Tuesday, September 9, 2014

Akademi Fantasia 2014 - Konsert Pertama

Salam...

Alamak! Aku dah terskip #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari hari ke-7,8 dan draft hari ke-9 hari ni pun tak sempat nak buat lagi!
Maafkan saya kak Sue!! Hehehe!
Jangan risau..akan di publish a.s.a.p.!

Okey, jom cerita pasal AF2014!

*~*~*~*~*

Ahad lepas, geng Kelab Blogger Ben Ashaari telah dijemput oleh sahabat baik Ben sendiri, iaitu Puan JR, yang merupakan salah seorang penerbit bagi rancangan Akademi Fantasia bagi tahun 2014 ini, untuk menyaksikan sendiri secara live, Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia 2014!


Ini adalah pengalaman kedua kami geng KBBA menyaksikan bagaimana sesebuah produksi itu dihasilkan. Pertama kali dulu ke rakaman Karoot Komedia X di Astro Bukit Jalil, dan kali ini pengalaman untuk siaran langsung, di Dewan MBSA, Shah Alam.

Dari segi teknikal...memang superb!!! (Bagi aku lah!)
Mula dari set up pentas, krew, sampai ke timing --- semua smooth gila aku tengok.
Tahniah pada team produksi, especially Floor Manager dia yang sangat tangkas! Penat wooo nak kontrol timing! Hehe!

Gandingan Zizan dan Jihan Musa untuk konsert pertama ni memang awesome gila!
Tapi sedihnya Jihan dah tersingkir keluar *sambil bawa luggage Hello Kitty lagi* Hahahaha!
Kemunculan Jihan gimik je, nanti Zizan akan bergandingan dengan abam Faizal Ismail atau FBI, manakala Jihan kekal sebagai pengacara Diari AF.
Hurmm....aku rasa okey sangat-sangat dah gandingan diorang..serious best!
AFUNDI MASUK JIHAN please!!

Yeay!! Ada Cikgu Linda!! 5,6,7,8! Hehehe!

*Persembahan Pelajar*


Hurm....nak abang komen jujur ke hadek-hadek sekalian?? Hahaha!
OK lah OK lah...
Secara jujur, untuk konsert pertama ni aku rasa just --- BOLEH LAH.
Most of them sangat terikut-ikut sebijik-sejebon dengan penyanyi asal, sampai abang perantin baru, Datuk Ramli MS pun tegur banyak kali.
Untuk aku yang menonton live, sound system memang awesome gila, tapi itu lah, ada sorang dua yang feeling-feeling nyanyi karaoke kenduri kahwin jer...neves ye dik? Relaks lah...bhahaha!



Mahap kualiti gambar sedehhh..henpon cap hayam je dik. Curi-curi snap! hihi!

Tapi...haaa..ada tapi...! Ada beberapa peserta dah letak benchmark yang agak tinggi untuk konsert pertama ni. Siapakah? Jeng3! Tiga peserta pilihan aku ialah;

1. Azwan  – Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais)
2. Ewal – Di Alam Fana Cintamu (Fotograf)
3. Nuha  – Tunggu Sekejap (P.Ramlee)

Bias? Hahaha..mana ada bias, walaupun most of the geng travel blogger memang kenal sangat Iqwal, atau Ewal, dan mama dia, Kak Myn, sebab selalu join trip, dan Ewal pun ada blog travel-singer kot...tapi bagi aku kalau aku tak kenal Ewal pun memang salute lah sebab performance dia nearly perfect, dan ada style sendiri!!

Begitu jugak dengan Azwan yang aku dah lama follow dia kat Instagram...memang smooth je persembahan dia.

Nuha --- she's nailed it! Selamba gila...masa commercial break pun memang hyper sangat duk kat kerusi tu, masuk live, sopan diam.. hahaha!

Itu pendapat aku lah...yang lain-lain bukan tak berbakat, serious berbakat, tapi kena gilap lagi lah..sedih abang tengok korang berkaraoke atas stage dik! hihi!

Oh ye! Sebelum aku lupa....harap pakaian diorang tu dapat diperbaiki lah, tak perlu seksi-seksi pun...masyarakat dah bijak sekarang, orang tengok bakat, ko cantik tapi bimbo, kayu, tak guna jugak dik....terutama yang bertudung tu, berpinar mata abang ko tengok dikkkkk!!! Hahaha!

By the way, thanks sekali lagi pihak penerbitan sudi jemput kami!!

OKbai! #matilanak kena cerca lepas ni!