Monday, April 28, 2014

Kerjasama Susu Sedap

Last 2 weeks abam ketak Ben kenalkan kami dengan founder satu minuman kesihatan, Puan Sha.

Minuman apa? Susu.
Susu kambing. Nutri Goat Miracle8.

1st impression..hmm.. Aku suka makan kambing, grilled, kurma, sup, reneh...
Tapi susu? Hmm...tak berbau ke?
Haha.. aku soal makanan ni, selera aku bergantung pada bau..
(..ketepikan petai, jering dan makanan eksotik lain...itu nikmat! Haha)

So, Puan Sha hadiahkan dua kotak.
Balik terus cuba.

Demmit!! Ya ampunnnn...
Alhamdulillah.. sedap gila kot.
Takde lah gila.. rasa susu je.
Tapi adalah rasa buah-buah sikit, rasa wangi-wangi sikit... (wangi tu rasa ke bau?? lantaklah!)
..dan.. mana ciri kekambingan yang tipikal itu? TIADA. Takde bau kambing.. hahaha...

Bau saffron, delima, kurma, dan lima lagi makanan sunnah lain.
Patutlah nama Miracle8... bijak branding dia..nilai komersial tu penting! Hehehe..

Alhamdulillah.. dah masuk dua minggu cuba, sekotak aku letak kat rumah, sekotak letak di office. Dua-dua dah tinggal sepaket..
kena contact Puan Sha ni...mintak subsidi... hahahaha... mampos feeling duta susu kambing kekdahnya...

Terasa jugaklah khasiat dia.

Aku ada high blood pressure, rasa pening-pening slalu.. Tapi Alhamdulillah.. kurang sikit sekarang ni. Mungkin sebab dia low kolestrol...berbanding susu formula lain.

Minum pagi, buat breakfast...kenyang juga lah sementara tunggu waktu lunch.
Minum sebelum tido..lena terus.. tak dan nak godek-godek FB ke, IG ke, main Twitter ke.. hahaha..hanyuttt...

Dan paling aku suka..serious sedap.
Buat aku asyik nak repeat minum.
Ala-ala #villagepeople makan Mekdi.. hahaha..

Sebab sebelum ni aku memang ada gastrik, lactose intolerance.
Asal minum/makan yang ada asas susu je, sakit perut, cherry-berry...
Tapi susu kambing yang ini okey je.
Aku bagitahu Puan Sha, dia cakap yang susu kambing memang mudah hadam.

"Ramai org ingat susu kambing low lactose. Sebenarnya bukan low lactose. Lebih kurang sama kuantiti. Susu kambing senang dihadam kerana dia sebati. Macam susu ibu.

Kalau susu lembu. Perut kita akan digest airnya dulu. Lactose dan benda-benda lain tertinggal. Tu yg kadang-kadang jadi sakit perut muntah bila minum susu.
Kalau gastric lagi la nk kena monitor. Susu lembu kalau masuk kt perut time gastric mmg musibat la."

Haaa..musibat katanya.. hahaha..

By the way, thanks Puan Sha.
Kalau ada lebih...sila la hadiah lagi.. Hahahaha..

Hari ni bizi gila.
Macam-macam benda nak hadap.
Macam-macam jenis orang nak layan.

Sabar je lah..
Kita minum duluuuuuu!!! Mai sechawannn!!

posted from Bloggeroid