereka kan?

Sebab itu, aku pun cuba-cuba meluaskan genre belog ini, daripada personal sahaja, InshaAllah selepas ini akan buat segmen advertorial, review, bercerita yang lebih informatif dan lain-lain.

Kita cuba buat sesuatu yang bermakna, dan mana tahu mungkin ada rezeki aku di dunia blogging ni kan? Walau tak banyak, at least ada lah juga kan? Sebab aku pun bukan buat fulltime, just sebagai mengisi ruang jika ada waktu senggang.

Setakat itu sahaja lah..panjang sangat dah ni.

Wassalam.

Wednesday, December 18, 2013

[FIKIRKAN] Patriotisme Secara Matang!

Salam...


Post ini tiada kaitan LANGSUNG dengan mana-mana kefahaman dan aliran mahupun kecenderungan mana-mana pihak mahupun parti.

Aku post atas dasar patriotisme sebagai ANAK MALAYSIA!

#katanajeeb



*~~~~~*~~~~~*


Cakap benda yang betul dan secara matured pun kena banned dengan satu page so called youth community, V####.
Ya lah, declare youth community, nak satukan belia-belia kat Malaysia ni, but then pergi provoke semua fans/likers dengan post-post dan reply comments dengan emosi. Marah orang panggil macai, tapi buat perangai macai, tak matured dan professional langsung!

Aku reply post tersebut macam ni ;

"seriously V####?????
this is seriously not a so called YOUTH COMMUNITY .......ANYMORE! 
PLEASE LAH, RESPECT THOSE YOUTH LIKERS YANG JUST NAK RELAX LEPAK V#### NI....BUKAN BERTEKAK PASAL JADAH-JADAH TU SEMUA!  pfffftttt! 
How come you nak satukan Malaysian youth macam ni? 
We already knew that you guys selalu joint event-event g*men, and got support from them...but at least respect la your own fan yang tidak semuanya 'beraliran sama' dengan you guys! SERIOUSLYYYY.??"

selepas itu begini,

"Team V####, Aku tau korang dah block aku, and this post of course will also not allowed on your wall. Just i knew u guys will read this words.
Please lah admin..this is not the matured and professional way kalau korang ni betul-betul niat nak satukan belia-belia kat Malaysia ni, tanpa mengharap apa-apa kepentingan dan keuntungan.
Just respect your fans/likers yang ramai lepak sini sebab nak relax2 layan viral video yang awesome, even though boleh je layan kat Youtube sana!!  But WE choose untuk lepak sini. Tak pandai nak appreciate ke?
Korang tak payah nak pissed off sangat sebab orang lagi pissed off sebenarnya, tapi still relax nak lepak sini.. 

Dan tak sampai 10 minit, dah kena block. Ahahahaha!

Be a gentlemen lah u'ols! Where's your balls??? 0i0 ?? LOL!

"Just learn how to respect each other. Itu dah cukup kalau nak Malaysia ni aman!"




Aku tak hadap sangat pun pasal kena block ke apa, tak royan pun pasal tu, LANGSUNG!!! ; 

but please...STOP USING IN THE NAME OF YOUTH COMMUNITY KALAU SETAKAT NAK DAPAT BANYAK BENEFIT, TENDER PROJEK, RAMAI LIKERS, DAN SEBAR PROPAGANDA AND PRETEND SEBAGAI WAKIL SUARA BELIA MALAYSIA!

That's a big shame!

This is not even make our beloved Nation getting better!




P/S : Oh! Rindu gila zaman joint program-program kebeliaan yang purely attract dan attack golongan belia dengan aktiviti-aktiviti yang langsung tak ada kepentingan dan fikir keuntungan politik macam zaman-zaman dulu..., pure patriotisme! Bukan jenis yang provokatif. Too much lah! Come on lah.... Respect your own citizen (dan netizen) yang just nak hidup aman dan sayangkan Malaysia, bukan sayangkan satu pihak sahaja! 
Be fair!

Tuesday, December 17, 2013

[LUAH] Apabila Teman Menjauh


Terasa mendapat penolakan?

Teman-teman anda terasa anda semakin menjarakkan diri?

