Wednesday, December 17, 2014

Sindiran Berilmu Dalam Komik Abu Nuwas


Tersenyum bila aku terima parcel ni.
Nak buka macam sayang gila...sampulnya saja dah 'pancing' hati aku...
"Hadiahkan Pendidikan, Kesannya Berkekalan."  #deep
Sebetulnya aku rindu gila dengan Team Projek Iqra', dan adik-adik di bawah Projek Iqra'.
Selesai soal masa dan kesihatan...InshaAllah i'll be back to join all of you guys as soon as possible!


Bila terima kiriman Komik Abu Nuwas #1 ni, terubat sikit rindu pada setiap 'ilmu jalanan' yang tak mungkin dapat melalui buku teks, kamus, dan lain-lain...terlalu eksklusif!


Haa...kalau korang nak tahu Abu Nuwas ni merupakan watak fiksi yang direka oleh penulis/pelukis komik yang cukup sempoi, iaitu saudara AhmedFani, berdasarkan watak sufi terkenal, Abu Nuwas.
Abu Nuwas digambarkan sebagai seorang pemuisi sufi yang suka menasihati dengan kata-kata dan sindiran yang berilmu, terutamanya nasihatnnya kepada sang keldai, Jonkie, dan juga Sang Penguasa.


Komik Abu Nuwas ini bukan sekadar komik bacaan senggang sahaja, hilang boring sambil-sambil bercuti panjang ni..malah bagi aku, setiap ayat yang dilontarkan dalam setiap babak memang serious makan dalam! Haha..
Dalam setiap babak, korang akan dapat imagine, siapa Nuwas, siapa Jonkie, dan siapa Sang Penguasa dalam kehidupan seharian korang....memang #sentapmaknak kata kau! Team Abu Nuwas memang terbaik!!

"Abu Nuwas kini hadir dengan kisah-kisah bernafas baru, mengajak para pembaca untuk menyelami asas nilai kemanusiaan dengan caranya yang tersendiri. Dengan perwatakan yang sedikit berbeza daripada daripda kisah asalnya di dalam Hikayat 1001 Malam, Abu Nuwas kini lebih tertib dan sopan walaupun masih bersifat sinikal."
Bagi aku yang memang penggemar komik, jenaka, dan artikel jenis ni, Komik Abu Nuwas #1 dah cukup compiled kan minat aku dalam senaskah karya yang ringkas, tapi cukup padat tentang "Apa Yang Perlu Kau Fikir!"...gitu! Haaa...hahaha..


So, kalau korang semua nak faham apa yang aku cuba sampaikan, dan berkenalan dengan Saudara Abu Nuwas ni, boleh buat tempahan komik ini [DI SINI].
Dengan 54 halaman bercetak 100% warna, perfect binding, dengan saiz A5....Harga RM13.00 rasanya terlalu berbaloi kot!

InshaAllah 100% keuntungan dari setiap jualan komik ini akan disalurkan untuk membiayai aktiviti kebajikan dan tajaan di bawah kelolaan Projek Iqra' seperti;
- Kelas Rakyat
- Kelas Rakyat - Prep Malam
- Perpustakaan Mini
- Shopping Raya
- Kem Motivasi
- Program Kemahiran; dan banyak lagi!

Maksudnya, korang bukan hanya mendapat pahala membaca dan berilmu, malah dalam masa yang sama berpeluang beramal untuk masa depan adik-adik Projek Iqra'. InshaAllah...Amin!

Tuesday, December 16, 2014

Cenderamata Unik Dari Samudera Kanvas

Salam...
Wahh!! Tiba-tiba lekat gambar posing sakan kan.. hahaha!
Actually aku teruja sangat dapat posing ala-ala model plus size ni..
Bukan selalu pun. Cerita pasal sesi photoshoot rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari tu bolehbaca kat sini [KLIK SINI]

Bila dah ada beberapa keping gambar yang ohsem, lawa dan berkualiti, takkan nak simpan dalam hard disk je kan?
So, Alhamdulillah dapat pula peluang perkhidmatan cetakan gambar atas kanvas oleh Samudera Kanvas ni.


Bagi aku yang memang minat sesuatu yang unik, cenderamata macam ni memang sangat-sangatlah berbaloi. Dekorasi frame foto kanvas sekarang memang tengah trending, nampak modern, artistik dan kemas je kan.

