Wednesday, June 18, 2014

Tips: Maksimumkan Penggunaan Kamera Telefon Bimbit Anda

Salam....
Lama tak buat WW..hahaha!
Hari ni takde WW, tapi aku nak share satu tips yang agak awesome!

*WW = Wordless Wednesday!

Zaman sekarang ni, mostly semua pemilik telefon bimbit, paling kurang mesti telefon tu berkamera kan?
Tak kira la brand apa, canggih berapa juta megapixel ke, janji boleh snap gambar...kan?

Selain dari kegunaan kamera tersebut untuk snap moment-moment yang memorable ketika ada event.. pergi melancong, pergi makan...pergi melencong ke...hehehehe...


..atau pun ultimate-selfie macam kak Ellen D ni...


..kamera di telefon bimbit korang boleh digunakan sebaik dan semaksima mungkin, supaya korang takde lah bimbo sangat..especially bila pakai telefon canggih..khennnsss!!! Hahahahaha! 

Jom terjah tips berguna kamera di telefon bimbit, yang sangat mudah, dan sangat membantu...!!!

1. MUDAH : Lokasi Kenderaan

Tips ni mungkin ramai dah tahu kot, tapi nak share jugak...sebab selalunya kalau gi soping kompleks non hado nak praktikkan sebab lepas parking, selalunya turun kereta..menonong je nak masuk kompleks kan.. Haaaa..aku tau lah sebab aku macam tu..hahaha! Kita yang penumpang ni, dah tumpang kereta kawan, sesekali buat amal sikit...snap pic lokasi di mana kawan tu parking kereta. Nanti nak balik takdelah kawan tu dengan korang sekali ikut confused letak kereta kat mana. hihihi!



2. MUDAH : Lokasi Hotel

Haa...yang ini selalu memang aku akan buat. Sama macam situasi tempat letak kereta...
Bila kita melancong, atau kerja luar pejabat, jangan lupa untuk snap lokasi sekeliling tempat penginapan kita! Tujuannya ialah, bila kita keluar jalan-jalan makan angin, atau mesyuarat di tempat yang agak jauh dari hotel, at least, bila lupa kat mana lokasi hotel tu, boleh tanya pada penduduk setempat atau balai polis. GPS/Waze/Gmap memang lah ada, tapi..kalau tak ada coverage atau bateri habis? Tak ke pitam nak ingat jalan pulang? Tambahan pula jika bahasa komunikasi terhad...lagi haru uols!! hehe!


*cuba ambil gambar landmark terhampir*

3. PENTING : Deskripsi Ubat

Jangan lupa juga untuk snap gambar ubat-ubatan yang korang tak boleh miss...lebih bagus kalau snap brand dan deskripsi lengkap dia sekali.
Bukan apa, kadang-kadang bila dan time kecemasan, kita sendiri, atau pun orang yang bakal membantu pun tak dapat nak jelaskan dengan details kita perlukan ubat apa, silap ubat...kejunggg ko diknon.. Hahahaha! Just snap je...langkah berjaga-jaga kan.

*ni obat semput habang ko...kadang-kadang konpius gak aku guna kaler merah ke biru...hahaha*

4. PENTING : Resit Tempahan/Dobi/Dokumen/Etc.

Hahhh..yang ni kalau ladies mesti berkoyang-koyan resit diaorang simpan dalam handbeg kan...
Resit pergi makan la, resit boyfriend belanja KFC lah.. hahaha!
So, abang-abang macho yang rimas dengan segala bagai resit tu, ambil je gambar, simpan dalam phone, in case terlupa nak bawa, especially bila membeli sesuatu barangan yang ada warranty, gigih ke korang nak bawa resit tu selalu? Pastikan nombor resit dan item adalah jelas yer..
Haaa....so snap snap!! Selesai!!



5. PALING PENTING : Gambar Terkini Anak-anak Anda.

Perhatian! Tips yang ini memang sangat membantu, terutama bagi mereka yang punya anak kecil! Selain dari merakam dan simpan gambar aksi si comel korang tu, ambil inisiatif untuk sentiasa snap gambar terkini mereka, contohnya : setiap pagi.

Memang minta dijauhkanlah dari sebarang perkara kurang elok berlaku kepada anak-anak kita, (kita ker?? i is belum jadi papa lagi!! Hihihi!) Tapi, you knew it guys, people out there is getting cruel day by day!!!! Seriously! 

Tips ini boleh juga dipraktik bila korang pergi ke Taman Tema, atau kawasan orang ramai yang berisiko untuk korang terlepas pandang sedetik anak korang. Ingat ye, bukan kita mintak, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. In case anything happen to them, kita ada rujukan tepat wajah dan pakaian terakhir anak kita... Mintak jauh la yek!