Terasa kadang-kadang anda tidak bermanfaat lagi bagi orang di sekeliling anda?

Aku dah selalu sangat rasa macam tu. Seriously.
Kadang-kadang macam kita sahaja yang beriya-iya nak mesra-mesra, try so hard nak impress dan cuddle dengan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi bila yang jenis hari-hari kita borak sama-sama.
Kadang-kadang kita cuba anggap mereka adalah sahabat terbaik kita, namun hakikat sebenarnya, mereka just anggap kita biasa-biasa sahaja.

Sikap aku pun, kadang-kadang ni yang buat perangkap pada aku, cemburu bila kawan kita lebih rapat dengan orang lain. Bukan cemburu apa, cuma kadang-kadang rasa kenapa dia tak pernah nak mesra dengan kita macam itu pun?
Lagi sakit, bila memang obviously kita terasa dengan jelas, tidak dihiraukan apabila kawan kita lebih rapat dengan kawan-kawan yang baru sahaja dia kenal, berbanding bertahun-tahun kenal kita.
Itu sikap buruk aku, terlalu berharapan tinggi, dan senang nak sayang orang.

Trivia : Teringat kecik-kecik kalau merajuk...panjat duduk sorang-sorang kat atap rumah :-P

 Solusi aku senang ja, jauhkan diri sejenak dari banyak orang. Juga dari orang-orang yang saling berhubungan.
Mudah. Create our own spaces and gap. Relax, selamba je. Buat hal kau sendiri.

Mungkin ini nampak pelik dan selfish, tapi benar, kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari orang-orang yang sering berhubungan dengan anda, terutamanya yang sering berhubung dengan kerap.
Kerap maksudnya, sehari tu, kau dan mereka memang online, saling chat, saling 24/7 anytime responding di media sosial. 

Tapi, ini yang peliknya, bila dalam realiti...kau tiada siapa.
Manusia memang fitrahnya memiliki perasaan takut untuk mendapat penolakan. Wajar.
Manusia memang fitrahnya memiliki perasaan takut dan tak suka kesepian. Wajar.

Pelik teori ni.
Ketika teman-teman anda merasa menjauh dari anda, dan anda sendiri juga harus menjauhkan dari mereka. Mengapa?

Kita rasa macam ni..  :)
Hakikatnya begini je nokk....sedehhhh! :'(

Tak apa lah...
Muhasabah diri.

Ada yang salah dengan kita sendiri. Mungkin.

Sikap atau perilaku kita mungkin jadi alasan yang paling sering menjadi penyebab.
Buat semakan. Jika masih dan ingin sayangi kawan itu, lupakan negative side dia, cari negative side kita. 
Setelah itu, cipta kembali situasi dengan peribadi baru, maksudnya yang lebih kuat.

Bukan maksudnya melulu mengubah diri agar kelihatan perfect, atau mengubah diri mengikut kehendak kumpulan sahabat anda.

Namun, apa yang terjadi jika anda masih saja terasa menjauh dari teman-teman anda?

Mudah. Mereka yang tidak serasi dengan anda. Mereka yang tidak pernah cuba memahami anda.
Stop torturing yourself!

Angkat kaki, dan bawa haluan sendiri!

Ayat tunggang langgang.
Sebab aku pun tak faham sangat apa yang aku rasa lately.
Ahh..lantak lah!

Jangan risau... DIA sentiasa ada dengan kita.

Monday, December 16, 2013

"Warkah Buat Isteri" dari Blog ke Buku

Salam,
 
U'ols...! Lama tak tulis santai sikit...dua tiga post lepas serious semacam je kan..pitammm!

Tapi ye lah, bila time santai kita santai, bila time masalah donia...kita serious...gitteww!
 
Sihat? Tak sihat? Ada aku kesah? Ahahaha...pergi klinik lah kalau tak sihat.
...mereng sikit intro..feeling-feling ramai reader..Walhal..non hadoo..! :'(

OK lah, nak cerita sikit, masih ingatkah lagi dengan kisah "Warkah Buat Isteri"?

Blog Bro Abil tu? Tahu?

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan."

