Tuesday, January 28, 2014

VMY2014 : Railway Tour & Homestay Malaysia (Siri 3)





Salam,
Masa di entri Siri 1 dan Siri 2, aku dah ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang kami sertai dalam Pakej Pelancongan Keretapi, atau "Tourail Package"...Majlis Perasmian, Mini Konsert, cerita pasal homestay.

Kali ni aku nak kongsi pula dua 'event besar' yang kami sempat cover semasa sesi jelajah tersebut iaitu;
- "Pesta Makanan Tradisional Lenggong" anjuran Parlimen Lenggong,  di Dataran Lenggong; dan juga
- "Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak.


PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG.

Pesta ini diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 10 & 11 Januari 2014 yang lepas, dan dalam entri lepas aku ada cakap yang kami berangkat dari Kampung Beng pada hari kedua iaitu hari Sabtu tu pada awal pagi menaiki bot ke Jeti Tasik Raban, terus menaiki bas ke Dataran Lenggong.

Majlis Pelancaran oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Gimik Pelancaran buku "Alam & Budaya : Warisan Masakan Lenggong"....fresh dari kuali kawah! Hehehehe!
Sampai sahaja di sana, Majlis Pelancaran Pesta tersebut telah disempurnakan sekali dengan pelancaran buku "Alam dan Budaya : Warisan Masakan Lenggong", yang telah diterbitkan oleh Jabatan Warisan Negara. Tetamu dan media yang hadir pada hari tersebut pun dapat senaskah sebagai cenderahati...huhu!
Kata DikBee: Inilah bukunya...ehhh!!apasal buku Norain dah bertukar jadi durian??? Kantooii songlap durian..ni mesti kerja dak Ipah ni..
Info Pesta Makanan Lenggong:

- Merupakan acara tahunan bermula tahun 2010 yang diadakan oleh Masyarakat Parlimen Lenggong yang diketuai oleh YB Dato' Shamsul Anuar Hj Nasarah - Ahli Parlimen Lenggong. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

- Terdapat 19 pelbagai jenis makanan tradisional Lenggong yang dimasak oleh orang-orang kampung daripada 19 kampung di sekitar Parlimen Lenggong. 
(Menu utama lah...kalau campur dengan menu-menu sampingan, kudap-kudapan, adalah dekat 99 jenis kata seorang makcik yang sajikan makanan untuk kami tu...huhu! Banyakkkk thooorrr!)

Meriah weyyyy~~~tapi sedeh...banyak makanan yang unik-unik dah habis...tak sempat rasa :'(
Masakan special dari para ibu. Mak-mak sangat! sebab tu sedapppp!!!
YB Menteri turut sama mencuba menumbuk "Kebebe"

Pelbagai jenis menu tradisi disediakan untuk tetamu...aku tiba-tiba obses makan siput sedut non-stop,,,haha!

Booth durian yang paling havoc! (Sampai bebudak ni songlap bawa balik homestay..hehehe!)
Ini bukan masak lomang yo, ini diorang masak nasi je,,,senang..tak payah beli rice cooker..menyatu dengan alam katanya! Huhu!
Kenyang perut, suka hati --- group photooooo!!!
~~~~~~~~~~~
‘VICTORIA BRIDGE GREEN DAY’ – 1MALAYSIA GREEN, 1MALAYSIA CLEAN’
Hari ketiga iaitu pada hari terakhir program Railway Tour ni, lepas drama nangis-nangis, salam-salam pak ngan mak angkat kami di Homestay Kampung Beng, kami terus bertolak ke Kuala Kangsar untuk sama-sama meraikan Program "1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak.
Sampai je di sana terus buat muka kagum --- waaa~~~vintage!!! Serious kat situ memang view tip-top...heaven untuk 'kaki-kaki tembak'..huhuhu!

Info Victoria Bridge:
- Dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar.

- Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.
Sebelum Pemuliharaan.
Lebih menariknya, kami rombongan bloggers/media/pelancong yang menyertai program Railway Tour ini rupa-rupanya 'tetamu kehormat' pada majlis anjuran Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia/Railway Tour Association Malaysia (RTAM) ini, dan disambut dengan meriah oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, bersama-sama penduduk kampung sekitar Padang Rengas.
So, apa lagi...masing-masing yang tengah feeling-feeling selfie terkocoh-kocoh pergi ke seberang sungai...tapi....errrr..tiba-tiba 
semua stuck...jalan slow-slow...sebab..

JAMBATAN TU TINGGI SANGAT WEYY!! GAYAT!! hahaha..muka cemas masing-masing!
Nasib baiklah pihak penganjur dah sediakan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga...thanks habang JPAM!
Rombongan delegasi disambut meriah...rasa macam pahlawan kejap...huhu!
masing-masing sibuk menembak...lepas tu cemasss!! hahaha!
Menurut pihak RTAM, tujuan penganjuran acara ini adalah bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mengwujudkan ‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar sekaligus bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.

Penganjuran ini juga bagi mengembalikan nilai sejarah yang ada pada ‘Victoria Bridge’ untuk tatapan generasi kini dan akan datang yang telah berusia lebih satu dekad seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia iaitu memelihara dan memulihara tapak warisan yang masih terdapat di Malaysia. Waaa~~~gituuu!
..habang dan kakak JPAM buat aksi stunt...perghh! i'ols nak pitam lalu situ..
jeng3....koh..koh..koh... makan lagi!!! wee~~
Makan bersila...mengah jap nak kontrol lelemak perut..hehehe! Menu tradisi kampung yang meletops!
Walaupun panas terik, tapi sambutan kat sini memang meriah gila! Padang Rengas havooccc!!
Gadis-gadis ayu --- sebab dah diselempangkan pelikat dan batik...klasik!
Bergambar bersama abang mata-mata...hehehe! Polis zaman dulu kononnya...segak!
Berakhirnya majlis ini, maka berakhirlah siri jelajah kami...sobsss...sedih!! :') tak puasss!
Hehehe...selepas bersiar-siar sekejap di Pekan Diraja Kuala Kangsar, kami terus kembali ke Stesen Keretapi Ipoh, untuk sekali lagi menaiki ETS..pulang ke ibu kota.

Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan khusus buat Railway Tour Association Malaysia (RTAM) atas jemputan untuk merasai pengalaman yang unik....jauh berbeza dari percutian-percutian yang mainstream!! Yeah!


Buat sahabat-sahabatku, rakan-rakan blogger KBBA terutamanya Lan a.k.a Abah Careno, dan sahabat-sahabat media yang lain, kenangan dan keakraban bersama korang takkan aku lupakan...mehh nak siooommm!! muahx3
InshaAllah...ada jemputan ke...sponsor ke...
KITA REPEAT HAVOC LAGI!!!!

Wassalam!

*fuhh...siap jugak! hehehe!