6. BUKTI : Peminjam Buku/Barang Kesayangan/Duit

Ahahaha...yang ni kelakar sikit..tapi serious berguna!
walaupun kita ni percayakan kawan-kawan, atau keluarga sendiri, tapi bila bab pinjam-pinjam ni kadang-kadang bila kita bertanya status atau kondisi barang yang pernah dipinjamkan tu, tiba-tiba akan keluar ayat, "...ehh!!! bila masa aku pinjam??", "..kan aku dah pulang?" dan pelbagai lagi ayat helah yang at last twist ke kita balik...hujung-hujung....perang dingin!! Hahaha!

So, bagi mengelakkan barang-barang kesayangan korang lesap atau jahanam macam tu je, apa kata pura-pura buat lawak nak amik gambar diorang dan kondisi barang tersebut semasa diorang pinjam.
Idea bijak dan licik kan?? Hihi!

*my books are my treasure..gittewww!!*

7. PERSONAL : Potongan rambut kegemaran.

Opss!! hahaha...tips ni memang dah lama aku praktikkan.
Kadangkala kita masing-masing ada style dan potongan rambut 'kegemaran', macam aku, dari pelbagai jenis potongan sampailah ke botak...yang sekarang ni rasanya paling lama kot..sebab mudah nak bersiap, tapi dalam masa yang sama boleh upgrade remos ni ikut event yang kena bergaya sikit.

So, apa aku buat ialah, selesai je dan puas hati dengan potongan rambut tu, korang snap gambar, kalau boleh dari semua side, depan, belakang dan tepi...so nanti bila korang nak pergi trim, dah ada contoh, dan tak perlu bertekak dengan barber.. Hahaha! bukan apa, sebab kadang-kadang nak potong rambut pun ikut mood jugak..dan bagi aku ni ikut dan jer, kadang kat saloon, kadang kat indian barber je..
Walaupun ada je hairstylist favourite aku, tapi kadang-kadang bila dia tak available...at least boleh tunjuk  style yang korang selesa dan berkenan.. hehehe!



8. PERSONAL : Maklumat asas anda

OK, yang ni agak kurang sikit kebarangkalian dia, tapi tak salah mencuba kan?
Tulis atau snap gambar details korang atau waris terdekat dalam henpon, atau jadikan ia 'lock screen wallpaper'!
Memang sesetengah phone ada tetapan 'welcome notes' yang kita boleh tulis email, atau alamat, atau data yang boleh dihubungi. So then, in case korang tercicir telefon kat mana-mana, atau ditimpa kecemasan, at least, jika ada yang berhati nurani untuk memulangkan atau membantu, maklumat korang dah ada pada lock screen tersebut. Just cuba saja lah!

*contoh welcome note, habang letak email dan sempat promot blog uols...hahaha*

9. SO SWEET : Saiz cincin :) hehehe!

Hihi...yang ni tips sweet sikit...
Apa kata sesekali buat surprise kat ibu ke, gelpreng ke, boipreng ke, isteri atau suami korang, ....hadiahkan cincin!
Tapi tak tahu saiz...camner??? Haa...curi-curi snap gambar diorang pakai cincin, beberapa keping, dari segala angle, kalau dapat gambar perbandingan dengan objek-objek mudah seperti syiling, atau lighter yang standard size...
Cara ni i is tak pernah guna lagi..maklumlah..lone ranger.. hahaha.. tapi rasanya macam okey jugak kot idea ni, sales person di kedai barang kemas mesti boleh imagine-imagine atau dapat anggar scale yang tepat untuk saiz cincin hadiah untuk orang kesayangan korang. Cubalah!


10. CANGGIH : Boleh Check Remote Control!

Last, but not less useful. 
Tahukah anda, korang boleh check fungsi bateri atau kesan isyarat alat kawalan jauh, tak kira la remote tv ke, estro ke, unipai ke...check dengan kamera telefon bimbit!
Ya! Memang kebanyakan kamera telefon, dari resolusi rendah pun boleh kesan infra-red dari diod di dalam remote controller tersebut...!!
Halakan sahaja remote sambil menekan sebarang butang, jika remote tak rosak, akan ada lampu isyarat infra-red tu berkelip-kelip...


Haa...so camner?
Dah mengubah korang punya persepsi terhadap kamera henpon canggih korang tu??
Let's us be more creative dan pastikan henpon korang tu fully utilize dan berbaloi!!!

OKlah...got to go!! daa~~~ Salam!


*gambar semua dari ihsan pak Google*