Friday, January 3, 2014

Program Projek Iqra' Untuk Tahun 2014

Salam u'ols.

Salam Jumaat, salam penuh keberkatan (InshaAllah) di hari Jumaat pertama untuk tahun 2014.
Salam tahun baru, salam trending adik-adik, anak-anak tersepit kerusi...erk!! Hehehe!


Baiklah, seperti mana preview aku yang lepas mengenai program Projek Iqra',
kali ni aku nak kongsikan bersama kalian antara aktiviti Sahabat Iqra' yang telah dirancang untuk tahun 2014 ni.


Alhamdulillah, untuk tahun 2013, beberapa aktiviti PI oleh #SahabatIqra telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari pelbagai pihak, penaja, para sukarelawan, koordinator, dan juga kerjasama pihak-pihak lain yang prihatin akan misi dan visi Projek Iqra' ini. Syabas!
Baiklah, bagi u'ols yang berminat dan prihatin untuk menyumbangkan sedikit masa atau tenaga, ataupun prihatin untuk membuat hebahan berkenaan program kemasyarakatan ini, apa tunggu lagi??? 

Projek Iqra' di Media Sosial
Dah daftar? Jom kita follow, subscribe, Retweet, dan Like Page Rasmi Projek Iqra' di media sosial!


Jadikan tahun baharu anda ini lebih bermakna. Mudah bukan? :)
 

Pesanan Khidmat Masyarakat,
Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia 
(Projek Iqra' Charity Association Of Malaysia)
Registration No: PPM-006-14-25012013

Dengan Kerjasama katanajeeb.blogspot.com