Sobs! :'(


Itu adalah intro beliau di header blog "Warkah Buat Isteri".
Kisah realiti perjuangan dan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya yang diberi ujianNya.
Mana yang belum kenal tulisan atau tahu apakah ceritanya, silakan browse blog beliau, dan hayati sendiri keikhlasan beliau menulis kisah mereka sehingga......kakak Gee dijemput Illahi (Innalillah...Al-Fatihah) :'(

Jujurnya, aku dah lama jadi stalker reader blog Bro Abil, sejak awal-awal lagi dia dedikasikan blog itu untuk wife dia.
Seriously...wa yang hati keras ni, jenis degil, tak makan saman, jenis malas nak layan hati orang, boleh jadi sebak....mencikk tauuu! Erkk...hihihihi!

OK lah..OK lah..

Sekarang kisah Bro Abil dan Kakak Gee dah dibukukan, jom lah kita support reramai...!
..bak kata Papa Meng, banyak tips kebahagiaan rumahtangga "Bro Abil Style" ada dalam tu, walaupun aku masih bujang lagi, baru boleh belajar teori what??, tapi kena tunggu jodoh sampai barulah boleh buat prektik.....
Eh!! Eh!! Apaaaa???? Ilmu lah! Ini bukan cobaan..ini betul-betul! Jangan fikir ke lain U'ols! kikikiki!

http://risaalah.com.my/
"
" Sebuah kisah benar tentang pengorbanan seorang suami demi kasih suci terhadap isteri tercintanya yang lumpuh sehingga ke hembusan nafas yang terakhir...
Segala yang tercatat di dalam warkah ini adalah berasal dari sebuah blog ‘Warkah Buat Isteri’ yang ditulis oleh saudara Abil Fikri Ahmad. Ianya ditulis dengan gaya yang bersahaja tetapi penuh perasaan. Lahir dari hati seorang suami yang teramat mencintai dan merindui kasih isterinya. Dengan harapan agar suatu hari nanti, catatan ini dapat dibaca oleh isteri tercinta.
Kisah benar yang sangat baik untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran. Terutamanya buat para suami dan isteri. Disamping itu, ia juga diselitkan pelbagai tips rumahtangga dan kata-kata semangat yang dapat memotivasikan diri di kala sedang bersedih atau sedang diduga."

Mana-mana yang ingin mendapatkan buku tersebut,
silakan [KLIK DI SINI] [KAT POSTER PUN BOLEH..SUKAHATI KORANG LAH!]


http://risaalah.com.my/
"Dan buat Bro Abil, saya tahu Bro sangat kuat, dan tabah...InshaAllah, mungkin ada hikmah segala ujian.
Berat mata saya memandang, mungkin tak tahu berapa berat ujian yang bro tanggung, semoga dengan cara promot karya bro ini, saya dapat membantu walau secebis... :') " - #katanajeeb


P/S :
Aku memang nak beli satu, tak puas baca kat webblog, takleh nak feeling-feeling Suami Soleh (Inshaallah....), baca buku sambil guling-guling baru syiokkkk bah!! Hahaha!

Wassalam! :-*

Thursday, December 12, 2013

[PERSONAL] Tahniah dan Selamat Berbahgia Soleh&Sunah!



Alhamdulillah....

...kenen kenen oleh kakak-kakak dan abang-abang senior akhirnya membibitkan kasih sayang antara mereka... :')

"Tahniah kekanda Soleh Ahmad a.k.a Ady Budika dan kakak Sunah Mohammad for your incoming big day!!"

Semoga semuanya berjalan lancar nanti, dan memperoleh keberkatan dariNya, InshaAllah.

Maaf tidak dapat bersama menghadiri hari bahagia u'ols. Hanya doa dari seberang laut dapat dikirimkan...

Semoga berbahgia ke akhir hayat... InshaAllah...Amin.


P/s: Thanks pacik Mat Gebu kasi pinjam gambar :-*

Monday, December 9, 2013

KONTES U-BLOGGER

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger





[PRIHATIN] Misi Bantuan Kemanusiaan Oleh Blogger (Bhgn. 2)



Alhamdulillah... Separuh lagi hajat kami telah tertunaikan.

