Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 - Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Aku

Salam..

Ecececey!!! Kekwat kan gambar tu.. hahaha!
Hari ni dah masuk hari kedua Cabaran Blog 30 Hari~~
alahai..cabaran ni malu sikit nak buat! Ahahaha!...ala-ala propa sikit kan..

OKlah, untuk hari kedua, cabarannya ialah;


5 Cara Memenangi Hati Saya --- ouch!!
Please take note eh! Hihi!
Senang cakap, perbuatan yang buat aku cepat melting-lah.


1 - Sentiasa Tersenyum.
Walaupun aku jenis yang mudah mesra, tetapi kadang-kadang aku ni jenis 'jatuh-hukum' juga bila jumpa dengan orang yang susah sangat nak senyum, especially bila aku dah mula senyum dulu. Hahaha!
Bukan nak orang yang jenis senyum tersengih-sengih setiap masa, tapi at least tunjuk selesa dengan kita.
Yang tak pandai senyum tu, tolong tepi sikit!
2 - Berterus-terang.
Haa...macam entri cabaran hari pertama, memang aku dah bagitau yang aku suka orang yang jenis berterus-terang. Tak kira la, aku salah ke, dia salah ke, tak payah kona-kona..hehe! Kadang-kadang biasalah sentap, tapi tak lama..janji berterus-terang. Aku memang jenis straight-forward, tak reti kias-kias.

Hihi...kejunggg!

3 - Penampilan Kemas.
Walaupun aku kadang-kadang ada hari yang aku seharian bad-everything-day, aku malas nak pasang badan... tapi aku cukup pantang tengok orang jenis malas nak jaga penampilan.
Maksud aku bukanlah aku pandai sangat bab-bab imej..fesyen ni, tapi once kita terasa rengsa mata dan hidung tengok dan bau sesuatu, then kita tahu something was not right. Dan mulut ni laju sangat menegur! Hahaha!! Keji kan!


4 - Sense-of-Humor.
Haa-- yang ni penting juga. Aku suka sesorang yang jenis pandai bergurau (yang faham keadaan dan situasi). Kadang-kadang aku ni bukan nak carut orang sangat, cuma cara aku bergurau memang kasar juga lah...kena tahan sikit, sebab kadang-kadang aku suka selit-selit sikit tazkirah dan nasihat..gituuu! Hehehe! Kalau tak pandai gurau-gurau, tolong tepi sikit!

Aumm...!
5 - Rajin Memasak.
Rajin, okey, tak pandai tak apa, boleh belajar, ngan Cik Mat Gebu pun boleh.
Aku suka dengan orang yang rajin ke dapur, masak yang simple-simple pun takpe, serious tak pandai masak pun aku rasa sedap. Jangan la acah-acah gedik tak reti itu, tak reti ini..kalau tak reti, sila belajar.
Sebab aku sendiri pun mula darjah 3/4 dah mula masuk dapur sebab masa tu mak balik rumah nenek, tapi abang aku malas nak gorengkan nasi goreng untuk aku..kena buat sendiri mula dari potong bawang sampai la mendapat beberapa biji parut minyak panas..lepas tu aku terus expert....cara tak? hahaha!
Tak pandai boleh belajar, tapi kalau malas --- tolong tepi sikit!

Fuh..selesai!! Ko rase?? Hahaha!