Friday, May 9, 2014

Baju Melayu Punya Pasal!

Salam Jumaat semua!!!

Hari ni habang ko busy sikit..mana dengan system down lagi, dengan fail pending botingkek-tingkek lagi.. hahaha!

Haa...ni nak cerita pasal Baju Melayu ni..
...tadi, masa tengah dok 'melawat kawasan' ada sorang staff tegur aku,

"Hey..tak pakai baju melayu ke hari Jemahat ni..? sekarang dok pakai baju omputih je...feeling western???"

Hahaha...hazab soalan beliau kan!!
Actually..aku masa di office lama memang selang-selang Jumaat akan melaram ngan baju melayu. Cuma kat department baru ni macam malas je nak melaram sangat...sebab nanti karang ke hulu ke hilir angkat fail, angkat tong air...angkat batu bata...eh..nanti terlucut pulak sampin aku. Dah la abang ko ni merempit...ngan ngan kepit-kepit sampin lagi..hahaha!

Carita pasal baju Melayu ni, memang aku antara peminat dan ada menyimpan koleksi baju melayu...hahaha! Sebab apa..sebab banyak dapat sponsor..mampu? Kikiki..
Takdelah.. sejak aku kerja ni, alhamdulillah...beberapa kali dah dapat sepersalinan pakaian jejaka Melayu dari event-event formal. So, bila dah campur dengan baju melayu yang aku gatal beli lagi...ada jugak dalam 10+ helai pelbagai warna kot..dah boleh buka butik kooo!

Dah terlanjur bercerita pasal baju melayu ni.. Jom kita kongsi sedikit info pasal baju melayu yang kacak itteww!

   Jika wanita sinonim dengan pemakaian baju kurung, pakaian tradisional bagi lelaki pula adalah bajuMelayu. Baju Melayu adalah warisan turun-temurun orang Melayu dan juga merupakan pakaian rasmi yang dipakai ketika majlis-majlis formal dan sambutan perayaan. Seperti baju kurung yang terdapat dalam pelbagai jenis dan rekaan, anda juga boleh menemui baju Melayu dalam dua pilihan iaitu – Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Telok Belanga / Teluk Belanga.
Apakah perbezaan diantara Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Telok Belanga?

Haa.. nampak tak bahasa wikipedia aku.. Hahaha!

#Baju Melayu Cekak Musang
See...kacak bukan? Belum bersampin lagi tu!

Baju Melayu Cekak Musang merupakan jenis baju Melayu yang kerap dipakai oleh kaum lelaki untuk menghadiri majlis-majlis formal dan majlis keramaian seperti kenduri, resepsi perkahwinan dan semestinya ketika sambutan Hari Raya. Terdiri daripada dua bahagian iaitu seluar dan baju. Untuk bahagian baju, ia mempunyai rekaan leher yang keras dan anda memerlukan butang baju Melayu untuk mengancing kedua-dua bahagian leher. 

Bagi aku, aku memang lebih gemar baju jenis ni, sebab lebih kemas...terletak je kat body i yang curvylicious ni... Hahaha...
..pink ni cantik...tapi adakah cantek jika aku pakai? jeng3! *pitam*

...butang baju abang dah jumpa...kira jadi lah kita membina masjid ni ye!?? - kata abang model! Hahaha!


#Baju Melayu Telok Belanga

Haa.. jenis yang ini...kalau takde dalam koleksi aku sebagai anak jati Johor memang malu beb!
Hahaha...cuma jenis teluk belanga ni aku kurang pakai sangat, sebab leher abam ko tak jenjang macam Fahrin Ahmad *tetiba!*
 
...pink lagi...adakah new colour of the year?

Ececey..Johor sangat awak!

   Jenis baju Melayu yang kedua ialah Baju Melayu Telok Belanga dimana ia juga terdiri daripada 2 bahagian iaitu seluar dan baju. Berbeza dengan Baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu jenis ini mempunyai rekaan bahagian leher yang sama dengan leher baju kurung.

Info : Baju Melayu Teluk Belanga atau orang panggil baju Johor ni, kalau ikut tradisi di Johor, lengannya hanya 3 suku. Tak tahu lah kenapa, mungkin senang nak elak tercelup kuah rendang? Hihihi..
Dan selalunya orang joho akan pakai dengan seluar slack, capal Melayu, dan juga sampin. Ala-ala jejaka stylista gitu...ececey!



   Selain dipakai dengan seluar yang sepadan, baju Melayu juga kadangkala digayakan dengan jeans atau slacks. Jangan lupa juga untuk melengkapkan gaya anda dengan memakai kain songket atau kain pelikat sebagai kain sampin anda!

Haa..see! Sekarang ni, kalau kata malu nak pakai Baju Melayu ala-ala pengantin...boleh je nak di fusionkan! Bukan maknanya kita nak mempupuskan rekaan tradisi, rekaan tradisi tetap segak dipakai untuk majlis formal dan kemelayuan, tapi rekaan yang lebih fusion boleh dipakai dengan pelbagai corak...dan lebih santai! Maksudnya sifir mudah di sini;

Baju Melayu Tradisi = Kacak
Pakaian modern = Hensem

Baju Melayu + Pakaian Modern = Segak Bergaya kebaboom!!! ...mampu? Hahahaha!


Fashionable katanya...mix and match.
Tak percaya tengok bawah...

.
.
.
.

Baju Melayu + Seluar Pelikat rekaan KataNajeeb Fashion House.....erkk!! Hihi!
Kacak bukan? Hahahahaha! ...itu posing muka kekwat namanya...
Aku sekarang telah mempatternkan baju melayu mix dengan seluar pelikat! Hahaha!
Jangan tiru okey..nanti aku saman! Opsss!!

*walhal aku tak reti nak ikat kain pelikat...seriously! Hahahahahaha!*


So...persepsi korang tentang pakaian tradisi? AWESOME kan???
Sekarang ni nak soping baju melayu ke, baju traditional ke...tak perlu sesak-sesak kat Jalan TAR lagi dah...online pun boleh. 

Ni haa...kat ZALORA Malaysia pun ada jual....pergi la usha....

Untuk ayah, suami, abang-abang, adik-adik, sepupu lelaki, boifren-boifren...!!!
...semua ada! *baca style iklan abang Zalora*
 
Apa yang anda tunggu lagi? Layari laman web ZALORA Malaysia untuk pelbagai koleksi baju Melayu yang terkini dengan harga yang amat berpatutan hari ini juga!
 
http://www.zalora.com.my/men/pakaian-tradisional/baju-melayus/