Thursday, February 13, 2014

[Projek Iqra'] Kelas Rakyat : Hadiah Dari Hati

Hadiah dari hati.... heh! feeling tajuk album Dato' Siti sikit...

Okey....okey... fokus!

Salam, Alhamdulillah...Ahad lepas aku diberi kesempatan untuk turutserta dalam salah satu program sukarelawan anjuran Projek Iqra' - iaitu Program "Kelas Rakyat". [KLIK]

Info Kelas Rakyat :
"Kelas Rakyat 2014 : Dahulunya dikenali sebagai Program Pendidikan Rakyat. Kali ini Projek IQRA' berkolaborasi dgn rakan rakan dari TFTN (Teach For The Needs),

Berganding bahu utk membantu anak anak yatim, miskin , asnaf, corot dirumah rumah kebajikan, dalam memberbaiki tahap penguasaan membaca , menulis dan mengira serta memantapkan pemahaman ttg apa yg dipelajari disekolah


Anak anak ini perlu dibantu dan diberi perhatian kerana mereka juga ada potensi yang besar utk maju pada masa depan.

100 orang Pelajar yang terlibat untuk program kelas rakyat 2014 adalah dari rumah Rumah kebajikan berikut:-

1) Baitul Ehsan Alkhairi ( Asrama Lelaki ) , Sri Gombak, Selangor
2) Baitul Ehsan Al-khairi ( Asrama Perempuan), Maluri, kl
4) Pertubuhan Kebajikan dan bimbingan Attaqwa, Putra Perdana, Puchong, Selangor"



Ye lah, rasa sebal tak dapat join beberapa minggu awalnya, asyik teringat-ingat je.
Dah lama teringin nak join aktiviti sukarelawan Sahabat Iqra'[KLIK]... :')
So, last weekend aku dah siap-siap tapau baju, lepas je berpiknik dengan anak-anak 'parenting blogger', hihi...aku ikut tumpang tidur rumah MKS, hehe!

So pagi Ahad lepas, aku, MKS, MY, BM, ngan SR bertolak ke Rumah Anak-Anak Yatim, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, terletak di Putra Perdana, Puchong. Miejakokopowerrangers nak join konvoi, tapi stuck pula jalan kena block katanya, ada cycling....ujian kecil je tu kan Mizza... Tapi Alhamdulillah...sampai gak muslimah rempit tu ke At-Taqwa.. hehehe! Salute!





Sampai je kat At-Taqwa...tiba-tiba sebak...tapi mestilah kontrol kan...hihi..
Kenapa sebak....tatau lah....mungkin sebab aku sayang kanak-kanak...tak kira lah anak siapa..anak sendiri non hadoo rejeki lagi... kikiki!

Teringat kat anak-anak buah aku...

Lihat adik-adik...eh.. anak-anak... ehh...ke masih boleh adik? haa...mana-mana lah...

Sampai je kat sana, adik-adik At-Taqwa dah mula bersiap-siap untuk sesi ulangkaji pelajaran, siapkan homework...dan ada yang mengasah bakat melukis, menulis...dan kedatangan kami di sambut oleh Kak Umi...yang kemudiannya meng'assign' abang dan kakak sukarelawan, kepada adik masing-masing.... hehehe! Yang mana pernah datang, dah ada 'regular adik' masing-masing....eh.. betul ke regular.. hehe..taklah, cuma ada adik yang dah selesa dengan abang/kakak volunteer yang dah pernah datang beberapa kali... hehehe! 

Kak Umi sedang sibuk membahagi tutor-adik
Masa ni, tengok para sukarelawan yang lain pun dah ramai yang tiba kat sini..omey-omey.. opss!! Fokussss Jeeb...Fokusss!! Hahaha..
Tapi, ye lah, first day kan...blushing-blushing lagi nak sesi ice breaking...so pakcik hanya pandang dari jauh yooo... maluuuww... kikiki!