Menarik mengenai perkhidmatan cetakan gambar oleh Samudera Kanvas ni, mereka menggunakan material yang berkualiti tinggi, bukan Tarpaulin ataupun kualiti kanvas banner tu tau, tapi kanvas yang betul - betul tahan lasak, dan kalis air juga. Senang nak bersihkan kalau berhabuk.

 Tadaaa....dah siap!!!
Saiz 8x8 inci
Macam-macam saiz yang boleh korang custom untuk foto kanvas ni, dan harganya memang berpatutan. Dan dengarnya sekarang pun tengah promosi lagi kauuu!!
Jangan risau pasal nak edit ke apa ke, hantar je gambar yang beresolusi tinggi, nanti pihak SAMUDERA KANVAS akan bagi cadangan dan basic editing untuk sesuaikan dengan saiz gambar korang! Mudah kan? 

"Bagi aku, yang paling best ialah, kualiti cetakan dan warna pada gambar memang betul-betul cantik, kemas pada frame, memang sesuai untuk semua jenis dekorasi dalaman rumah. Nak gantung ke, letak atas meja ke..semua sesuai!"


☞ SAIZ 8"x8" ☜

✔ HARGA ASAL : RM89.
✔ HARGA PROMOSI : cuma RM50 SAHAJA!
✔ DISKAUN HAMPIR 50%
✔ Anda JIMAT RM39!!

☞ SAIZ 10"X15" (Saiz A4) ☜

✔ HARGA ASAL : RM150.
✔ HARGA PROMOSI hanya RM70 SAHAJA!
✔ DISKAUN 60%!!!
✔ Anda JIMAT RM80!!

☞ SAIZ 12R (18"x12") ☜
✔ HARGA ASAL: RM200
✔ HARGA PROMOSI : RM100 SAHAJA!
✔ DISKAUN 50%!!!
✔ Anda JIMAT RM100!!

☞ SAIZ 20"X30" (SEBESAR TV 32INCI) ☜

✔ HARGA ASAL: RM350
✔ HARGA PROMOSI : RM150 SAHAJA!
✔ DISKAUN HAMPIR 70%!!!
✔ Anda JIMAT RM200!!

*** Untuk saiz yang lain boleh Inbox SAMUDERA KANVAS di sini 

https://www.facebook.com/messages/SamuderaKanvas
http://goo.gl/bHslVG ***


Selain foto biasa, boleh juga tempah frame Jawi Khufi..haa...nak tahu apa benda Jawi Khufi tu, jom terjah Facebook Page SAMUDERA KANVAS, dan juga boleh lawat Instagram @samuderakanvas atau terus je WhatsApp ke nombor 014-849 5922 sekarang!

Terima kasih SAMUDERA KANVAS!

Wednesday, December 3, 2014

Drama Bersiri SELUDUP Akan Bermula!

Salam,

Masih ingat lagi tak aku pernah war-warkan drama bersiri yang confirm meletops iaitu SELUDUP pada entri ini, dan ini?

Haa...dengan syoknya diumumkan bahawa drama bersiri ini sudah sedia untuk tontonan anda semua bermula 4 Disember 2014 ini...ya! Esok!

Drama aksi yang membawa tema kes penyeludupan haram di negara ini juga turut menyelitkan kisah cintan cintun dua watak utamanya iaitu Amran, lakonan mantap dari Pekin Ibrahim dan juga si cantik manis Tiz Zaqyah yang membawa watak awek misi...ehhh!!

Satu...satu..Tiz cayang Jeeb...ehh! #matilahnakkk
Selain Pekin dan Tiz, drama 13 episod yang diarahkan oleh Jehan Miskin ini juga menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Nam Ron, Raja Ilya, Syafie Naswip, dan ramai lagi, termasuklah pemenang bakat baru TV Seludup iaitu Andhika dan Afieqah. Perghhh!!


So, nak lihat gempak ke tidak drama yang bawa isu yang agak berat ni, jom sama-sama tonton!

SELUDUP
setiap KHAMIS,
jam 8.30 malam,
bermula esok, 4 Disember 2014
di Astro Prima (Channel 105).
Jangan lupa wey!!!

Nak lebih info pasal drama ni? Jom LIKE dan FOLLOW

*Page SELUDUP ni rajin tau buat contest bagai...hadiah? Berbaloi-baloi!!!*

Tuesday, November 18, 2014

Akhirnya Tewas

Salam.

