Haa..masih ingat lagi pencarian bakat baru #masukdramaseludup tempoh hari?
Jeng3! Abang ko ni tak menang dikkk!! bhahahaha!
Walaupun tak menang *nyaris sipi-sipi..hehe!, aku dengan gembiranya nak ucapkan tahniah kepada dua pemenang peraduan #masukdramaseludup iaitu;
* Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) ; dan
* Nur
Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun)
![]() |
Andika & Nur Afieqah #masukdramaseludup |
Mereka berdua ni telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang
berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim,
Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama
bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit
eksekutif dan pengarah.
Oh Tiz! :'(
Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
Drama yang bakal sarat dengan aksi dan cinta ini berkisar tentang
kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan
pemerdagangan manusia yang menjejaskan
pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih
daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini
di dalam fasa kedua penggambaran. Perghh!! Tak lama lagi keluar tibi la korang!!
Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur
Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang
sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya
lakonan.
Gila tak seronok kan...join peraduan yang simple-simple je pun (tapi gigih cemas berpeluh-peluh nak record video ujibakat sendiri..bhahahaha!)...inilah yang dikatakan rezeki!!
Selain peluang
keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan
menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. *ko hadoo?
Inilah orang kata, tuah ayam nampak di kaki,
Tuah Andika dapat berlakon dengan Tiz Zaqyah....ehhh!!