Santai sambil mencurah ilmu..eh jodoh ke tu...ehh.. oppsss.. larikk!
Maka, aku pun dalam blushing-blushing tu pun pergi lah kat adik-adik yang Kak Umi dah assign,
ada tiga orang yang tengah buat homework, English and Math Form 1, Math Standard 5, dan Bahasa Malaysia standard 5. Mula-mula abang Jeeb pun blur-blur jugak... dah berbelas tahun tinggal koooo.. hahahaha! Tapi Alhamdulillah...boleh lah tunjuk ajar sikit-sikit mana yang tahu, yang agak-agak was-was tu abang Jeeb goreng je....kikikiki!
Serious...rindu dah nak tutor...teringat time tutor anak-anak buah.....sampai ada yang nangis masuk bawah meja sambil menitis-nitis air mata...HAHAHA.. Sekarang anak-anak buah semua dah besar-besar.. Si Along dah habis form 5 dah.. :')

Oh ye...masa tengah bebel-bebel tu, adik-adik cakap... 

"ni dah macam teacher kita jerr...abang ni cikgu eh?"

Muka cikgu ke dik?? Hahaha... 

Yang paling syok tu, ada sorang tengah buat Math...tulis..padam...tulis padam... Sebab apa?? Sebab abang Jeeb bebel... tulisan tak kemas! hahahahaha! First day dah annoyingkan budak-budak.. hehe!
Tapi siyes lah, abang Jeeb memang tak suka sangat tengok tulisan comot-comot, nombor tak tulis dalam kotak, buat garisan pakai tangan....semua nak kena kemas.... gittuwww..
Siap bagi petua lagi...walaupun homework banyak salah, tapi tulisan biar kemas, takde lah sakit hati sangat cikgu nak menanda homework... hehehehehe!
Abang 'orang putih' - Shawn Razaleigh tabah melayan adiknya

Abang CEO - MK Syahir yang cool

Abang Beki Mustaffa - ajar sejarah koooo! Hehe!

Yeay! Betul!! High Five!! ehh --- malu plak! kekekeke!

Abang cikgu...dapat extra 2 orang adik.. hehe!

"..paham ke tidak ni? macam blur je, macam tak dapat main puzzle jerr.." kata kakak tutor.
Abang Jeeb - A.J --- Hahaha.. nama baru! (Nasib ko tak nangis kena bebel dik! LOL)

Orang kuat dan hensem - Bro Suhaimi sedang berbincang dengan Kak Umi
Dan selepas sesi belajar dan buat homework, ada Little Scientists Experiment oleh Puan Ho dan Uncle Cheng.
LSEx oleh Uncle Chan ni simple-simple je, guna barang-barang yang ada disekeliling rumah...so ia tidak melibatkan kos, tapi ia menarik, berpengetahuan, dan menguji minda adik-adik...bukan adik-adik je.. habang-habang pun hauukk kejap..teruja nak cuba...nak-nak si abang Shawn tu.. hehehe!

Uncle Cheng dan Puan Ho - Little Scientist Experiment
Sebelum pulang, kita semua berkumpul sekejap, ada brief tentang perancangan mengajar dan fokus untuk pelajar bakal calon SPM, Tingkatan 3 (baru aku tau PMR dah takde..cisss...), dan juga UPSR...briefing adalah dari  'kakak guru besar' dari Teach For The Needs (TFTN)...erkkk!!! larikkk!! Mana-mana sukarelawan yang otai-otai ni, diorang ajar calon peperiksaan...mana yang nan hadoo sangat ni just monitor homework adik-adik dan ulangkaji sikit-sikit...yang penting, simple dan tak nak kasi adik-adik jemu belajar! Yeah!!

Kakak Guru Besar - Hahaha.. ; Tengah bincang perancangan tutor.
Overall, hari pertama aku join "Kelas Rakyat" ni...masih cuba menyesuaikan diri, dan kenal-kenal awek sukarelawan adik-adik At-Taqwa...so?? InshaAllah....ia akan menjadi salah satu aktiviti yang wajib di'pinned'kan dalam schedule aku....harap-harapnya.. korang?? tak nak join ke? :)


"Adik-adik ku, Walaupun tiada rezeki harta mampu ku curah, ku titipkan sedikit panduan iqra' untuk 'anak-anak makbul' ini...InshaAllah..selagi kau tak pernah penat mengalah, Dia akan sentiasa melimpahi RahmatNya ke atas mu dik..." - Abang Jeeb :')

Srikandi dan Srikanda Sahabat Iqra'... ada ke kanda?? hahahaha!

Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia
(Projek Iqra' Charity Association Of Malaysia)
Registration No: PPM-006-14-25012013

Web: www.projekiqra.com
FB: www.facebook.com/projekiqra
Twitter: http://twitter.com/projekiqra
YouTube: www.youtube.com/projekiqra
Instagram: www.instagram.com/projekiqra