Alalalala tajuk sangat feeling.
Hahaha..

Alhamdulillah...selesai untuk hari ni.
Acah² nak balut sikit je.

X-ray --- two fraction.
One old fraction masa tersepak meja.
One new fraction, jatuh motor.

Rupanya kena simen terus.
Redha je la..
Degil, banyak dosa....ini makan dia.
Hehehe!


Masuk je section ni aku dah macam pelik tengok bahan-bahan menarik ni.
Nervous pun ada....takkan sampai kena simen kot?



Bila gegadis doktor ni masuk...lagi lah nervous....debar-debar pulak kita... ahahahaha..









Selesai.

Baru rasa macamana orang yang kurang upaya nak bergerak.
Susah.
Payah.

Kaki tak berapa sakit. Kebas-kebas je.
Tapi simennya ya ampunnn....berat sangat. Nak nangis pun ada.
Nasib baik i is sado.



Rehat panjang la kita nampaknya.
Hehe..

*Baru tahu, tongkat kena beli sendiri!*
What the....

Melompat-lompat i masuk keta.
Nanti lah pinjam kawan.

Okbai...mengantuk.
Tunggu kekawan datang hantar makanan.. bhahahaha.

posted from Bloggeroid

Retak Menanti Belah

Salam...
Hehe.. tajuk takleh blah.

Skrg kat ER Hospital Putrajaya.
Entah kali ke berapa la masuk sini.
Dah rasa macam tikus makmal pun ada ni... ahahahahaha!
Ingat ada superpower...sekali takde rupanya. Bhahaha!




Tadi pergi check up sini.
Dapat gambar free....



Hehe...

Actually retak lama kot.
Mula-mula tersepak meja.
Lepas tu jatuh motor.
Dua hari lepas jatuh lagi sekali....hujan lebat..

Tangguh punya tangguh....
Lama-lama jadi senget pulak berjalan...
Dah macam Frankenstein pun ada ni.. haha.

Hurm... ujian ni..
Takpe lah... dapat rest sekejap.
Plan teambuilding kat Kalumpang Resort esok terpaksa reject....aduhaiii...

Thanks Yanty and mummy teman kita.
Kak Sue Izza dan Mek Qaseh jangan risau ye.. hehe!

*tunggu turn walaupun kat ER*

Bye!
posted from Bloggeroid

Sunday, November 9, 2014

Ada Apa Dengan Cinta - Baling Belakang



Salam..
Haa....masih ingat lagi? Hehehe...

Ya, Ada Apa Dengan Cinta?
Ada apa?
Adoi...jauh ni nak balik ke belakang semula...hehe!

Aku rasa ramai generasi umur 25-35 masih ingat filem box-office dari Indonesia ni kan?
Jangan tipu laaaa..hahahaha.. Terutama kepada minah-minah jiwang, mat-mat bunga zaman tu kan?

Tapi aku yang tak berapa nak bunga ni pun sebenarnya minat jugak sebenarnya...ye, ini satu pengakuan. Siap tonton banyak kali lagi..hik hik!


Kenangan 'mengenali' cewek-cewek Indonesia ni memang antara bab menarik zaman remaja aku kononnya, bhahahahaha!

Bagi adik-adik yang tak tahu ni, mari sini nak cerita sikit pasal filem ni.
Cerita ni pasal Cinta (Dian Sastrowardoyo) dan keempat kawan baik dia iaitu Alya (Ladya Cherill), Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal) dan Milly (Sissy Priscillia), bersama seorang hero yang hot masa tu, Rangga (Nicholas Saputra).

Mereka ni antara student yang hot jugak lah semasa zaman high scholl diorang, dan kedatangan Rangga, acah-acah new student yang sangat obses dengan puisi banyak menimbulkan konflik antara Cinta dan jugak rakan-rakan dia.



Biasalah, BFFs pun ada masanya pun bertekak, nangis sama-sama, gelak sama-sama, tambah lagi scene joget dalam bilik yang kononnya "cool gila awek-awek ni..!" aku rasa masa tu...bhahaha!



Selain dari babak feeling anak muda bercinta dan bercanda (ececey!), satu tarikan yang buat aku suka dengan cerita ni ialah hobi antara Cinta dan Rangga mengarang puisi, dan share-share, alahai..sweet pulak! Hahaha!


Dua puisi atau ayat kegemaran aku ialah;
Siap ada translation lagi kau!
Dan puisi berlari ke hutan, berlari ke hutan berteriak bagai tu...

