Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 - Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku

...tepek gambar dulu sekeping!

Salam.

Hehehe... Cabaran dah masuk hari yang ke-3.
Hari ni update lewat sikit....dah dua hari aku bengkak tonsil dan badan panas satu macam.
~~sedeyy!!

Yang mana terlepas cabaran aku untuk hari pertama dan kedua boleh semak di arkib ye.

Cabaran 30 - Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku

...krik3~~~
Demam-demam ni bengap lak otak nak cerna idea! Arghhhhh!
Tidak! Aku takkan mengalah!! Tidak sama sekali!!
Kalau orang boleh takkan aku nak mengalah kan?
Demam sikit je nok...eh..ter-nonok-kan korang lak! Bhahahaha!

Haa...nampak? nampak? Hahahaha! Sebenarnya itulah kekuatan aku --- AKU DEGIL!

Tak nak la cliche sangat pasal sumber kekuatan ni cecerita pasal family ke, suami, isteri, krik3..
Hehhehee... Takde lah, itu sudah semestinyakan..

Tapi bagi aku sendiri, sumber kekuatan diri aku, jatuh, tergolek, bangun, tersungkur pulak...semua berpunca dari kedegilan aku.

Aku akui, aku seorang yang risk taker, apa nak jadi, jadilah...kita cuba dulu..
Kalau salah, terjatuh, kita pelan-pelan bangun semula.
Tapi tak bermakna aku ni jenis yang semberono, hentam keromo.
Of course, anything yang aku nak buat...aku dah fikirkan kesan, akibat dan juga kebaikan dan keburukan sesuatu benda tu....kita dah tua wak...dah matang la juga nak buat sesuatu benda tu...kikiki!

Tapi, kadang-kadang aku kecik hati dengan diri sendiri *boleh??*
Sebab, selalunya sebab sikap degil aku ni...aku banyak susahkan orang. :(



Maafkan saya...sebab saya memang DEGIL!!!...larikkkk!!

korang rase? Haha!