Sunday, June 1, 2014

Kelas Rakyat - Cerita Terkini Adik-adikku


Haaa...awal-awal post dah mencapap selfie kan..hahahaha!

Salam hujung minggu uols.
Alhamdulillah minggu ni dapat jugak lapangkan masa ke Kelas Rakyat Projek Iqra' dengan adik-adik di Rumah Bimbingan dan Kebajkan At-Taqwa Putra Perdana, Puchong.
Dah 2 minggu aku skip sebab balik kampung dan kurang sihat.
Rindu sangat dengan adik-adik yang semakin manja dengan cikgu garang ni...hahaha!
Nak jenguk weekdays memang tak dapat...letih dengan tugas hakiki..haha..office hour beb!



Oh ye, sekali lagi Alhamdulillah...permohonan PJJ aku telah diterima, InshaAllah by August aku akan mula lapor diri, di USM, Penang...huhu! Memori utagha mai balikkkk!
Tawaran ijazah dalam bidang Social Science...Sosiologi dan Antropologi...padiaaa tu? hahaha...masih blur lagi..InshaAllah harap-harap dapat bawa nanti...
Rezeki DIA...perancangan DIA...kali ni memang aku berlapang dada nak buat keputusan ni.
Tak tahu kenapa...mungkin sebab memang dah lama niat nak kembali bergelar penuntut.
Lepas ni, jadual mungkin bertukar 360 darjah...Harap-harap masih ada kelapangan masa dan kesihatan untuk adik-adik tersayang ni...


Minggu ni macam yang lepas, aku buat group tutor...suruh budak-budak duduk keliling aku..senang nak terkam.. hahaha!
Macam biasa lah..bila 5-6 orang laskar keliling..macam-macam perangai ada.
Hilang pensel, pemadam, pembaris...buku hilang pun ada..sekali kena sergah esok buat lagi..hahaha..
Kali ni aku tutor Danial, Adam, Fadli, Ismi, Arash, Syafiqa, Aiman, Akif dan sorang adik 
baru...Afandi.

Danial, macam biasa, senang nak guide dia, mudah faham dia ni..cuma kena keep watch sebab dia mudah bosan kalau pending lama sikit kat orang lain..dia hilang fokus. Yang paling tersusun dan teratur tutur kata dia. Seronok dengar dia bercakap, bertanya apa saja.

Si Bambam Fadli dah makin rajin menulis...tak payah nak umpan coklat ke, air kotak ke...dia dah pandai bawa diri buat dan baca suku kata yang dah ajar minggu-minggu yang lepas. Janji cendol katanya...eh..upah makanan jugakkk...hahahaha!



Adam, dia dah boleh 3M sebenarnya, tapi disebabkan nonstop cik Kiah sangat asyik nak berborakkk je, maka selalu tak siap...tak fokus buat ulangkaji..nak kena cubit lebih sikit ni..grrr!
Sama dengan si Arash...buat-buat tak layan dia pun sekelip mata hilang pergi mengular... Mana cikgu tak keluar suara petir..hihi!

Ismi, anak manja ni...dah lancar sikit membaca, jawi pun dah kenal...cuma Math kena pujuk lagi sikit. Ye..pujuk koooo... Ismi sensentap sikit... Aku kena guna genre irama Malaysia...
soalnya...kakak dia lagi petir dari aku...HAHAHAHA...asyik sentap jer member tu..tapi nasiblah senang nak pujuk... erggghhhh!! Budak-budak ni semua buat aku makin sayang pada diorang... hilang terus hot-tempered aku.. Haha!

Syafiqa, minggu ni mood ke laut. Cakap depan-depan dia pun boleh lost.
Aku minta dia baca dan cerita balik satu buku tu pun dia boleh terpinga-pinga...errr....
Aku macam nak tanya...tapi aku kan jenis cakap direct..tak pandai nak tapis sangat, takut dia ada masalah gegirl ke apa, so aku minta bebey Mizza Koko yang heart-to-heart dengan dia... Kikikiki! 
Harap-harap minggu depan dia dah okey.

Aiman, anak hangkat si Dr.Shawn tu hari ni jadikan aku mangsa teka-teki dia...hahahaha!
Disebabkan Shawn tak dapat datang...maka aku awal-awal dah standby browser Google kat henpon...BHAHAHAHAHA!
Soalan dia tadi, selepas ratus juta (100, 000, 000), apa nak sebut?
Zasss...GOOGLE!
Sa, Puluh, Ratus, Ribu, Ratus Ribu ---- Million, Billion, Trillion, Zillion, Gazillion...sampai ke infinity dia keep asking "....LEPAS TU?"
Tak ke pitam cikgu ko ni dik??? Hahahaha! 
Shawn..please take over your genius baby next week....aku surrender! Haha.. itu belum dia buka teori matematik ikut formula dia tu lagi..! Aiman..Aiman.. InshaAllah kamu jadi pakar matematik nanti....tapi... membaca jangan lupa lancarkan juga ye dik! Fuhh! 

Afandi...tahun 3, warga baru di At-Taqwa kalau tak silap.
Masih cuba lagi nak adapt dan sesuaikan diri dengan Kelas Rakyat.
So far mudah juga nak faham aku ajar cara hitung sifir...cuma rasanya dia boleh tahan bakat cik Kiah jugak...nak berborak saja..macam si Adam ngan Arash...lepas tu lupa terus....langsunggg...totally kena explain semula... Hahaha..grrr!

Macam-macam perangai anak-anak ni buat...semakin kenal, semakin rapat dan semakin bertambah sayang aku pada laskar-laskar comel ni. 
Bagi aku, mereka adalah true survivor yang akan lebih memahami erti kehidupan dan susah payah dalam dunia realiti. Biarpun sedikit keciciran, tapi masing-masing, setiap dari mereka aku boleh nampak semangat dan minat untuk sama-sama setanding anak-anak orang lain.

InshaAllah dik..selagi abang ko ni mampu nak bimbing mana yang mampu..abang petir ni akan terus menghalilintarkan telinga korang semua...Awas! Hahahaha... 



Seperti biasalah, kakak cendol dah dressing cecantik setiap hari Ahad, kena la singgah menyendol dengan budak-budak. Kalau tak..abis kereta kena kepung tak boleh balik... Hahahaha.. 
Kakak cendol minggu ni pakai glitter shirt ngan sepasang skirt+blazer.....ko mampu?? Hahaha...siap dah standby tikar picnic untuk bebudak semua..Alhamdulillah...cikgu cangkung tepi longkang pun layannnnzzzzz! Hahahahaha! 

Adik-adikku...teruskan berjuang ye dik...!
Cikgu-cikgu, abang kakak Projek Iqra' akan cuba membantu kamu, semampu kami. InshaAllah.

Wassalam.