Petang semalam, wakil dari #kelabbloggerbenashaari, saudari Nurramizah Fadzil bersama-sama dengan pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia telah diberi kesempatan untuk bersama-sama mengagih dan membantu kerja-kerja pembersihan kawasan yang dinaiki banjir di sebuah kawasan penempatan di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran perjalanan untuk sampai ke kawasan sasaran, namun dengan izinNya, usaha murni srikandi kami diberi kemudahan dan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Jaringan Siswazah Malaysia yang sudi menumpangkan sumbangan kami yang tidak seberapa itu.

Tahniah dan syabas kepada semua!

"Terima kasih kepada yang menghulur sumbangan, saham anda tidak ternilai."




"Action speaks louder than words."

#bloggerprihatin

Sekian,
#katanajeeb melaporkan untuk #kelabbloggerbenashaari

....gittew..feeling wartawan sangat.. Hehe.

Saturday, December 7, 2013

[PRIHATIN] Misi Bantuan Kemanusiaan oleh Blogger

Bermula pada lebih kurang hari Rabu yang lepas, selepas berbincang di dalam group WhatsApp,
team blogger #kelabbloggerbenashaari dipimpin sendiri oleh Abang Ben telah sepakat mengumpul sumbangan sedikit sebanyak mana yang ada, untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di Kuantan, khususnya, dan juga selebihnya ke tabung bencana yang lain-lain.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri hebahan dalaman antara blogger, dan juga hebahan umum di media-media sosial, dapatlah kami mengumpul jumlah yang mencapai dan sedikit melepasi sasaran kami.

Dan pagi tadi, Alhamdulillah, separuh dari amanah anda semua telah dapat team blogger usahakan.

Tahniah kepada rakan-rakan atas urusan pembelian barangan.
Dengar kata mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Pasaraya Mydin Cawangan Putrajaya. 

Pelbagai barangan asas dan keselesaan mangsa dapat disediakan dari hasil sumbangan seperti makanan, lampin bayi, lampin wanita, tuala, kain pelikat/batik, ubat gigi dan lain-lain. SYABAS uols!

InshaAllah saudari Nurramizah Fadzil akan mewakili sahabat blogger, untuk membawa barangan tersebut dan bertolak sebagai sukarelawan misi bantuan kemanusiaan bersama-sama dengan pasukan sukarelawan Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) pada petang ini.
Semoga usaha dan perjalanan kalian diberkati...InshaAllah...

Tahniah juga atas inisiatif dan bimbingan saudara Ben Ashaari yang mencetuskan ilham, dan memberi semangat kepada kami.

Teruskan membantu mana yang mampu.







#pray4kuantan #kelabbloggerbenashaari #bloggerprihatin #misikemanusiaan


Baca sambungan Misi Bantuan (Bahagian 2) [KLIK SINI]

[ISU DI SEBALIK] Rumah Rakit Makcik Hanisah


"Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk, Jerantut Pahang sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba."

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.


Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.



“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir."

#katanajeeb:
Aku salute habis dengan makcik ni. Mungkin lah bukan dia yang bina seorang diri rumah/pondok ni, tapi idea dan future long term planning dia itu sangat brilliant! Lebih brilliant dari pemikiran so-called 'orang besar-besar' yang kerjanya hendak bertekak pihak 'dia' dengan pihak 'dia' dalam dewan besar yang tak ubah macam ZOO. (...dengan Lagu Tema "What Does The Fox Say?")

Ya la, ujian alam kan, siapa yang boleh menduga, cuma kalau sebelum ini ujian itu memang sudah dijangka sejak berbelas-puluh tahun, tapi TIADA SEBARANG LANGKAH BIJAK sebijak makcik Hanisah ni diambil, APA DIORANG SEMUA BIKIN? jeng3!

Isu bijaknya makcik Hanisah ini cuma sebagai contoh. BENDA LOGIK yang boleh difikirkan dengan mudah. Namun, macam kadang-kadang orang cakaplah, benda mudah macam ni selalu orang tak ambil peduli. Benda yang mendatangkan untung, jual kontroversi, masyukkk, ada kepentingan, itulah yang akan diperah-perah otak untuk selesaikan. JANJI UNTUNG KATANYA! 
INI BULLSHIT!

