Friday, August 29, 2014

My Air Asia Free Seats!

Book your free seats now! [KLIK SINI]

"Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia, saya akan ke Phnom Penh atau Siem Reap di Cambodia dan saya akan bawa bersama ahli keluarga terdekat saya iaitu ibu, dua orang abang, dua orang kakak ipar, adik saya, dan juga tiga orang anak saudara saya ke sana."
Haa! Itu adalah antara impian saya jika terpilih antara yang bertuah melalui promosi Free Seats oleh penerbangan berbaloi-baloi --- Air Asia.

Kenapa Cambodia? Haha...mari sini dengar ini cerita.
Pada penghujung tahun lepas abang saya yang sulung telah selamat diijabkabulkan bersama seorang gadis manis dari sebuah wilayah di Kemboja.
Perkahwinan antara dua negara ini adalah saat paling manis dalam keluarga kami yang bukan sahaja mendapat restu dari ibu dan keluarga kami, tetapi juga diterima baik dari sebelah keluarga kakak ipar saya. Alhamdulillah, abang dan kakak ipar sedang menanti kelahiran bayi sulung mereka di penghujung September ini.

Keluarga besar kami jarang mendapat peluang menghabiskan masa untuk bercuti bersama dan peluang keemasan ini mungkin dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua budaya jika kami mendapat peluang untuk melawat keluarga kakak ipar saya di sana, bersama-sama ahli keluarga kami yang baru nanti.

Angkor Wat - Antara binaan bersejarah tertua di dunia.
Selain itu, sebagai seorang gemarkan dunia fotografi dan 'pelancongan bersejarah', negara Kemboja menjadi pilihan kerana selain memberikan tawaran pelancongan dengan harga yang sangat berpatutan, Kemboja adalah antara negara yang mempunyai beberapa tempat pelancongan bersejarah yang tertua di dunia, iaitu Angkor Wat dan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara, iaitu Tasik Tonle Sap!

Keindahan Tasik Tonle Sap yang menjadi impian peminat fotografi.
Semestinya peluang keemasan yang menjadi impian saya untuk membawa keluarga saya, terutama ibu saya ini, adalah bakal menjadi kenangan termanis untuk kami sekeluarga...I Wish! *pling~pling~*

Dengan slogan "Now Everyone Can Fly", Air Asia sentiasa menawarkan pakej penerbangan 'mampu-terbang' dan baru-baru ini pun Air Asia sekarang sedang mempromosi Free Seats, di mana tawaran ini berlangsung dari 25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.
Apa tunggu lagi??? Realisasikan impian anda semua dengan penerbangan Air Asia dengan layari www.airasia.com atau klik sahaja banner AA Free Seats di atas sekali! *scroll up~~*


P/S : Air Asia warna merah....aummmm!! --- Warna obsesiku! Hehe!