Bagi aku, jurang antara Bahasa Indonesia, dan Bahasa Malaysia tak ada masalah sangat, sebab ayat-ayat puisi itu pun sama je dengan bahasa Melayu puitis, baku dan berima. Sedap!
Hok oloh...kantoi i peminat sastera..bhaha!

Ok, dipendekkan cerita, filem ni ended up dengan perpisahan Cinta yang terpaksa melepaskan Rangga ke luar negara. Masa tu Cinta tengah merajuk, biasalah pompuan kan...merajuk dulu, lepas tu baru nak menyesal...nasib sempat kejar Rangga nak naik flight.
Masa lepas ehem-ehem* tu, Rangga janji akan kembali selepas satu purnama. (ala-ala cerita Hang Tuah kau!).
*(Scene last ada comolots, tapi versi tayangan Malaysia kena censored dengan LPF..hehehe! Opss!)

Tapi, satu purnama jadah! 13 tahun tahu tak???
Itupun sebab LINE buat commercial! Hehehehehe! Terseksa menunggu tahu??

Iya, selepas 13 tahun, baru filem ini disambung dengan mini drama, yang semalam telah memblushingkan aku! Hihi!


Akhirnya...hubungan antara Cinta dan Rangga kembali mekar sebab sekarang zaman dah canggih, tak payah gigih dah nak tulis surat ke, guna burung merpati ke...hehehe! Zaman internet.


Dan bagi aku mini drama oleh LINE ni, walaupun ringkas, selit-selit sikit features kelebihan aplikasi LINE ni, tapi memang padat dan best..dapat tengok masing-masing dah dewasa dan bekerjaya, dah makin lawa, makin hensem Rangga tu..hehe!

Sinematografi? No more comments! Kalau style iklan, memang gambar superb cun gila!!
Dengar kata shoot di luar negara sampai ke Korea, New York...pergh!

Apapun...bagi aku. Kenangan zaman sekolah memang paling best. Nak cerita, tapi macam panjang sangat kan...dah lah aku ni bukan pelajar contoh..bhahaha!

Nah, layan Ada Apa Dengan Cinta versi reunion 2014. Salam...Bye! 


Thursday, November 6, 2014

Spontaneous Thursday

Life Isn't That Adorable.
Face it.

If things getting worse,
JUST IGNORE all the bullshits.

And, one most stupid things is,
To change yourself for someone else.
But forgot the other hundreds that knew you better.

Be yourself.

- Najeeb Abdullah, the mean one.


posted from Bloggeroid

Tuesday, October 28, 2014

Rindukan Agrofarmstay Melaka

Rindunya!

Rindu apa? Haha... Rindu saat-saat bersantai di Agrofarmstay, Melaka!

Biasalah, selalunya benda yang lepas memang selalu terkenang-kenang.
Sama juga lah dengan aku.
Jemputan untuk menerokai salah satu homestay yang lain dari yang lain iaitu di Agrofarmstay @Skilltech ini sentiasa menggelupur dalam ingatan aku....haha!

First of all, terima kasih kepada En.Bari yang hot meletops bak kata gegadis KBBA tu kan, dia yang propose lokasi ini untuk kami merehatkan minda, sekaligus sebagai lokasi retreat dan family day kami pada 19 hingga 21 September lepas. Berbaloi-baloi! Selain kami, geng Kelab Blogger Ben Ashaari ni, blogger Eyriqazz dan Kak Munirah Moon pun ada sama bawa family diorang. Meriah wey!


Agro Farmstay @Skilltech ni terletak lebih kurang 7 batu dari Pekan Durian Tunggal, Melaka. Luas lebih 30 ekar, di kelilingi bukit, ada tasik mini, ada kebun-kebun, ada ladang-ladang..pergh! Kemudahan kat sini juga sangat sesuai untuk sebarang aktiviti seminar, kursus motivasi, hari keluarga, perkhemahan serta jungle trekking.


Hari pertama tak banyak aktiviti lagi, sebab mostly kami sampai lewat petang sebab bergegas balik dari tempat kerja masing-masing, so aku, kak Sue Izza, abg Eddy pun sampai dekat-dekat Isyak, tapi sempat la jugak masuk dengar taklimat dari big boss Agrofarmstay ni, iaitu En.Ahmad Bashiruddin, kitorang panggil Cik Mat je..selamba tak? Isterinya Puan Sharimah Hussain serta anak mereka Encik Abdul Bari pun ada, En.Bari ni lah pengurus Agro Farmstay ini. Kencang seh!


