Sunday, July 13, 2014

SELUDUP : Masuk Ujibakat dan Menang RM15,000.00

Salam...

Apakah?? Like...seriously?
Hahaha...ye betul..

Astro Prima (Saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd memperkenalkan drama bersiri tiga belas episod, Seludup, yang dijangka akan ditayangkan menjelang hujung tahun ini. Tayangan serentak HD juga boleh ditonton di Astro Maya HD (Saluran 135).

Drama penuh aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin, yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Haa...sebelum tu..jom baca sinopsis dia...

   "Amran, 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Beliau amat dihormati oleh orang kampung lain, dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.
Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.
Walaupun berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa"

DAN...(CAPS LOCK LAGI..)...dan yang paling ehem-ehem...antara pelakon utamanya selain Pekin Ibrahim, Namrom, Raja Ilya....Tiz Zaqyah juga hadooo!

Jadi..untuk mendekati dan mewujudkan rasa teruja di kalangan penonton bagi siri drama akan datang ini, Mastermind Production turut mengumumkan pelancaran peraduan #masukdramaseludup untuk memberikan peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita untuk tampil di dalam sebuah drama...dengan hadiah utama yang cukup lumayan...jeng3!


RM15,000 kata ko! Tak ke pitam? Dapat berlakon bawah arahan Jehan Miskin, di samping Tiz Zaqyah...!

Ok..step nak join Uji Bakat, dan sekaligus kontes dia pun senang je..

1. Korang pergi ke Laman Facebook Fanpage "Seludup", jangan lupa LIKE dulu tau!!  - https://www.facebook.com/Seludup [KLIK SINI]

2. Klik di tab UJIBAKAT ...dan ikut step mudah kat situ! - https://www.facebook.com/Seludup [KLIK SINI]

 
Kat situ semua ada, skrip uji bakat, galeri Uji Bakat peserta lain pun ada...termasuklah video yang ini.....


Bhahahahahaha!!! Nak jugakkk tryyy!!
Jadi....apa lagi u'olsss?? Jom join jugak...
Kalau tak nak join...sila LIKE dan SHARE video aku dengan penuh kasih sayang!! [PAKSA!]
hahahaha!

Ok, info lanjut korang boleh klik link-link kat bawah ni:

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup