Monday, August 11, 2014

Ribut Di Segamat - Rumah Pak Uda

Salam..

Sementara menanti nak selesaikan proses pendaftaran untuk Program PJJ di USM ni,
aku telah terima satu perkhabaran yang sedih, di mana kampung halaman ku, Segamat, Johor telah di landa ribut, malam semalam.

Tambah lagi yang sedih sangat sebab antara yang terlibat adalah rumah Pak Uda aku, Omar Bin Hassan dan isterinya Mak Ton, di Kampung Berata, Segamat. 

Seriously terkejut dan kesian bila abang aku whatsapp dan dari update FB pak sedara aku;  tengok rumah dia sampai terbelah dua, ranap kena hempap dengan pokok durian tua belakang rumah. Ya Allah...hancurnya hati bila rumah kediaman sendiri musnah sekelip mata macam tu je.






Dalam kejadian tu Pak Uda pun tercedera di kaki, lima jahitan kata abang aku. :'(

Harap- harap pihak Parlimen Kawasan, ahli-ahli jawatankuasa kampung dapat membantu keluarga Pak Uda sedikit sebanyak memulihkan kembali rumah beliau. Info lanjut aku belum dapat lagi, mungkin akan dicadangkan untuk membuat tabung untuk derma kilat bagi membantu keluarga Pak Uda dan mangsa yang lain. Inshaallah aku akan cuba dapatkan makluman terkini dari keluarga terdekat.

Semoga Pak Uda dan keluarga bersabar dan tabah dengan ujian ini. InshaAllah..Amin.

Berita penuh juga ada di sini [KLIK]

posted from Blogger Apps for Windows8