Masa taklimat ni masing-masing dah tak senang duduk, excited wey nak tunggu aktiviti esok!
Lepas taklimat --- MAKAN! Bhahaha...semua kemain lapar menghadap menu makan malam berkonsepkan masakan kampung...gambar tak banyak..semua dah tak peduli..anak-anak bertaburan di merata dewan makan!! Hahahaha!

Selepas selesai sesi membesarkan perut, macam biasalah, sesi mengkagumkan diri dengan tempat penginapan yang di sediakan...kenapa??



Tadaaa!! Inilah rumah agam kami menginap! Hahaha...! Makan hati tak?
Haa.. Beruntungnya aku, geng bujang lelaki dan geng tak bujang 5 keluarga lagi dapat peluang menginap di salah satu penginapan first class kat sini! Kejung sekejap rasa masuk dalam villa ni.
Dalam ni ada 7 buah bilik, dua di bawah - connected, satu di belah dapur, dan empat lagi di atas! Semua bilik ada bilik air sendiri. Dan...paling kejung bila hampir kesemua perabot dalam ni adalah perabot kayu jati yang --- meleleh kiter wak!

Ruang tamu dia pun dah sama besar ngan kuarters aku kat Putrajaya ni...Siap ada ekon lagi. Hehe!
Dapur, semua peralatan memasak disediakan, cuma bahan memasak tu kena la bawa sendiri kalau gigih nak tunjuk skill memasak kan.
Geng awek-awek tak kurang syok juga dapat menginap kat bilik jenis dorm, tak jauh pun antara satu-satu tempat. Selain jenis dorm ni, penginapan jenis chalet pun ada...ala-ala rumah kampung gitu..Nyaman!

Sebelum melelapkan mata, abam besar kami buat roll-call sekejap --- mesyuarat katanya. Alhamdulillah, walaupun nampak santai, tetapi kitorang tetap bersama-sama berusaha untuk memantapkan lagi aktiviti kelab ini..InshaAllah..

Hari kedua - jeng3! Suasana pagi kat sini memang refreshing gila! Rasa tak nak bangun pun ada..haha! Bangun-bangun memang segar, ada bunyi ayam, unggas-unggas...gituu! Memang seriously suasana kampung!
Sarapan dulu yok! Hahaha..! Sarapan yang disediakan oleh pihak Agrostayfarm memang kental! Bertambah-tambah dah rasa macam lunch pulak...hahaha! Makan tepi kolam wey! Budak-budak dah acah-acah kocak air kan...sabar ye sayang semua...kita get ready untuk aktiviti pertama!

Haa---dah hari-hari terperuk depan laptop, main henpon, main tab, kat sini selepas sarapan kami semua kena bersenam ala-ala komando. Hahaha... Jurulatih dari sini, iaitu En.Johar lead acara "goyang-goyang-pecah lemak" kami...baru warm up dah semput! Bhahaha!
Seterusnya --- Sukaneka! Yeay!
Hahahaha..aksi-aksi masa sukaneka yang dikendalikan oleh staff kat sini memang sangattttt hazabbb muka masing-masing..segan kita nak share semua. Haha!
Walaupun ala-ala kanak-kanak, tapi ni versi kanak-kanak purba, ada games tradisi sukaneka,
- pass-passing belon air,
- cari gula dalam tepung,
- bawa bola ping pong guna sudu,
- isi air dalam botol pakai span,
- dan mengepit buah kelapa celah bedah! Bhahahahaha!
Seriously memang fun gila! Terasa muda lima belas tahun! Hahahaha.. Anak-anak semua kagum tengok mak ayah pakcik makcik gigih main game yang rare macam ni!