Ini masa bukan untuk kita bertekak sesama kita, makin lama makin teruk, makin lama makin terselah ketidakbijakan masing-masing, baik pihak sini, mahupun pihak sana.

Aku bercakap tanpa menyabelahi mana-mana pihak.
Yang bagus, aku akui bagus, yang kurang bagus, itu yang aku rasa perlu diperbaiki. Eh! Bukan 'perlu', tetapi PATUT DIPERBAIKI.

Bukan makna aku ni BERLAGAK BAGUS DAN TAHU, cuma sebagai seorang RAKYAT negara ini, aku berhak mewakilkan diri aku untuk menegur mana yang kurang bagus untuk kami teruskan kehidupan di tanahair ini.

Cukup-cukuplah bertekak, dia-kata-dia-kata-dia, masing-masing nak mengalun lagu "Bangau-oh-bangau!", bertelagah pasal benda-benda yang terang-terangan BUANG MASA HADAPAN RAKYAT NEGARA INI! 

Aku hanya bersuara sebagai rakyat, hanya sekadar mengisi beberapa perpuluhan peratusan dari keseluruhan anak bumi Malaysia.

Media arus perdana, TOLONG ADIL! Jangan nak berlagak sangat awak ada KABEL SATELLIT BESAR. 

Kita (Kami) golongan so-called 'Media Sosialista' juga makin menonjol, makin celik bercerita, mana yang benar dan tidak, DENGAN PANTAS....AWAS Ya! 
Hehehe....gittewww... kekwat tak? kekwat tak? Ini bukan cobaan, ini betul-betul!

RAKYAT SEKARANG TAK BODOH..TAK BODOH..TAK BODOH!
(...ala-ala Jep SepahTu mengajuk isu Pak Guard Airport...hihihi)


Friday, December 6, 2013

Jom Menonton Lawak Ke Der 3 di ESCAPE!


ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3! Cuit sikitttt...ececececey! Hehehe!


Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 yang sedang dipentaskan di Istana Budaya bermula hari Rabu lepas, 4 Disember 2013, dan akan berakhir pada 8 Disember 2013, iaitu Ahad ini.
Selain Harith Iskander, dan Nabil sebagai hos, kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Memang best giler!!! [Baca Review #katanajeeb DI SINI]


Dan bagi korang semua yang belum berkesempatan menonton Lawak Ke Der 3, apa tunggu lagi....!? Cepat dapatkan tiket anda di www.ticket2u.biz sekarang!!
http://www.ticket2u.biz/
Klik Poster untuk menempah tiket anda!
#katanajeeb dan juga geng-geng blogger ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ESCAPE yang sudi untuk menaja kami menonton persembahan pembukaan Lawak Ke Der 3 hari tu. Memang berbaloi-baloi! Ye lah, kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai juga yang frust sebab tak sempat nak tempah tiket untuk menonton LKD3 pada hari tu.


Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31 Disember 2013
selama 6 bulan!
Enam bulan??? Lama tu! Hahaha.. So, korang boleh layan LKD3 ni sampai lebam wey! :)


Opsss! Ada lagi...bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom.

Sertailah peraduan "Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE" 
yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Caranya mudah sahaja;

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menontonYouTube Channel 
– "Cuit-cuit @ESCAPE" 
untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat 
ke 20888.
Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
Mudah bukan?
  
Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE [KLIK SINI]



*~*~*~*~*~*


[INFO] APA ITU ESCAPE?
http://www.escnow.com/escape/lc-en_US/index.html?  context=/EscapePC/Other/Player&content=Movie-  2041&utm_medium=social&utm_source=blog&utm_campaign=LKD3-  Phase1&utm_content=20131206_post_najeebabdullah

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat. Pilih sahaja yang mana anda mahu.

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta), dan termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyakkkkk lagi!

"ESCAPE, teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua! :) "

Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.

"Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua!"
Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Kerana dengan ESCAPE, anda boleh;
"Henti > Sambung tayangan > Pelbagai peranti > Bila-bila masa, di mana-mana jua!"

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang! 



p/s : ..matching pulak logo ESCAPE dengan warna tema #katanajeeb ni... HEHEHE! ;)