Tuesday, April 29, 2014

Kualiti Filem Lama


Sementara tunggu mata nak lelap..layan Teater Lagenda, RTM2. ---Ahmad Albab.

Filem-filem zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni, memang formula dia..sesuai dengan situasi sepanjang zaman...walau macam mana lapuk pun cerita dia, tetap terselit 'something' yang boleh buat kau fikir tentang sikap manusia yang sama je sebenarnya sepanjang zaman.


Berbanding dengan naskah tempatan zaman sekarang? *sigh!*
Aku rasa filem zaman P. Ramlee lagi tinggi effort dia.
Walaupun cerita dia hitam dan putih sahaja.
Kadang-kadang effort mereka untuk hasilkan filem bermutu tu lebih tinggi, lebih bersungguh-sungguh...walaupun kau gelak tengok props dia yang kadang-kadang mengarut!
(Tapi mostly props dan wardrobe zaman dahulu lebih stylo...sebenarnya!)

Haa..kan..mula lah aku nak mencarut pasal filem tempatan.
Itu baru props.
Nanti akan aku tulis kenapa kawan-kawan tak akan pernah cuba ajak aku menonton filem Melayu tempatan...selain dari job tayangan premier atau mereka belanja-paksa.
Ada sebab dia. Jangan nak mencarutkan aku dulu. Tunggu.. Nanti aku akan tulis.
Terutama pasal 'wig'. HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Sekadar Hiasan. Hehehe... 

Ok, back to Ahmad Albab.
...kalau nak ikutkan, boleh je senang-senang Jin dan anak bini Jin pergi rumah Syawal dan main dengan Ahmad Albab bila-bila masa dengan kebolehan teleport macam cerita Jumper tu..

Tapi sebab Jin nak kasi Syawal berusaha, sabar, dan tepati janji dia untuk dapatkan 'upah' harta karun Jin, dia suruh si Syawal datang tepat dalam tempoh sepurnama, berapa lama sepurnama tu agak-agak dalam 30 hari plus minus macam tu lah.
Syawal kena konsisten bawa Ahmad Albab sampai AA besar...mungkin sehingga akil baligh? 
Sebagai balasan, Jin akan bagi Syawal hartaaa..ya hartaaa lahhh... karunn..emass..intan, berlian!!! Sampai si Syawal jadi orang terkaya dan siap boleh buka Social Open Welfare. Hahaha..ko mampu?

Nampak macam simple, tapi...hmm..kita dah dikurniakan akal, dan boleh agak apa maksud tersirat jalan cerita yang simple dan kadang-kadang nonsense gila.

Ini bukan aku nak cakap atau galakkan manusia berkawan atau bersahabat apatah lagi bergantung kepada Jin untuk kaya raya.. hoi!!..nak mamposss?? Hahaha..boleh jatuh syirik uolsss...!

Maksudnya begini, mudah je.
   " Rezeki datang dari Allah SWT dalam pelbagai bentuk, kalau DIA nak bagi itu bukan dalam bentuk harta sahaja. Mungkin rezeki bahagian anak, atau jodoh yang bijak macam Mastura.... Wallahualam..
Yang penting kena jujur, amanah...macam Syawal walaupun gembala kambing je, dia kena amanah, kena pastikan kambing tu cukup semuanya.
Mastura, ikhlas bersuamikan Syawal yang felat dan fening-fening lalat tu.
Usaha, dan tepati janji dengan konsisten."

Semua benda tu simple je. Tapi...moral dia tinggi habaq ang! 

Sekian sahaja tazkirah dari Ostat Jeeb.
Dah mengantuk ni macam-macam lah aku nak merepek...takut jatuh ajaran sesat pulak jap lagi...kejungggg! hahaha...

Renung-renungkan, dan selamat meraba beramal. Opss! Hehehe!