Dah penat sukaneka apa lagi?
Nampak tak? Berendammm lah!!! Gedebush!! Hahahaha...kanak-kanak bertempiaran lari bila pakcik makcik dah sewel jumpa swimming pool!
Selepas puas berendam kembang kecut, makan tengahari dan rehat, solat dan bersiap untuk aktiviti seterusnya, iaitu sesi lawatan sekitar kawasan Agrofarmstay ni.
Haa...masa tour ni lah baru jelas kenapa tempat ini dinamakan Agro-Farm-stay instead of just namakan homestay biasa saja kan. Rupanya tarikan utama kat sini adalah haiwan-haiwan comel lote! Haiwan ternakan atau pet seperti kuda, nama dia Ujang..hahaha! Ada rabbit gebu, ayam yang berbulu di kaki, merak, dan aku pun acah-acah pegang sejenis landak yang comel..hehehe! Aku tak hafal nama haiwan-haiwan itu sebab...err..heheheheh! I ni pemalu sikit dengan haiwan...hahaha!
Selain haiwan comel-comel tu, Encik Mat juga bawa kami melawat sekitar ladang kurma dan durian yang ada kat sini...belum musim dik...sedih!
Dan, yang paling rare --- haa..ada juga kandang lembu beb! Cemas sekejap aku sebab lembu sini boleh tahan manja! Hahaha.. Difahamkan lembu-lembu disini diternak dan disediakan untuk korban..haa...cuba datang time Aidil Adha tengok...untung-untung dapat agihan kan!

Selain ladang lembu, pengenalan kepada tanaman herba juga banyak memberi ilmu pada anak-anak dan mak bapak sekali. Macam-macam pokok ada, durian, nona, pokok kurma, belimbing, durian belanda..petai pun ada! Tapi seperti makluman....kami datang belum musim! Sedey lagi!

Tanaman herba pulak adalah seperti Misai Kucing, Hempedu Bumi, Tongkat Ali, Pandan Wangi, Setawar Halia, Kacip Fatimah dan Pokok Dukung Anak, sehinggalah aku belajar kenal pokok gaharu.. pergh! Awesome kan? Hehe! Lepas ni korang takleh nak tipu aku lagi dah! Hehehe!


Selain sebagai sebuah homestay bertemakan pertanian, Agrofarmstay ni juga beroperasi sebagai tempat latihan, seminar, kursus motivasi dan juga kursus lain yang sesuai sebab kat sini turut disediakan bilik-bilik seminar, bilik mesyuarat dan juga dewan kuliah yang lengkap dengan peralatan asas berkursus. Eh....kat sini ada WiFi juga..mantopppp!!


Dan...tarikan paling gempak kat sini --- jeng3! Rumah Kasut!!!
Haaa...markas apakah itu?? Hahahahaha!
Iya! Bilik riadah KARAOKE! Seriously terbaik! Penat sukaneka, penat jelajah 30 ekar satu ladang, penat berendam, penat berkayak, main bot....akhirnya dihiburkan oleh mak tiri Sue Izza, abang sayang Huszaini dannnnnn.....bhahahahahah! Ada orang naik sheikh --- BEN!
Dan Alhamdulillah geng KBBA juga tak lupa meraikan kami, September baby, aku, Uzu Emas Putih dan Faizal Fredly! Thanks korang!
Thanks juga kepada abang-abang sado yang sediakan jamuan BBQ untuk kami! Aummm!
Hari terakhir kami di sini memang feeling habis...so, korang semua pun faham kan kenapa aku rindu sangat moment ni...sampai gigih update juga walaupun lambat kan...bhahahahahaha!
Tamat sudah percutian, hari keluarga dan aktiviti santai kami, keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari di sini. InshaAllah next plan kita ramaikan lagi penyertaan kepada korang yang sentiasa menyokong aktiviti dan usaha kami untuk menjadi sebuah organisasi sosial media yang "Bukan Sekadar Blogger"!!!

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pemilik Agro Farmstay ini sendiri iaitu Encik Ahmad Bashiruddin Bin Kulop Othman dan isterinya Puan Sharimah Hussain serta anak mereka Encik Abdul Bari yang bertindak sebagai pengurus Agro Farmstay ini atas kesudian menjemput kami merasai pengalaman yang awesome ni!

Okeh..meh nak bagitahu butiran Agrofarmstay @Skilltech ni.

Agrofarmstay @Skilltech, Durian Tunggal, Melaka
Laman Web : www.agrofarmstay.my
Facebook : Agrofarmstay at Skilltech
Email : pertanyaan@agrofarmstay.my
No Telefon : 012-2118246/016-2098623

Call je nombor tu, inshaAllah Encik Bari pujaan gadis blogger akan jawab.. hehehe!

Gambar ihsan :
http://kelabbloggerbenashaari.com/
http://amrafahan.blogspot.com/
http://myputeri21.blogspot.com/
https://www.facebook.com/agrofarmstay/photos_stream