Monday, January 27, 2014

VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia (Siri 1)




Alhamdulillah,
Akhirnya sempat juga aku berkongsi salah satu pengalaman paling berharga sepanjang aku mula menulis di sini.

Pengalaman yang mungkin aku sukar dapat kesempatan untuk turut bersama-sama dalam program yang sangat menarik untuk dikongsi.

Pada 10 hingga 12 Januari yang lepas, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014), aku bersama-sama rakan blogger yang paling rapat dengan aku, telah dijemput oleh pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM), sebagai wakil media/bloggers untuk turut sama merasai pengalaman
Pakej Pelancongan Keretapi (Tourail Packages)
- iaitu Railway Tour dan Homestay Malaysia (RT&HM).

Bagi aku, ini adalah satu peluang untuk aku mengasah minat dan bakat aku untuk mencuba bidang 'journalism', walaupun acah-acah ajer....hihihi!

Program kerjasama antara pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan RTAM ini adalah salah satu usaha untuk mempromosi Malaysia, sebagai destinasi perlancongan terkemuka, dan uniknya, pakej ini adalah ia melalui rangkaian pengangkutan paling tertua dan 'rare' di Malaysia;
KERETAPI!

Haaa...itu yang buat kitorang lebih teruja nak join!


Majlis Pelancaran "Pakej Pelancongan Keretapi

(Tourail Packages)".


Persembahan Kebudayaan dari Artistana - Istana Budaya.
Jeng3! Dah rasmi dah~~
Perjalanan kami bermula pada majlis pelancaran pakej ini di KL Sentral yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan juga dif-dif kehormat yang lain, yang mana terlibat dengan program yang best gila ni!!

Dan, dah selesai majlis pelancaran pakej tersebut, rombongan cik Kiah mak Jemah yang havoc-havoc ni; yang terdiri dari lebih kurang 150 orang delegasi media/bloggers dan juga hampir 200 orang pelancong, kebanyakannya dari luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei....Somalia pun ada uols..kami terus bergerak untuk menaiki keretapi menuju ke Ipoh, Perak.
Meriah gila rasa bila ramai-ramai berbondong-bondong denga beg travel masing-masing menuju ke koc yang telah disediakan.
Sempat juga berkenalan, bertukar-tukar namecard, dan juga network dengan rakan-rakan media/blogger yang lain.
Namecard yang awesome ni dari http://www.fizgraphic.com/

Keretapi ETS - Electronic Train Service.

..muka teruja sangat! hihihi!

Perjalanan kami lebih syok apabila diberi peluang mencuba perkhidmatan ETS oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), err...dia lebih kurang macam bas ekspress lah, tapi dia keretapi..err..faham?

 

"The Electric Train Service (ETS) is an intercity train service that currently operates between the cities of Kuala Lumpur and Ipoh in Malaysia.[1] Originally, the train line continued south of KL Sentral railway station to Seremban but is currently out of operation as of October 2012.[2] The trains travel up to 140 km/h on an electrified line and are operated by ETS Sendirian Berhad, a fully owned subsidiary of Keretapi Tanah Melayu Berhad." - Sumber Wikipedia


Menariknya ETS yang kami naiki ini, fasiliti yang ada di dalam setiap koc adalah sangat lengkap, ada tandas, kafetaria, ruang yang selesa, dan juga yang paling best - ada plug elektrik di sebelah tepi penumpang...hehehe! Tak perlu risau nak charge battery, terutamanya bila henpon dah sedehhhh macam henpon aku....ahahaha!

FYI, YB Menteri juga turut join bersama kami di dalam train tersebut, untuk menuju ke Ipoh, bagi menyambung menyempurnakan pakej yang unik ini.

See...selamba je tahan YB Menteri untuk group photo dalam train!

 Eh....itu tak menarik sangat, ETS yang kami naiki juga ada 'steward/stewardess' koooo! 

..amboi..kemain...rasa macam naik flight..hehe!

Sampai sahaja di Stesen Keretapi Ipoh, Perak (yang lagend tu!), selepas sambutan kompang, sidang media, dan juga makan malam, kami terus ke pentas utama untuk sekali lagi bersama-sama YB Menteri untuk pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi (Tourail Packages) - iaitu Railway Tour dan Homestay Malaysia (RT&HM), peringkat negeri Perak.

“Kita telah berusaha sedaya upaya menganjurkan pakej yang telah dilancarkan sejak tahun 2010, namun pada Tahun Melawat Malaysia ini, kita hidupkan kembali keseronokan dan kegembiraan menaiki keretapi, selain mempromosikan pakej inap desa.

“Keretapi sememangnya memenuhi kehendak pelancong di mana jika mereka mahu ke pusat bandaraya ataupun destinasi yang menjadi tumpuan pengunjung, mereka akan terus dibawa ke tempat berkenaan, berbanding kenderaan lain seperti kapal terbang, yang hanya menurunkan penumpang di lapangan sahaja tanpa mana-mana rangkaian," 
- YB Dato' Seri Mohamed Nazri, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Stesen Keretapi Ipoh, Perak - meriah gila malam tu...merlip-lap-lip-lap!

Majlis Pelancaran oleh YB Menteri ini diacarakan oleh Azwan Ali..kenal? dan turut dimeriahkan oleh barisan artis tempatan seperti Najwa Latif, Sheeda Dangdut (bukan Shila Gelek yer Beki!!), Mus May, kumpulan Cherry, Asheed Def-Gab-C, dan...ehem-ehem... Ronnie HyperAct!!!
Eh...kenapa teruja? Ahahaha..sebab aku ngan dak Ujang lupa yang kami  'tengah kerja'..bantai jadi back up vokal kat sebelah stage!..sampai tetiba blushing sendiri...ahaha!

Artis-artis tempatan yang memeriahkan majlis...first time pakai pass media, duduk depan-depan stage u'ols..siap abang RELA pasang pagar lagi.. Hehehe!

"Hanya Aku" katanya...best...sempoi gila..tak kekwat pun.

..err..saja ambil zoom out sebab nak tunjuk view penonton, hehe..tapi serious..memang meriah dan ramai orang Ipoh-mali turun malam tu..HAVOC!

Railway Tour dan Homestay Malaysia (RT&HM)

Serba sedikit berkenaan Program 'Tourail Packages'; pakej pelancongan keretapi (Railway Tour) ini sekali datang dengan program inap-desa...er..agak skema di situ...kita sebut Homestay saja lah ye..hihi!
Pakej ni memang sangat-sangat menarik, di mana pakej ini sangat lengkap, bermula dari perancangan perjalanan menggunakan perkhidmatan keretapi, wehhh...tak pernah terfikir kan nak pergi bercuti naik keretapi..kan?? Dan pakej ini dia lumpsum sekali dengan Homestay Malaysia, maksudnya dah tak perlu risau nak stay di mana, dan percutian kita lebih terancang...homestay kan...for sure aktiviti dia mengancam! Hehehe!

Pakej ini dikendalikan oleh pihak RTAM, dan kalau mana yang rasa
 'macam best je, macam havoc je!';

Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh juga hubungi 
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Contoh Broser Pakej Homestay oleh RTAM

Tamat sudah Siri 1 : VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia ni,
Jom baca cerita havoc di Homestay kami..Homestay Kampung Beng, Lenggong, Perak.