Tuesday, January 7, 2014

[PRODUK REVIEW] Menawan Dengan Nutri-M, Anti Hair Loss



Salam,

Haa…ini kali abang tak nak cakap banyak…abang ada barang baik punya!
Mari-mari rapat-rapat…yang jauh kasi dekat, yang dekat kita erat-eratkan…gittew!

Motif bahasakan diri abang? Ahahaha…saja je nak gurau-gurau.Jangan feeling yer.

Okaylah, just nak kongsi satu review produk untuk RAMBUT.
Yeah… my favorite and obsession part of my body.. erkk.. boleh?

Kenapa obses? Ahaha..saja nak buka cerita.
Aku memang sejak dari kecit, agak-agak umur 5-6 tahun memang dah mula obsess dengan fesyen, potongan, dan kesihatan rambut ni. Macam-macam lah petua dari dulu sampai sekarang dan ada yang masih aku amalkan lagi macam sapu santan, minyak zaitun, err..macam-macam lagi lah.
Kalau nak potong rambut memang gila cerewet dan aku pernah botakkan beberapa kali rambut sebab tak puas hati dengan pesen tu…grr! Ada sekali tu, pernah sanggup ponteng sekolah sebab…aaa…sebab….minyak rambut abang aku dah habiskan…dia sekolah pagi, aku sekolah petang.. Hahahaha…mengarut gila kan? Ye la, aku punya rambut ni jenis memang lebat, tapi bila panjang sikit dia mula nak ikal-ikal, jadi bergumpal-gumpal atas kepala…tak ke pitam kalau pegi sekolah rambut kembang macam Mr.Arumugan?? LOL!

Obsesi ni keturun dari mak aku kot, sampai sekarang dah umur 60an tapi uban masih boleh lagi dibilang-bilang, dan masih berkilat. Kellass you mommy!

Waa~~~jeles!! Sebab apa jeles? Sebab lately ni, remos yang ku banggakan telah coba berpaling tadah!

Tak dinafikan, stress kerja, berjemur, merempit ngan kuda besi aku tu, seriously boleh buat rambut kita yang sesihat bugar itu jadi cepat rosak, dan mula gugur. SERIOUSLY!
(Tambah pula aku memang jenis yang suka dry blow rambut setiap pagi --- maintain remos katanya! hik3)

Lama kelamaan, dah perasan yang bila bangun pagi ja, macam banyak je rambut yang bersepah kat bantal, lantai, dan dalam sinki. Garis anak rambut pun dah makin ke belakang. ;'(

Nasib baiklah, abang ketak kami rekemen untuk buat review satu produk dari Puan Sharifah, iaitu Nutri-M Anti Hair Loss.

Firstly jadi stalker dulu, ye lah.. nak skodeng lah dulu produk apa yang dimaksudkan tu, aku try carian  Google : Nutri-M, dan jumpa blogpage dia http://nutri-m.blogspot.com/  

“Cantik & Sihat, Seiringan”..

http://nutri-m.blogspot.com/
Cantik ke aku? Haaa…tettt! Ahahaha!


Menurut pakar dari Nutri-M, rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti  berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air. Jadi produk Nutri-M Anti Hair Loss ni boleh membantu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut , kebotakan pramatang dan kenipisan rambut yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan. Selain daripada megurangkan keguguran rambut, ia juga terbukti mampu melambatkan proses pertumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur.

Amboi..meletop tak? Hehe...

Botak?? Ya Ampunn!! Ta mauuu! Jadi…zass..dengan segera..aku hegeh lah dengan abang Ben untuk contact Puan Sharifah yang aku nak cuba produk ni.

Tadaaa! Tengok kotak pun dah excited sebab ala-ala exclusive gitu,
apa lagi…ambil cik Nikon, terus posingkan ia ala-ala model kooo…

 Dalam setiap pakej Nutri-M Anti Hair Loss  ni ada;
1 unit syampu herba berkondisioner 200ml

1 unit tiub gel esen 30g
Informasi-informasi penting yang lain seperti tatacara penggunaan, senarai ramuan syampu, dan lain-lain juga dicetak di bahagian kotak, botol syampu dan gel esen untuk rujukan.

Part yang paling best ialah, semua ramuan Nutri-M Anti Hair Loss adalah ia dihasilkan dengan rumusan 100% herba terpilih yang suci dan bersih seperti akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'faran dan akar Halia yang kaya dengan mineral dan vitamin yang berupaya mengembalikan semula kekuatan dan keremajaan rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru dengan kadar paling optimum!

Buka ja, aku terus cuba, walaupun baru beberapa hari potong pendek rambut ni (sobsss) sebab rimas, dan untuk aku, first time cuba shampoo dia --- fuhhh~~sungguh keherbaan~~~
Tenang je rasa. Rasa lebih bersih, tapi tak kering, ala-ala rawatan spa…gituuu.
Sebelum tidur, cuba-cuba sapu serum gel esen, kedua-dua syampoo dan serum ni memang sangat pekat, so pakai sikit je dah memadai. Gel esen aku sapu di garisan anak rambut, yang dah makin kurang volume tu.

Alhamdulillah, baru 4-5  kali penggunaan dalam masa seminggu-dua, dah rasa sedikit hasilnya. Nak sikat pun tak payah berusaha sangat, rambut tak degil, lebih mendengar kata…erkk..boleh?
Mula-mula ada rasa gatal-gatal, ingatkan syampu dan serum esen tu tak serasi dengan aku, tapi bila aku periksa, ada anak-anak rambut baru mulai tumbuh.
Tersengih sorang-sorang. Teringat ada seorang kawan aku yang mengalami masalah yang sama, even dia lagi teruk kot, sampai jarang rambutnya, aku terus bagi dia cuba, dan menurut kawan aku tu, dia pun rasa perubahan yang sama di mana kawasan yang bermasalah, sudah mula ditumbuhi anak-anak rambut. Alhamdulillah….seronok kau ye bang, boleh melaram fesyen rambut macam-macam lah lepas ni! Ouch! Hehe!

Terima kasih kepada pihak Nutri M terutamanya Puan Sharifah yang sudi memberi kami peluang untuk mencuba produk Nutri-M Anti Hair Loss ini.
Opss..lupa...HARGA? Mengapa bayar lebih? Cuma RM 39.00 jer...tidak termasuk kos penghantaran.. BERBALOI-BALOI!

#katanajeeb : THORbaekkk!!!

Pada korang yang rasa nak mencuba, apa lagi, hubungi media-media seperti yang tercatat di dalam brocher infografik di bawah;
[KLIK UNTUK LEBIH JELAS]