Friday, July 11, 2014

Belajar Sains Dengan The Little Scientists

Salam...

Fuhh..hari ni baru dapat mengetuk-ngetuk keyboard lama sikit.
Sedar tak sedar dah hampir sepertiga Ramadhan kita lalui.
Alhamdulillah, hajat nak join geng Sahabat Iqra' untuk bersama-sama membantu Program Shopping Raya dan terlaksana minggu lepas.


Semenjak attach dengan Projek Iqra' sebagai sukarelawan media dan juga tenaga pengajar adik-adik di Rumah Perlindungan dan Kebajikan At-Taqwa, Putra Perdana, Puchong, dari penghujung Disember lepas, naluri ke'cikgu'an aku rasa semakin menebal.. hehehehe!
Seronok rasa bila anak murid dari hanya mengenal huruf, sekarang Alhamdulillah dan semakin lancar membaca... wehooo!

Rutin mengajar anak-anak Taqwa tak sesukar mana, diorang memang cepat tangkap dengan segala bentuk dan teknik, asalkan ianya tak membosankan...terutamanya matapelajaran Sains.

Rupa-rupanya adik-adik kat sini telah pun didedahkan oleh program pembelajaran Sains yang simple, tapi mudah dari Ms.Ho, pengasas program The Little Scientists! Patutlah seronok je kan...

Little Scientist ni merupakan satu program pembelajaran yang lebih kepada konsep pembelajaran sains dalam kehidupan seharian, mengajar anak-anak kecil bermula dari lingkungan 3-7 tahun sehingga ke usia awal remaja untuk berfikir melalui imaginasi mereka sendiri akan apakah kemungkinan yang akan berlaku disebalik beberapa eksperimen yang ditunjukkan kepada mereka...gitu...formal kan ayat cikgu?? Haha!

Most of the sesi pembelajaran program LS ini adalah berdasarkan 'hands-on', bermaksud, setiap anak-anak akan berpeluang mencuba dan mempraktikkan eksperimen yang dijalankan..memang fun gila!


Sebagai contoh dalam salah satu sesi Kelas Rakyat di At-Taqwa, diorang belajar 'water tention' hanya menggunakan air, straw, duit syiling dan klip kertas sahaja untuk memahami konsep regangan permukaan dan molekul air...!!! SIMPLE!



Semua orang tahu sifat kanak-kanak ni memang suka meneroka sesuatu yang baru, eksperimen yang dipraktikkan oleh program The Little Scientists ni memang merangsang lagi motor skill otak mereka,dan menambahkan keyakinan diri, bahasa dan kemahiran bersosial. Proses pembelajaran ini juga menjadi kan mereka leboh kreatif bila mencuba sesuatu...haa..sampai non-stop seronok main sambil belajar.


Program The Little Scientists yang telah diasaskan oleh Ms. Ho Teh Eng, seorang bekas jurutera ini juga telah digunapakai sehingga lebih 450 tadika/taska di sekitar Lembah Klang, yang telah melaksanakan program ini didalam pembelajaran tadika masing-masing, diantaranya ialah:
  1. Brainy Bunch Islamic Montessori
  2. Tadika Dzul Iman
  3. Al-Fatih Integrated Preschool 
Ms.Ho atau budak-budak panggil 'Teacher'.. hehe!
Haa..kalau nak tahu, program TLS ini pun ada ditayangkan di TV Al-Hijrah, melalui slot rancangan "Assalamualaikum", bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi bersama Nurazidah Mohamed sebagai pengacaranya! Boleh tahan glamer program ni kan? Hehehe..


Oh..yerr..baru je hari Rabu lepas, pengasas The Little Scientists, iaitu Ms.Ho telah diundang ke konti radio IKIM.fm untuk sembang petang berkenaan program yang sangat menarik ini.



Aku percaya, dengan kaedah pembelajaran yang menarik macam ni, bukan saja anak murid yang akan semakin bercambah minat dalam bidang Sains, tetapi cikgu dan para pelatih yang mengajar pun dapat seronok bersama-sama semasa sesi pembelajaran...serious tak bosan!!
Tambahan pula, selain pembelajaran sains, program ini juga menerapkan elemen Islamik dan ketuhanan dalam proses pembelajaran,jadi kanak-kanak dapat mengaitkan sains dan Al Quran, bukan semata-mata sains dan apa yang ada di hadapan mata sahaja,kerohanian juga di terapkan di samping nilai-nilai murni, perkara begini la yang penting untuk pertumbuhan otak kanak-kanak kan...ente setuju?

Maklumat lanjut berkenaan program ni, mana tahu kan kot ada yang berminat nak terapkan konsep The Little Scientists ni di taska anak-anak korang....boleh rujuk info dibawah;


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 010-766 6128,
atau emel : enquiry@littlescientists.com