Tuesday, April 29, 2014

Gara-gara Black Shampoo!

Hey-ya! AsSalam...
Dalam entri lama dulu aku pernah cerita tentang masalah rambut aku yang makin lama makin pupus...erk! Lepas tu aku diperkenalkan dengan Pn. Sharifah Norita, seorang tauke shampoo herba.
So, berbekalkan semangat tikus makmal yang comel, aku telah mencuba Nutri M Anti Hair Fall, dan Alhamdulillah, berkat jiwa yang ingin terus merasa muda...remosku dah kembali lebat. Hahaha!

So, bila kesihatan rambut dah semakin okey, impian untuk kembali simpan rambut panjang semakin cemerlang..walaupun abang ko ni keja gomen, tapi ada aku kesah...? erkk! Hahaha..

Tapi, biasalah, rambut aku ni memang asalnya lebat, tapi dia jenis lebat halus dan lurus ikal tu. Dah camner lurus tapi ikal tu? Maksudnya bila pendek dia mencacak-cacak spiky, tapi bila panjang sikit mula melingkar bergumpal-gumpal...gitu kekdahnya!

Dan disebabkan rambut yang lebat halus, selalunya ia akan nampak macam rumput kering, tambahan abang ko yang pan asian celop ni rambut memang dark brown, lagi lah nampak macam pahlawan asli Amazon...ko mampu? Hahaha.

Jadi, sekali lagi Pn.Sharifah suggest salah satu produk dari Nutri M, iaitu Nutri M Black Shampoo.

Adakah abang akan berubah pandai nyanyi lagu rap seperti black people?
Mari kita terjah!

Haa..ini gambar aku snap asal boleh, feeling-feeling model rambut "SEBELUM"...buat muka sedih sikit.
nampak la sikit keadaan rambut ala-ala digigit tikus..maklumlah..self cutting kan..



Yang ni aku zoom sikit..kalau tengok live memang hazab sikit...nasib baik ada flash..nampak sinar keimanan sikit rambut abang ko ni. Tapi serious memang nampak kering lah walaupun sihat.


So, aku dah transform jadi amoi salon, cuba sepaket dulu.
Tekstur Black Shampoo ni agak likat sedikit, bau-bau herba sikit..(ya, herba semulajadi!)
Oh ye, jangan lupa pakai glove, kalau tak nanti korang akan dapat pakej black fingers sekali. Haha!
Black Shampoo ni sebab dia likat, so tak perlu risau dia menitik atas bahu gebu korang tu.


*Okey, ni tips yang aku dapat dari akak salon tempat aku biasa pergi tu. Kalau yang jenis suka buat hair colouring atau treatement sendiri tu, cara mudah nak elakkan dahi atau mana-mana bahagian kepala terkena produk tu, sapukan sedikit petroleum cream, ala..mana-mana krim berasaskan minyak..aku guna Vaseline, sebab tu je aku tahu. Hahaha.. Sapukan kat garisan hujung rambut, sideburn, telinga, belakang leher. Kalau takde takpe, tapi kena buat hati-hati lah. Jangan takde Vaseline ko guna minyak petrol plak..hahaha! Baby oil pun boleh.



Lepas dah sapu shampoo tu, ramas-ramas sikit, urut sikit sampai hujung pangkal rambut, supaya nutrien dan pewarna semulajadi urang aring dari Nutri M Black Shampoo ni meresap rata ke seluruh helaian rambut.

*Dah macam skrip iklan kan? Hahaha*

Dalam 10-15 minit, gosok-gosok sekali lagi dan terus bilas bersih. Bilas tu pakai glove jugak tau!

Dan keringkan dengan tuala bersih. Tak perlu gatal nak blow dry, tunggu je kering secara alami..gitu! 

Hasilnya? Ya....terasa muda kembali! Hahahaha..





Personally aku memang berpuas hati, sebab rasa lembut, senang nak bentuk, tak rasa macam kau pakai apa-apa produk. Warna dia yang seriously hitam tu memang menampakkan rambut jadi lebih lebat dan sihat.

Terima kasih pada Pn. Sharifah Norita yang sudi menjadikan abang ko ni testimoni paling comel..erkkk... pitamm... 


Okey, dah alang-alang bercerita, ini aku kongsi sedikit info berkenaan Nutri M Black Shampoo ni.
Ye lah, korang bukan rajin sangat nak Google kan... Ahahahaha...ampunnn!

Oklah...selamat mencuba! daa~~~ Assalamualaikum! 

   Nutri M Black Shampoo - Ia adalah syampu anti-uban yang dihasilkan menggunakan 100% herba tradisional yang berupaya mengembalikan semula kekuatan rambut hingga ke akar, menjadikan ia lebih sihat bersinar dan yang paling utama - menghilangkan uban dan mengembalikan kehitaman rambut anda hanya dengan cucian pertama!

   Antara herba-herba tradisional yang digunakan dalam penghasilan produk ini adalah seperti buah Billberry laut (Vaccinnium bracteatum), Kayu Brazil (Caesalpinia echinata) dan herba Yetbadetajo (Eclipta Prostata

   Herba-herba ini juga sebenarnya telah digunakan sejak sekian lama oleh sebilangan nenek moyang kita untuk mengurang atau menghilangkan uban di kepala, di samping memastikan supaya rambut sentiasa sihat dan kuat.
   Produk ini bukan pewarna rambut seperti yang ada di dalam pasaran semasa, kerana fungsi rumusan herba di dalam syampu ini adalah untuk menambahkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam semulajadi yang ada di dalam rambut, BUKAN mewarnanya dari luar sahaja. Pewarna rambut biasa hanya berupaya menutupi uban atau warna rambut asal anda dari luar sahaja dan kesannya hanyalah sementara.

Setiap kotak Nutri-M Black Shampoo mengandungi:-

4 sachet syampu berkondisioner (20g per sachet)
Sepasang sarung tangan getah
Informasi-informasi penting yang lain seperti tatacara penggunaan, senarai ramuan syampu, dan lain-lain juga dicetak di bahagian kotak dan sachet syampu untuk rujukan anda

Belian minimum:-
1 kotak bagi belian runcit
Harga Jualan Runcit :- 
RM55 (Semenanjung)
RM55 (Sabah & Sarawak) 

Hubungi kami di 019-3117254 untuk keterangan lanjut
 
Penghantaran:-

RM5 sekotak  (Semenanjung Malaysia)
RM8 sekotak (Sabah/Sarawak/Singapura/Brunei)
[KLIK SINI] Laman Utama Nutri M
[KLIK SINI] Laman Utama Nutri M